5 Syarat Buat Maksiat

>> Wednesday, July 29, 2009



Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata:
"Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:

SYARAT PERTAMA:

"Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA:

"Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:

SYARAT KETIGA:

Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:

SYARAT KEEMPAT:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:

SYARAT KELIMA:

"Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Read more...

Sepuluh wasiat dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna...

>> Sunday, July 26, 2009


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alah itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalan dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih saying.

10. Kewajiban-kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



BACALAH…RENUNGLAH…KEMUDIAN JADIKAN AMALAN…


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi yang telah memberi nikmat iman dan Islam kepada insan terpilih kepada setiap penjuru umat Islam di seluruh dunia. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penghulu kepada umat Islam akhir zaman dan seterusnya menjadi sinar barakah ke atas bumi ciptaan Allah Subhanahuwataala ini...Alhamdulillah...

Coretana pertama kali saya dalam blog ini hanya mahu memperingatkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan tentang wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada kita semua.Tidak lupa juga kepada semua umat Islam di dunia ini yang saya kira sangat sesuai untuk di ambil pengajaran dalam setiap wasiat yang diberikan.

Sejauh mana kita sudah amalkan?Sejauh mana penghayatan kita pada setiap bibit-bibit wasiat tersebut?Adakah kita akan berjaya tanpa kita ikut orang yang sudah berjaya?Jadi di sini, saya menyeru sahabat-sahabat seperjuangan dan juga umat Islam sekaliannya untuk membentuk diri menjadi umat Islam yang sejati dengan kata lain menjadi individu muslim yang mengamalkan segala tuntutan dalam al-Quran dan as-sunnah...

Allah adalah tujuan kita semua
Rasullullah adalah teladan kita semua
Al-Quran adalah pedoman hidup kita semua
Jihad adalah jalan juang kita semua
Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita semua...

Semoga Allah sentiasa meredhai setiap usaha kita untuk perjuangan Islam dan seterusnya kita terus ikhlas dan istiqamah mengamalkannya...

"BERAMAL HANYA CINTAKAN ALLAH"



Read more...

Perjalanan budak yang nakal meniti liku- liku hidupnya

>> Wednesday, July 22, 2009

Perkenalkan sebuah sedutan dari seorang hamba Allah yang bernama Fitri (bukan nama sebenar) merempuh alamnya yang tersendiri. Dalam kampungnya dia bukanlah budak yang hebat, bukan top dalam kelas tapi bab tidur dalam kelas dialah yang paling top. Apa tidaknya, selalu tidur sampai kerusinya terbalik ke belakang tapi masih mantap dengan tidurnya. Inilah secara serba sikit tentang diri budak nakal ini. Mahukan secara detail mari baca lagi....

Mengimbau masa kecilnya, dia ini seorang yang tidak tahu duduk diam, ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kerjanya hari- hari hanya tahu main sahaja, tidak lebih dari itu, dalam fikirannya setiap masa ada sahaja benda yang hendak dibuatnya dan semua hanya hendak main. Pagi ke petang ke malamnya ke, sekolah ke tidak sekolah ke, apa dalam benak fikirnya hanya tahu main menjadi keutamaannya. Permainannya jangan dibilang, tentu tidak dapat dikira banyaknya, orang main guli, dia pun main, orang main gasing dia pun main, hendak dikata semua benda yang dipanggil permainan akan dimainkannya. Satu perangainya dia tetap akan main permainan itu walaupun tidak ada kawan bersamanya.

Walaubagaimana pun, faham- faham la kalau sudah rancak bermain benda yang lain terus dilupakan dia. Sehingga emaknya panggil pun dia tidak dengar tapi dia akan dengar jugak bila dipanggil sebatang rotan yang ditakutinya.. ''Oi Fitri mai balik, dah senja ni.... tak tau ke nanti pi ke masjid ke... apa nak jadi ni.... Tengok anak orang lain semua dengaq kata tapi hang asyik main je.........'' sambil bercakap satu ayunan melekat di badan. "Aduh sakit nye" Fitri berkata dalam hati. Tapi kesakitan rotan itu hanya bertahan hanya semalam, esoknya dia buat lagi sampai menjadi rutin dalam hidupnya dan pada dia tidak sah kalau tidak main, dia akan main walau dimarah, dirotan dan sebagainya.
Kawan- kawan memang faham benar dengan perangainya, kalau dia datang sahaja, sudah tentu ada sahaja mainan yang dia ingin mainkan. Bukan datang hendak siapkan kerja rumah diberikan cikgunya tetapi mengajak kawannya pergi bermain. "Man.... man o man, aku datang ni jom main" sambil melolong di luar rumah kawannya. Kawannya membalas"tak mau la main.... aku banyak kerja cikgu bagi tadi lain kali la, lagi panas terik ni emak aku marah main panas - panas ni""Jom la ala keja tu bukannya penting pun tak ada faedah la kita kan budak lagi" Fitri memujuk dengan alasannya yang lemah itu."Hang bukannya faham, aku cakap kat hang, hang tau main je... aku belajar ni nak jadi angkasawan tau" kawannya membalas. "pi la hang main, jangan kacau aku" tambah kawannya lagi. Fitri berlalu dari rumah kawannya, tapi dia tidak bersedih hati kerana dia tau keutamaan dalam hidupnya hanya untuk bermain tidak lebih dari itu sebab kalau kata duit, mak ayah boleh bagi.
Begitulah hidupnya, kadang- kadang dia berteman dengan kawan sekampungnya, kadang- kadang tidak. Dan teman yang paling rapat dengannya hanyalah permainannya sahaja. Keadaannya itu membuatkan hatinya menjadi keras, apa tidaknya dia tidak mengindahkan apa orang hendak cakap pasal dirinya, yang pasti dia dapat bermain dan kalau boleh biarlah sehingga tua pun dia akan terus begitu...
Itu baru sikap yang suka bermain, belum lagi kenakalan yang mengganggu kawan- kawannya....
saksi kemunculannya...........

Read more...

7 sumpahan dari langit....

>> Sunday, July 19, 2009

as-syams



Demi matahari dan sinarnya di pagi hari..

demi bulan apabila mengiringnya..

demi siang apabila menampakkan dirinya..

demi malam apabila ia menutupi..

demi langit serta seluruh binaannya..

demi bumi serta yang ada di hamparannya..

demi jiwa serta penyempurnaannya..

Allah mengilhamkan jalan kejahatan dan ketakwaan...

maka beruntunglah orang yang menyucikannya hatinya..

rugilah siapa yang mengotorinya...
(as-sham:1-9)

-aduka tawau-

Read more...

Perjuangan

>> Tuesday, July 7, 2009

PERJUANGAN

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x


Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa


Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP