YA ALLAH...PERLUKAH ISTIKHARAH???

>> Thursday, December 10, 2009


“Betul ke kalu kita nak tau jodoh kita dengan sape kita kena buat istikharah Aqlima?”.tanya Fitrah kepada Aqlima.

Setelah 2 minit pertanyaan tidak dijawab.

Aqlima awak dengar tak?? Ish.. mak cik ni dengar ke tak dengar aku tanyer ni ! (desis hati Fitrah)

Assalamualaikum…Aqlima awak dengar tak saya tanyer awak ni?

Selepas satu saat…

Ya ALLAH! Maaf-maaf ya Fitrah saya tengah berfikir sesuatu tadi…Apa ya yang awak Tanya saya tadi?

“Erm..tak ada apa-apa lah Aqlima….”, Fitrah membuat suara merajuk dengan Aqlima…

Ya baiklah sahabat ku, saya dengar apa yang awak tanya saya tadi. Hal ni lah yang saya fikirkan ,sebelum ni dah beberapa orang tanyer saya pasal istikharah ni, sekarang awak pula..erm..

“Apa pula yang aku nak bagi jawapan kat Fitrah ni..”.Aqlima bermonolog dalam diri

Saya ni bukan lah pandai sangat tapi insyALLAH dengan berkat pengalaman, cerita-cerita dan ilmu yang ada boleh lah saya kongsi..

Fitrah saya nak tanye awak, awak tahu apa itu istikharah? Tanye Aqlima kepada Fitrah.

“Erm saya tak berapa tahu,tapi yang saya tahu kalu cakap pasal istikharah mesti melibatkan pasal pasangan or jodoh kita.Betul tak?Erm.., Boleh tak awak jelas kan pada saya mana tahu saya tersalah tafsir dan terangkan pada saya bila kita nak laksanakannya?”,tanye Fitrah yang sungguh-sungguh ingin tahu.

Kelihatan senyuman dan gelengan kepala dari Aqlima melihat Fitrah..

"InsyaALLAH sahabatku…Dengar ya saya nak bercerita jangan bosan sudah lah..."
Aqlima bermonolog di dalam h.atinya lagi.

Ada seorang Ustaz dari UIA memberitahu istikhrah itu bermaksud ‘ meminta ALLAH mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ dan ianya merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.

“Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.

Selain daripda itu ada hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran.
Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

Batas waktu
Solat Istikharah adalah solat yang dilakukan di luar solat wajib tanpa dibataskan waktu-waktu yang tertentu. Jadi ia boleh diamalkan pada bila-bila masa. Kalau mengikut kepada susunan oleh al-Bukhari, beliau cenderung ke arah menggalakkan ibadat ini dikerjakan pada waktu malam.
Ada sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari bermaksud :

“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk-Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk-Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk-Ku ampunkan? “

Doa
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaan-Mu, aku memohon daripada anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha berkuasa, sedangkan aku tidak, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini ... (disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut. Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..



"Sekian serba sedikit dari saya...."kata Aqlima mengakhiri bicaranya.

Fitrah awak faham tak daripada penjelasan saya yang panjang lebar tadi?, Tanya Aqlima kepada Fitrah.

“Ya2 baik saya faham Aqlima...Sebenarnya, di dalam kehidupan ini kita sering berhadapan dengan pelbagai urusan atau tugasan yang memerlukan kita membuat sesuatu keputusan.Setiap kali di dalam membuat sesuatu keputusan sama ada yang kecil atau besar kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu betul atau tidak melainkan dengan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada ALLAH SWT.”

“Oleh yang demikian, kita perlu buang jauh-jauh di dalam fikiran kita bahawa istikharah bukan hanya dilakukan untuk pilihan jodoh kita sahaja.Betul kan Aqlima?”. Dengan penuh yakin Fitrah membuat kesimpulan.

“Ya insyaALLAH Fitrah”,jawab Aqlima..

Akhir perbicaraan mereka :

“Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain.”



1 comments:

hamba Allah December 21, 2009 at 9:22 PM  

Bagus2............ satu perkongsian yang baik...........

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP