Hidup sebagai Pendakwah

>> Friday, February 26, 2010




Dalam kita melaksanakan tugas kita sebagai daie, kita tidak terlepas dari mehnah dan tribulisasi...

Apa tu?

Tuk kita faham lebih mudah apa yang dimaksud mehnah dan tribulisasi ni, aggap dakwah kita ini sebagai air yang mengalir, air tetap akan mengalir, tetapi dalam air nak mengalir itu terdapat berbagai cabaran dan halangan,
contohnya dalam air itu ada banyak batu.... yang mana mungkin secara logik jika pijak sahaja dalam air tu kalau tersalah pijak batu tersebut mampu mencederakan kita.........
lihat plak bila kita buat benteng untuk menahan air yang mengalir, dia tetap akan cuba mencari jalan untuk mengalir sama ada tembok itu pecah atau akan ada jalan yang kedua........


Dalam pada tu air ni mampu memberi kehidupan untuk sesetengah hidupan dalam air seperti ikan, udang, rumpai air, bakteria, lumut, dan macam- maccam lagi. nak kata kat sini dari kecil- kecil benda hidup sehingga besar hidupan air boleh hidup dalam air...

So kesimpulannya jahilah diri kita seperti air yang mengalir, jika kita dihalang dengan berbagai rintangan dan cabaran kita akan pastikan tugas dakwah kita mampu dgerakkan walau apa jua keadaan dan kita akan juga mencari jalan- jalan alternatif..

Dalam kita berdakwah juga kita secara tidak langsung memberikan orang lain dapat manfaat dari tindakan kita........ contohnya, keadaan akan menjadi aman, tak berlaku huru hara dan seangkatan dengannya...

Jadi untuk itu marilah fikirkan apakah sebenarnya gambar pada awal tadi... marilah sama kita fikrkan... mgkin lepas ni ada sambungan tentang itu plak ...

Read more...

iklan beb

>> Thursday, February 25, 2010




Senja ini kita dikejutkan dengan makanan yang tidak sihat......
makanan yang diragui dan sebagainya....... Kita jugak dimintak untuk boikot sana boikot sini tapi persoalan

apa alternatif yang ada?

Marilah join HPA, kat sini bukan sahaja halalan tyoiyiba tapi kita mampu buat duit dengannya....

sama2 la fikirkan....

kalau kita beli barang makanan n apa pun kat kedai biasa apa kita dapat?
...... just plastik jela yang free.........

tapi HPA kita dapat macam- macam just untuk belanja untuk diri kita sahaja kita mampu buat duit....

sambil kita menderma untuk rakyat Islam yang menderita kat negara2 Islam, caranya mcmana, just kita beli barang HPA, setiap sen kita belanja mampu membantu rakyat- rakyat Islam yang menderita, subhana-Allah

Selain tu, produk HPA yang bertambah setiap bulan.....

Jadi sokongla produk Muslim.....

Read more...

percaya dan yakin



Seorang hamba Allah bersama teman sedang buat persembahan..........
..........memanah.........
si A sebagai pemanah dan si si B sebagai temannya untuk menolongnya menjayakan sesi memanah....

dalam masa sama semua orang sudah penuh kerana si menunjukkan persembahan memanah bola sepak di atas kepala si B...
si A melepaskan panahan maka anak panah bergerak laju menuju ke tempat sasaran, semua berasa berdebar- debar sama ada kena atau tidak pada bola itu...
dalam masa yang singkat bola itu kempis kesan tujahan anah panah yang itu....
semua orang yang berada di situ bertepuk tangan.......kerana kejayaan si A memanah tepat bola tersebut......

Selesai sahaja si B mengambil plak bola tenis dan diletak di atas kepala.. saiz bola menjadi lebih kecil... dalam masa yang sama si A sudah bersedia untuk kali kedua memanah bola tenis tersebut. Anak panah dihunuskan ke alat memanah.... Semua berada di situ berdegup dengan lebih kencag menantikan panahan yang dibuat...

Anak panah dilepaskan. maka boleh tersebut kempis menandakan si A berjaya memanah dengan tepat ke bola tersebut...... semua orang yang berada bertepuk sorak kegirangan

selepas bola yang lebih kecil digunakan iaitu bayang la sendiri bola apa yang lebih kecil dari bola tenis... Langkah si A adalah sama memanah ke bola tersebut.. hadirin yang menelan air liur menantikan apa yang bakal berlaku.......... Panahan tersebut mengenai sasaran..........
maka semua bersorak dengan lebih girang...

Maka selepas itu si B mengumumkan sesiapa ingin plak rasa diri di panah oleh si A, maka sila tampil di hadapan, langkah sama dibuat oleh cumanya benda yang berada di atas kepalanya sahaja yang lain iaitu buah tembikai, tiada sorang pun yang berani tampil ke hadapan.....

maka si B menawarkan duit jika mampu menggantikan tempatnya.... juga tiada berani sesiapa berani tampil ke hadapan..........


Kesimpulannya percaya kita belum tentu lagi yakin kita..... sama2 la muhasabah diri....

Read more...

Pemuda Harapan...

>> Monday, February 22, 2010



Pemuda tulang punggung bangsa
Baik pemuda baik pula bangsanya
Akhlak pemuda akhlaknya bangsa
Mudah di kata namun sulit di kerja


Ayuh pemuda kita semua
Kita junjung tinggi asas bersaudara
Saling melindungi antara kita
Pemuda adalah harapan bangsa


Mari pemuda kita bangkit bersama
Tegakkan Islam dalam kehidupan
Mari pemuda kita bangun kembali
Kehidupan masyarakat yang terpuji

Read more...

Apa Yang Penting..........................................

>> Friday, February 19, 2010




Read more...

Bagaiman Hendak Menjadi Cemerlang




Read more...

DOA

>> Wednesday, February 10, 2010



Berdoalah KEPADAKU,pasti akan AKU Perkenankan bagi kamu (Gharir:60)
Bila Allah Cepat Memakbulkan Doamu,Dia Menyayangimu...
Bila Dia LAmbat Memakbulkan Doamu,Maka Dia Sedang Mengujimu...
Bila Dia Tidak Memakbulkan Doamu,Sebenarnya Dia Merancang Sesuatu yg Lebih Baik Kepadamu..

Bersangka baiklah Kepada Allah SWT dalam Apa Jua Keadaan ...
Kasih Sayang Allah Mendahului KemurkaanNya...


Nabi SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta”.
(Riwayat Imam Ahmad)


“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah dibanding doa”.
(Riwayat Tirmidzi)



MUHASABAH BERSAMA :


Kenapa tatkala merasakan Allah seperti tidak memperkenankan doa-doa kita,kita itu tidak terlebih dahulu melihat kekurangan yang ada pada dirin kita sendiri.???

Bagaimana mungkin Allah ingin menjawab permintaann kita itu sekiranya kita sentiasa bergelumang dengan perbuatan maksiat serta meninggalkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya?

Sabda Rasulullah SAW:
“Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, kamu harus mengerjakan segala yang baik (makruf) dan meninggalkan segala yang keji (mungkar), atau jika tidak Allah pasti akan menurunkan seksa ke atas kalian, nanti bila kalian berdoa tidak akan dimakbulkan”.
(Riwayat Tirmidzi)

Kemudian Baginda menyebutkan tentang seseorang yang sedang dalam perjalanan panjang, rambutnya kusut dan berdebu. Dia berdoa sambil menadahkan tangannya ke langit, dia berucap: Ya Rabbi, Ya Rabbi, sementara makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan dia dikenyangkan dengan makanan yang haram, lalu bagaimana mungkin doanya dimakbulkan. (Riwayat Imam Muslim)

Pernah tak ada sikap terburu-buru kita dalam berdoa agar dimakbulkan segera sehinggakan wujud perasaan putus asa apabila permintaan tersebut tidak tercapai??
Disebabkan kerana sikap terburu-buru kita dalam berdoa jugalah yang menjadi penyebab terhalangnya doa kita itu diterima oleh Allah SWT.



Rasulullah SAW bersabda:
“Akan dimakbulkan doa salah seorang di antara kamu selagi dia tidak terburu-buru lalu dia mengatakan: Aku sudah berdoa namun tidak dimakbulkan bagiku”.
(Riwayat Imam al-Bukhari)


Sahabat-sahabat,
marilah kita sama-sama tidak berputus asa dan berputus harapan dalam berdoa.Yakinlah bahawa ALLAH SWT akan memperkenankan doa hamba-hambaNYA kerana dengan KEYAKINAN inilah yang menjadi factor termakbulnya doa kita..INSYAALLAH…

Firman-Nya:
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (al-A’raaf: 55)


Sahabat-sahabat,
Untuk peringatan diri dan semua,ingatlah dalam kita berdoa hendaklah kita itu juga tidak lupa untuk berusaha untuk memperbaiki kekurangan diri dalam menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan larangan-Nya agar ia dapat memudahkan termakbulnya doa……..InsyaALLAH.............
W'salam...


Read more...

JADIKANLAH TAUBAT AMALAN RUTIN

>> Monday, February 1, 2010

Kenangkan dosa hari ini, dosa semalam dan hari-hari yang telah berlalu kita lakukan. Alangkah banyaknya…sehingga tidak terhitung. Namun demikian Allah al-Rahman tidak pernah menarik balik nikmat penglihatan, pendengaran dan percakapan yang telah melakukan dosa. Malah Allah al-Rahim sentiasa menutup keaiban dan kekurangan diri kita daripada diketahui oleh orang lain.

Setiap insan tidak dapat lari daripada melakukan dosa dalam menjalani kehidupan seharian. Amat banyak pendurhakaan kepada Allah yang telah kita lakukan sejak baligh hingga ke saat ini. Inilah kelemahan insan yang tidak dapat dinafikan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Manusia itu diciptakan dalam keadaan lemah.” (Surah al-Nisa’:ayat 28)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat”. ( Ibn Majah )

Sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak mempunyai dosa sebenarnya dia telah melakukan dosa dengan ucapan sedemikian. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Maka janganlah kamu menganggap diri kamu suci. Dan dialah yang Maha Mengetahui siapa yang bertakwa”. ( Surah al-Najm : 32 )

Agama kita memperuntukkan satu amal soleh yang boleh menghapuskan segala dosa yang dilakukan iaitu taubat sebagai mengimbangi kelemahan manusia ini. Allah SWT yang bersifat dengan sifat al-Tawwab ( Maha Penerima Taubat) dan al-Ghafur ( Maha Pengampun) tidak akan membiarkan kelemahan hambanya ini dengan begitu sahaja. Dalam al-Quran bayak dijelaskan keutamaan, dorongan dan perintah agar kita sentiasa bertaubat.

Maksud firman Allah SWT :

“Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang yang beriman supaya kamu memperolehi keuntungan.” (Surah al-Nur: 31)

Maksud Firman Allah SWT :

Dan bersegeralah menuju kepada keampunan dari Tuhan kamu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa. ( Surah Ali Imran :133)

Allah SWT juga berfirman:

"Dan dirikanlah shalat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya amalan-amalan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat." ( Surah Hud: 114).

Hadis-hadis Nabi saw juga banyak yang menyebut tentang kelebihan dan tuntutan taubat, antaranya ialah ;
Dari Nabi saw bersabda bahawa Allah berfirman ( hadis qudsi ) :

"Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kamu melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku mengampuni semua dosa, oleh itu pohonlah keampunan kepadaKu, nescaya Aku mengampuni kamu." (Imam Muslim).

Sabda Nabi saw :

“Sesungguhnya Allah SWT sangat gembira dengan taubat hambaNya melebihi kegembiraan salah seorang di antara kamu yang kehilangan untanya di padang pasir kemudian menemukannya kembali”. ( Imam Muslim)

Dalam sabdanya yang lain, Rasulullah mengatakan:

“Sesungguhnya Allah membentangkan tanganNya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada siang hari, dan Allah membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang berbuat kejahatan pada malam hari, sampai matahari terbit dari barat.” (Imam Muslim )

Rasulullah saw yang terpelihara daripada dosa dan diutuskan agar menjadi contoh kepada sekalian manusia juga memohon keampunan kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari sebagai mana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Begitulah petunjuk sunnah Rasulullah saw kepada kita semua agar sentiasa bertaubat setiap masa. Jangan dibiarkan dosa berlanjutan dan dijadikan koleksi dari semasa ke semasa kerana maut datang tanpa isyarat dan amaran. Dosa yang dibiarkan pasti akan memberi kesan buruk kepada kita di akhirat kelak.

Allah SWT yang bersifat Maha Penyayang telah mensyariatkan ibadat yang menjanjikan dosa-dosa diampunkan. Antaranya ;

1- Berwuduk

Rasulullah saw bersabda : “Tidaklah salah seorang daripada kamu mendekati air wuduknya, kemudian berkumur-kumur, memasukkan air ke hidungnya lalu mengeluarkannya kembali, melainkan gugurlah dosa-dosa di (rongga) mulut dan rongga hidungnya bersama air wuduknya, kemudian (tidaklah) ia membasuh mukanya sebagaimana yang Allah perintahkan, melainkan gugurlah dosa-dosa wajahnya melalui hujung-hujung janggutnya bersama titisan air wuduk, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua tangannya sampai ke siku, melainkan gugurlah dosa-dosa tangannya bersama air wuduk melalui jari-jari tangannya, kemudian (tidaklah) ia menyapu kepalanya, melainkan gugur dosa-dasa kepalanya bersama air melalui hujung-hujung rambutnya, kemudian (tidaklah) ia membasuh kedua kakinya, melainkan gugur dosa-dosa kakinya bersama air melalui hujung-hujung jari kakinya.” (Imam Muslim)

2. Solat fardu, solat Jumaat dan Puasa Bulan Ramadan.

Rasulullah saw bersabda :
"Salat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa di antaranya selama dosa-dosa besar dihindari." (Imam Muslim)

3. Puasa Sunat Asyura’ dan puasa sunat wukuf.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :“Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyur (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”( Imam Muslim )

4. Tasbih, tahmid dan takbir

Sabda Rasulullah saw : “ Sesiapa yang menyebut setiap kali selepas solat dengan tasbih, tahmid dan takbir ( 33x) di akhiri dengan ucapan lah ila ha illa Allah….. maka diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan. ( Imam Muslim)


Para ulama’ mentafsirkan dosa-dosa yang diampunkan di atas ialah hanyalah dosa kecil sebagai mana pendapat Imam al-Nawawiy dalam kitab syarh Muslim. Dosa besar hanya diampunkan bila dilakukan taubat nasuha.

Begitulah perancangan Allah yang bersifat al-Hakim ( Maha Bijaksana ) menyusun ibadat-ibadat untuk menghapuskan dosa-dosa hambaNya. Solat fardu atau puasa Ramadan yang kita lakukan dengan ikhlas akan memberi kebaikan kepada kita sendiri. Dengan kata lain Allah mewajibkan amalan-amalan tertentu bukan untuk membebankan hamba-hambaNya tetapi sebagai ujian sama ada taat atau ingkar dan untuk menyucikan rohani mereka daripada kegelapan dosa.

Betapa ruginya mereka yang mengabaikan solat fardu dan puasa wajib. Tanpa mereka sedari golongan ini membuat koleksi dosa-dosanya dari semasa ke semasa. Mereka tiada peluang untuk menyucikan jiwa mereka daripada dosa. Lebih malang sekiranya mereka dijemput oleh Malakul Maut secara mengejut tanpa taubat, Na’uzubillah.

Jadikanlah taubat sebagai amalan rutin seharian, pohonlah keampunan dariNya dan laksanakanlah amalan fardu sebaik-baiknya. Semua itu akan menyucikan dosa-dosa yang telah dilakukan. Jangan berputus asa dengan rahmat dan keampunan sekiranya selepas itu kembali melakukan dosa. Jangan terpedaya dengan tipu muslihat syaitan agar kita perputus asa dengan keampunan Allah SWT . Perbaharuilah taubat pada setiap waktu. Pohonlah pimpinan dan bimbingan Allah SWT agar sentiasa istiqamah dalam melakukan taubat kepadaNya.

Oleh : Abu Aqil
Sumber : http://pbasmkps.blogspot.com/

Read more...

Bukan sebab kena tapi sebab perlu..

Ada orang merasa malas dan letih untuk mengamalkan Islam.

Dia rasa penat. Katanya: “Islam ni susah. Itu kena buat, ini kena buat. Leceh”

Mungkin bukan seorang yang rasa begitu. Dan sememangnya, sebagai manusia yang penat dengan sesuatu yang berulang-ulang atau sesuatu yang berat perlu dilaksanakan, akan timbul dalam hatinya perasaan bosan. Akhirnya akan muncul pertanyaan: “Kenapa lah aku kena buat begini, begitu?”

Saya pun banyak berfikir berkenaan hal ini. Sebab pernah satu ketika, saya rasa lemah sampai saya berkata kepada diri saya:

“Kenapa lah aku kena solat 5 hari sekali? Sekali tak boleh?”

Dan apabila soalan itu muncul, saya tahu keimanan saya terganggu. Maka saya mencari jawapan. Bila saya mencari-cari, ah… saya jumpa.

Sebenarnya, Allah suruh buat itu dan ini dalam kehidupan kita, adalah kerana kita memerlukannya.


Allah Yang Menciptakan Kita

Satu perkara yang sering kita terlupa, tetapi kita tahu akan halnya adalah: Allah itulah Pencipta kita.

Di sini, kita dapat melihat Kenapa Allah SWT itu Maha Mengetahui. Dia juga adalah Yang Maha Bijaksana. Keagungan Allah SWT tidak akan sampai akal kita memikirkannya, dan Dia langsung tidak akan sama dengan ciptaan-ciptaan-Nya.

Pencipta, lepas itu tahu apa yang diperlukan oleh yang diciptakan-Nya.

Nampak tak di sini apa point yang hendak saya katakan?

Maksudnya, apa-apa yang Allah arahkan untuk kita, suruh kita buat itu dan ini, adalah untuk kita ini, manusia ciptaan-Nya bergerak dalam keadaan terbaik sekali. Agar hidup kita tidak berdepan dengan situasi masalah. Jadi, pendek ceritanya, Allah suruh kita buat itu dan ini adalah kerana kita perlukan benda itu.

Macam kita nak main game. Pencipta Game kata: “Game aku ni, nak main kena pakai graphic Card NVIDIA GeForce 9900 GT. Kalau tak, main dia tak bagus lah. Tersekat-sekat”

Maka, untuk main game dengan kepuasan tertinggi, kita pun beli lah Graphic Card tu, dan letakkan di dalam komputer kita.

Macam itulah analoginya kita dengan Allah SWT. Kita hendak kehidupan yang baik, maka Allah sebagai pencipta kehidupan kita kata: “Deen di sisi Aku hanyalah Islam”. Maksudnya, hendakkan kehidupan yang terbaik, manusia kena ambil Islam. Maka, kita kena lah ambil Islam. Kita ambil Islam, bukan sebab kena, tetapi sebab kita perlukan Islam untuk kehidupan yang terbaik.

Allah Maha Mengetahui.


Bagi yang menyedari

Bagi mereka yang menyedari hal keperluan ini, maka mereka akan berusaha memaksa diri mereka untuk melaksanakan apa sahaja yang Allah SWT arahkan. Hal ini kerana, mereka mengetahui bahawa, apa sahaja arahan Allah SWT adalah kerana manusia memerlukan.

Allah suruh kita solat, adalah kerana manusiamemerlukan checkpoint dalam hidup dia. Jiwa manusia perlu keluar dari dunia yang mayghul, sesak, bermasalah ini sementara, berkaunseling dengan Allah SWT, recharge semula kekuatan, kemudian masuk kembali ke dalam dunia dan mengharungi arus kehidupan. Sebab itu, 5 hari sekali solat kita, siapa yang menghayatinya, maka masalah hidupnya akan mampu dilalui dengan baik.

Allah suruh kita baca Al-Quran, kerana kita perlukan Al-Quran untuk menguatkan iman kita. Di dalam Al-Quran lah adanya aqidah kita. Kita tidak boleh nampak Allah, Rasulullah SAW pula telah wafat, maka Al-Quran sahaja wakil langit yang masih tinggal, Kalam Allah yang takkan berubah.

Allah suruh kita ambil Islam, sebab manusia perlukan satu sistem yang sempurna, lengkap, menyeluruh bagi manusia menjalani kehidupan yang baik. Akal manusia, sebagus mana pun dia mencipta satu sistem, pasti akan ada break down di mana-mana kerana mustahil akal manusia melihat sesuatu itu dengan pandangan yang sempurna kerana ia sendiri tidak sempurna dan ia sendiri ada sesuatu yang tidak dia ketahui.

Nampak?

Lagi kita tengok.

Allah suruh kita jaga hubungan dengan orang lain, sebab kita perlukan kawan, teman untuk mengharungi hidup. Allah tahu, keperluan manusia kepada ‘perkara yang terlihat’, sebab itu Dia menyuruh kita berta’aruf dan membina hubungan yang baik. Kita perlukan kesatuan untuk hidup aman damai.

Begitulah yang lain-lain. Semuanya kerana kita perlu. Manusia perlukan dan Allah tahu manusia memerlukannya, sebab itu Allah suruh manusia buat semua benda yang Dia suruh buat.

Nampak?


Kenapa kena sembah Allah?

Soalan kena ni, paling cepu mas sekali adalah Kenapa Allah kita jadikan tuhan.

Kenapa tak ambil pokok, Kenapa tak ambil batu, Kenapa tak ambil matahari?

Saya ada jawapan yang menyeronokkan.

Sebab Allah itu memang Rabb, Tuhan, Ilah kepada alam ini dan segala isinya.

Sebab hanya Allah sahaja yang mempunyai sistem lengkap, sempurna dan memenuhi kehendak manusia yang sebenarnya, seterusnya memenuhi maslahat alam seluruhnya.

Ada ke tuhan lain dalam dunia ini? Itu satu soalan.

Ada ke sesuatu yang lain(atau kalau benar ada tuhan lain pun) dalam dunia ini mampu memenuhi maslahat kehidupan insan dan alam seperti Allah SWT memenuhinya? Itu satu lagi soalan.

Kesimpulannya, kita sembah Allah SWT, sebab kita memerlukan Rabb, Tuhan, Ilahi seperti-Nya. Tanpa menjadikan Allah SWT sebagai Ilahi, Rabb, Tuhan kita, mengikuti segala arahan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, kita tidak akan mampu menjalani kehidupan ini secara sempurna.

Dan, kalau kita sempurna pun, belum tentu lagi sekeliling kita akan mengalami kesempurnaan.

Kehebatan Allah SWT adalah, Islam itu bukan untuk kepuasan individu sahaja, ia punya kaitan yang sangat banyak dengan semua yang wujud di alam ini. Tahukah Kenapa Islam ajar jaga kebersihan? Kenapa Islam ajar jangan bazir air? Kenapa Islam ajar berakhlak? Kenapa Islam ajar agar jaga masa? Kenapa Islam ajar jangan potong pokok tanpa sebab? Adakah semua itu berkaitan dengan seorang manusia sahaja? Atau semua itu ada kaitan dengan manusia lain dan alam?

Ha… cuba fikir, kaitkan semuanya, dan lihat apa hasilnya. Tidakkah dengan melaksanakan Islam, seluruh dunia akan menjadi baik? Siapa yang aturkan Islam yang serba canggih dan jauh ke hadapan ini?

Allah.

Sebab itu kita sembah Dia. Sebab kita perlukan Dia.


Penutup: Maka bukalah mata, lihatlah keperluan kita

Di sini saya suka mengajak diri saya dan anda sebenarnya, perbaiki niat kita.

Jangan rasa terpaksa. Siapa rasa terpaksa, sebenarnya dia tidak bersangka baik kepada Allah SWT. Antara sifat Allah SWT adalah adil. Allah SWT tidak pernah memungkiri janji-Nya. Allah SWT tidak pernah menzalimi hamba-hamba-Nya. Tapi, kalau kita lihat, manusialah yang sering menzalimi dirinya sendiri.

Kita lihat ya, kalau kita kena buat sesuatu sebab kita perlu, bukankah yang menyuruh kita buat itu sebenarnya amat mengambil berat, amat menyayangi dan amat mengasihi?

Allah SWT dengan pengetahuan-Nya yang tidak terjangkau oleh sesiapa pun, telah memberikan pilihan kepada kita manusia. Dia dah tunjukkan jalan untuk mencapai kesempurnaan hidup, kepuasan hidup tertinggi. Sebab itu Allah tetapkan peraturan, ada yang kena buat, ada yang kena tinggal. Tapi semuanya adalah kerana kita perlukan.

Lihatlah, duduklah, muhasabahlah. Cuba tengok balik arahan-arahan dan tuntutan-tuntutan Allah. Bukankah semua itu sebenarnya memenuhi fitrah, keperluan kita sebagai manusia?

Maka sistem apakah lagi selain sistem Allah SWT yang memenuhi keperluan kita sebagai manusia? Malah, ajaibnya, apa yang Allah suruh ini tidak sahaja membawa manfaat kepada kita sebagai individu, tetapi juga kepada kita sebagai masyarakat, dan masyarakat sebagai sebahagian daripada alam.

Sebab itulah, Islam itu adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan untuk manusia sahaja.

Bukalah mata, lihatlah.


Hilal Asyraf

Read more...

Takutlah Untuk Tidur, Menyesallah Ketika Bangun

Kita melalui hari-hari kita seperti biasa. Tidur, kemudian kita bangun untuk meneruskan hari-hari kita. Sudah berapa hari agaknya kita hidup di atas dunia ini? Kalaulah kita ini berumur 40 tahun, maka 40X365 hari = 14600 hari. Katalah kita tak pernah tidur siang, maka kita sudah 14600 kali tidur dan bangun.

Namun, dalam banyak kali kita bangun dan tidur ini, pernahkah anda rasa takut untuk tidur, dan menyesal pula ketika bangun?

Pernah? Mesti anda bertanya, Kenapa perlu takut untuk tidur, dan menyesal untuk bangun bukan?


Takutlah untuk tidur

Siapa yang memberikan anda nyawa? Kita beriman bahawa nyawa itu adalah pemberian Allah SWT. Allah boleh menariknya bila-bila masa yang Dia suka, dan kita pula tidak tahu bila Dia hendak menariknya.

Jadi, apabila setiap kali anda tidur, apakah anda boleh menjamin anda bangun keesokan harinya? Aha… itu sebabnya, saya mengajak anda untuk takut tidur.

Bayangkan, malam ini anda tidur, dan esok tidak bangun semula. Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam? Hutang-hutang anda yang belum berbayar? Rakan yang anda khianati dan calari hatinya? Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esoknya anda tidak bangun?

Pernahkah anda, sebelum melelapkan mata, bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari? Atau anda tidur, dengan keyakinan 100% anda akan bangun keesokan harinya, lalu anda berkata: “Esok-esok lah taubat apa semua ni”

Maka tidak hairanlah, kita ini tiada peningkatan. Kerana kita sebenarnya, langsung tidak bersedia menghadapi kematian.


Menyesal lah ketika bangun
Apakah perkara dalam dunia ini, kalau kita terlepaskannya, kita tidak boleh mendapatkannya semula walau apa pun cara kita gunakan?

Satu sahaja jawapannya. – Masa –

Jadi, anda bangun pagi saban hari, pernah kah anda berfikir betapa menyesalnya anda meninggalkan hari semalam? Semalam itu, walau anda kumpul segala harta dunia ini, anda tetap tidak akan mampu mengambilnya semula.

Segala keburukan kita semalam, segala kejahatan kita semalam, segala dosa-dsa kita semalam, terpahat kemas dalam semalam. Kita tidak boleh memutar semalam, untuk memadamkan semua itu.

Pernah kah anda menyesal dengan semalam yang telah berlalu apabila anda bangun?


Kenapa perlu semua ini?
Kenapa perlu takut untuk tidur, menyesal ketika bangun?

Saya sebenarnya hendak anda nampak apa itu kehidupan sebenarnya. Jangan pandang kehidupan kita ini enteng. Manusia ini, akan dihitung oleh Allah SWT. Maka, sebelum tidur anda muhasabah lah segala perbuatan anda, bila ada dosa bersegeralah taubat, ada hutang bersegeralah bayar, ada khilaf dengan teman-teman, segeralah bermaafan. Anda mungkin tiada esok.

Bila bangun, saya nak anda rasa anda telah membazirkan kehidupan anda semalam. Maka apabila Allah izinkan anda hidup pada hari baru, dengan penyesalan terhadap hari semalam yang telah anda bazirkan, maka anda akan gunakan hari baru anda dengan sebaik mungkin, tiada pembaziran seperti hari semalam. Semalam takkan kembali, yang ada pada kita hanya hari ini. Corakkannya sebaik mungkin.


Penutup: Hidup ini, untuk persediaan ke sana
Kenapa kena hargai hidup? Kerana Allah akan kira kehidupan kita ini. Kejayaan kita, hanyalah apabila kita dilepaskan dari api neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga. Jadi, dunia ini sepatutnya kita gunakan, bukan kita dipergunakan.

Allah SWT berfirman: “Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.

Jangan bazirkan hayat anda. Bersegeralah, jangan tangguh-tangguh. Hargailah, jangan anda buang-buang.


Hilal Asyraf

Read more...

Antara SABAR dan MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."
Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."
Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka." (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP