Pantun Malas Sembahyang....

>> Saturday, December 26, 2009


Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh
lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai
menangis keluar air mata darah…


Untuk diriku dan kawan-kawanku yang tersayang...
Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..


Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...


Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?



Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....



Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
halang!!!





Read more...

Carilah Cinta Hakiki...




Read more...

Mencari Siapa Diri...

>> Monday, December 21, 2009

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja


Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman


Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan


Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan


Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita


Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang


Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan


Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

Read more...

makam nafsu

>> Monday, December 14, 2009

Daripada imam Ghazali didalam kitab ihya ulumuddin menyebut martabat nafsu itu ada 3 peringkat iaitu
1. Nafsu ammarah
2. Nafsu lawwamah
3. Nafsu mutma’nnah
Nafsu ammarah
Ialah nafsu yang paling kebawah yang cenderung melakukan segala perbuatan maksiat dan dia tidak hirau langsung segala perbuatan jahat yang telah dia lakukan…samada nak taubat ke, nak insaf ke semuanya dia ambil tak kisah dan dalam dirinya dipenuhi maksiat batin spt riyak,tidak ikhlas dll dan maksiat zohir spt mengumpat,tidak hormat guru,ibubapa dll,semuanya dia tidak berusaha untuk menghilang perkara tersebut.
Nafsu lawwamah
hatinya tidak tetap untuk melakukan ketaatan pada allah kerana pada martabat ini ialah waktu memerangi hawa nafsu yang mana setiap kali dia melakukan ibadah maka datang lah nafsu jahatnya yang berkehendak kepada maksiat maka pada setiap kali itu lah dia melawan dan dia mencela segala perbuatan maksiat yang ada dalam hatinya tapi belum kuasai ia menguasai hawa nafsu jahatnya spt apabila dia melakukan sesuatu ibadah datang lah riyak dalam hatinya dan dia akan fight, mencela, marah dengan sifat riyak itu tapi dia masih lagi tidak boleh take over nafsu tu menyebabkan adakalanya menang dan adakala kalah dalam melawan hawa nafsunya itu……
Nafsu mutma’nnah
Nafsu yang paling tinggi yang selalu cenderung menyuruh melakukan kebaikan atau ketaatan yang mana nafsunya sudah tunduk kepada kehendak imannya dan ini lah permulaan bagi makrifat kepada allah sebut kata wajib dia terus buat , sebut kata sunat dia terus buat, sebut kata haram dia terus tinggal, sebut kata makruh dia terus tinggal, sebut kata harus dia terus tinggal….cube kita muhasabah adakah 100% kita tinggal benda haram??????........benda makruh lagi lah banyak buat….hikhik
Oleh itu sahabat2 sekalian mari lah kita bersungguh2 melawan hawa nafsu sehingga mencapai martabat yang tertinggi kerana martabat ini lah menunjukan kuat atau lemahnya hubungan kita dengan allah …kita nak ka, setiap tahun, setiap sem, setiap hari, setiap jam, setiap minit, setiap saat duk dalam makam sederhana atau makam paling bawa sekali, pada lahiriyahnya kita bersungguh2(pulon) meningkatkan martabat diri kita seperti diploma,degree,master atau jawatan paling bawah ke jawatan paling tinggi, tapi pada martabat batiniyah kite buat don’t know, menyebabkan kita terus jauh dengan allah taala…..oleh itu lu pikir la sendiri duk dalam nafsu mane….
Sekian wasalam…..

Read more...

MAHA MENGETAHUI,MENDALAMI

>> Sunday, December 13, 2009

Read more...

seekor burung PIPIT



" Pada suatu hari, suatu kebakaran besar telah berlaku. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seekor Belatuk hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran....


Belatuk : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?

Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.

Belatuk : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?

Burung : Aku tahu.

Belatuk : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?

Burung : Aku tahu wahai Belatuk.

Belatuk : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?

Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu. Aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.

Belatuk : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

Moral : Jika kita mahu menolong seseorang, bantulah sekadar yang kita mampu. Sekurang-kurangnya kita ada menyumbang bakti



Read more...

Singa vs Kambing

>> Friday, December 11, 2009


Al kisah disebuah belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anaknya yang lemah hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Tidak lama kemudian sekumpulan kambing melintas dikawasan anak singa tersebut.
Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati dan berasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terdetik dihatinya untuk menjaga anak singa itu.

Ibu kambing pun membelai anak singa tersebut dengan penuh kasing sayang. Demikian pula dengan anak singa,ia juga sangat sayang pada ibu kambing. Lalu ia pun ikutlah ibu kambing dan anak2nya kemana sahaja yang dibawa oleh ibu kambing. Jadilah ia sebahagian dari keluarga kambing tersebut.

Hari berganti hari, dan anak singa itu membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Menyusu,makan, minum dan bermain dengan anak kambing. Tiada perbezaan dengan kambing2 lain. Ia tidak langsung berasa ia adalah seekor singa.

Suatu hari,seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan. “Kau singa! Cepat lawan dengan serigala itu. Cukup dengan mengaum sahaja ,pasti serigala itu akan lari ketakutan!” Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah. Tapi anak singa yang sejak kecil hidup bersama kumpulan kambing itu turut takut dan bersembunyi dibelakang ibu kambing. Tapi ia masih cuba berteriak sekuat2nya namun yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Bukan mengaum.
Anak singa itu masih tidak berbuat apabila salah seekor anak kambing menjadi mangsa serigala buas tersebut. Ibu kambing sangat sedih dengan kematian anaknya dan memandang anak singa dengan sangat marah sambil berkata sepatutnya kau boleh membela kami dan menyelamatkan saudara kau itu!

Anak singa itu tunduk dan diam. Ia tidak faham dengan apa yang dicakapkan oleh ibu kambing tersebut. Ia sendiri berasa takut dengan serigala tersebut seperti anak2 kambing yang lain. Anak singa berasa sedih kerana ia tak mampu melakukan apa2.

Hari berikutnya serigala yang buas itu datang lagi untuk memburu kambing2 untuk dimakan. Kali ini ibu kambing yang menjadi mangsa serigala ganas tersebut. Anak2 kambing tidak berani untuk menolong. Anak singa tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap sebagai ibunya itu terus dimakan oleh serigala tersebut. Anak singa terus mara kedepan untuk berlawan dengan serigala tersebut. Tapi kemaraan singa tersebut tidak langsung membuatkan serigal itu gerun atau takut kerana ia telah tahu singa yang berada dihadapannya adalh singa yang bermentaliti kambing. Jadi sama sahaja dengan kambing2 yang lain.

Ketika anak singa itu menerjang dengan menyerudukkan kepalanya sebagaimana kambing,serigala sudah bersiap sedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sekali tendangan sahaja serigala Berjaya mencalarkan muka anak singa itu dengan cakarannya.
Anak singa itu pun rebah dan menagaduh kesakitan. Sementara kambing2 yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah dapat dikalahkan oleh seekor serigala. Bukankah singa itu raja hutan?...

Serigala pun terus menyerang dan telah bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. pada waktu yang mencemaskan itu, ibu kambing tidak sampai hati melihat lalu terus menerajang serigala yang ganas itu. akhirnya serigal terpelanting dan anak singa dapat bangun. Ketika itu ada seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dasyat. Anak kambing ketakutan. Juga dirasakan oleh anak singa tersebut. Serigala yang telah terpelanting pula cabut lari apabila mendengar ngauman sang singa.

Anak singa sangat takut lalu berkata “Jangan bunuh aku. Ampuun!!”. Melihatkan anak singa yang ketakutan, singa dewasa berkata “Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan makan anak singa”.Dengan meronta2 anak singa berkata “Tidak, aku anak kambing. Tolong lepaskan aku”.Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Tidak mungkin anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa tersebut.Sebaik sampai di danau yang jernih airnya,ia meminta anak singa melihat bayangan dirinya sendiri. Lalu bandingkan dengan singa dewasa.

Sebaik melihat bayang dirinya, anak singa itu pun terkejut. “Oh rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa”.
“Ya kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!” tegas singa dewasa itu.
“Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?”
“Ya. Kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!” kata singa dewasa.

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari dengan laju sekali kerana takut dengan ngauman anak singa itu. Anak singa itu berteriak kemenangan.

“Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!”
Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarnya.


Allah berfirman :
“Kamu adalah sebaik2 umat manusia yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benarnya iman)”
(Al Imran:110)

Read more...

YA ALLAH...PERLUKAH ISTIKHARAH???

>> Thursday, December 10, 2009


“Betul ke kalu kita nak tau jodoh kita dengan sape kita kena buat istikharah Aqlima?”.tanya Fitrah kepada Aqlima.

Setelah 2 minit pertanyaan tidak dijawab.

Aqlima awak dengar tak?? Ish.. mak cik ni dengar ke tak dengar aku tanyer ni ! (desis hati Fitrah)

Assalamualaikum…Aqlima awak dengar tak saya tanyer awak ni?

Selepas satu saat…

Ya ALLAH! Maaf-maaf ya Fitrah saya tengah berfikir sesuatu tadi…Apa ya yang awak Tanya saya tadi?

“Erm..tak ada apa-apa lah Aqlima….”, Fitrah membuat suara merajuk dengan Aqlima…

Ya baiklah sahabat ku, saya dengar apa yang awak tanya saya tadi. Hal ni lah yang saya fikirkan ,sebelum ni dah beberapa orang tanyer saya pasal istikharah ni, sekarang awak pula..erm..

“Apa pula yang aku nak bagi jawapan kat Fitrah ni..”.Aqlima bermonolog dalam diri

Saya ni bukan lah pandai sangat tapi insyALLAH dengan berkat pengalaman, cerita-cerita dan ilmu yang ada boleh lah saya kongsi..

Fitrah saya nak tanye awak, awak tahu apa itu istikharah? Tanye Aqlima kepada Fitrah.

“Erm saya tak berapa tahu,tapi yang saya tahu kalu cakap pasal istikharah mesti melibatkan pasal pasangan or jodoh kita.Betul tak?Erm.., Boleh tak awak jelas kan pada saya mana tahu saya tersalah tafsir dan terangkan pada saya bila kita nak laksanakannya?”,tanye Fitrah yang sungguh-sungguh ingin tahu.

Kelihatan senyuman dan gelengan kepala dari Aqlima melihat Fitrah..

"InsyaALLAH sahabatku…Dengar ya saya nak bercerita jangan bosan sudah lah..."
Aqlima bermonolog di dalam h.atinya lagi.

Ada seorang Ustaz dari UIA memberitahu istikhrah itu bermaksud ‘ meminta ALLAH mengilhamkan sesuatu dalam sesuatu urusan’ dan ianya merupakan senjata orang yang beriman dalam menghadapi urusan agar dapat membuat pilihan yang tepat.

“Rasulullah s.a.w. telah mensyariatkan umatnya agar mereka memohon pengetahuan Allah dalam segala urusan yang mereka alami dalam kehidupan, sama ada yang kecil mahupun besar, agar beroleh kebaikan. Ia sebenarnya dilakukan bagi menggantikan upacara pada zaman jahiliah berupa meramalkan masa depan dengan berpandukan kepada berhala dan syaitan.

Selain daripda itu ada hadis daripada Jabir r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. mengajarkan istikharah kepada kami dalam segala urusan sebagaimana Baginda mengajar kami sesuatu surah daripada al-Quran.
Sabda Baginda: Jika salah seorang daripada kamu berkeinginan untuk melakukan sesuatu, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat di luar solat wajib. (Riwayat Bukhari)

Batas waktu
Solat Istikharah adalah solat yang dilakukan di luar solat wajib tanpa dibataskan waktu-waktu yang tertentu. Jadi ia boleh diamalkan pada bila-bila masa. Kalau mengikut kepada susunan oleh al-Bukhari, beliau cenderung ke arah menggalakkan ibadat ini dikerjakan pada waktu malam.
Ada sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari bermaksud :

“Allah s.w.t. turun ke langit dunia apabila tinggal sepertiga malam yang terakhir dan berkata: Ada sesiapa yang memohon kepada-Ku untuk-Ku makbulkan, ada sesiapa yang meminta kepada-Ku untuk-Ku berikan, ada sesiapa yang beristighfar memohon ampun untuk-Ku ampunkan? “

Doa
Ya Allah, Sesungguhnya aku memohon petunjuk-Mu untuk membuat pilihan yang tepat dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mendapat penyelesaian ) dengan kekuasaan-Mu, aku memohon daripada anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau maha berkuasa, sedangkan aku tidak, Engkau maha mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau maha mengetahui perkara yang ghaib. Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini ... (disebutkan hajatnya ) baik untukku dalam urusan agamaku, hidupku dan kesudahanku, maka mudahkanlah bagiku dalam urusan itu, kemudian kurniakanlah berkat kepadaku. Akan tetapi bila Engkau mengetahui bahawa persoalan itu lebih bahaya kepadaku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahanku, maka elakkanlah aku daripadanya, kemudian takdirkan bagiku segala perkara yang baik di mana saja dan jadikanlah aku orang yang reda dengan ketetapan tersebut. Dalam hadis ini, Nabi s.a.w. menganjurkan agar seseorang yang mempunyai hajat itu menyebutkan hajatnya di pertengahan doa agar diberi petunjuk oleh Allah s.w.t..



"Sekian serba sedikit dari saya...."kata Aqlima mengakhiri bicaranya.

Fitrah awak faham tak daripada penjelasan saya yang panjang lebar tadi?, Tanya Aqlima kepada Fitrah.

“Ya2 baik saya faham Aqlima...Sebenarnya, di dalam kehidupan ini kita sering berhadapan dengan pelbagai urusan atau tugasan yang memerlukan kita membuat sesuatu keputusan.Setiap kali di dalam membuat sesuatu keputusan sama ada yang kecil atau besar kita tidak akan tahu sama ada keputusan itu betul atau tidak melainkan dengan mendapat petunjuk dan pertolongan daripada ALLAH SWT.”

“Oleh yang demikian, kita perlu buang jauh-jauh di dalam fikiran kita bahawa istikharah bukan hanya dilakukan untuk pilihan jodoh kita sahaja.Betul kan Aqlima?”. Dengan penuh yakin Fitrah membuat kesimpulan.

“Ya insyaALLAH Fitrah”,jawab Aqlima..

Akhir perbicaraan mereka :

“Tidak akan kecewa orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang bermesyuarat dengan orang lain.”



Read more...

Kecelaruan Jantina?

>> Wednesday, December 9, 2009

Senja ini kita telah digemparkan tentang berita yang kurang senang dek perkara- perkara yang tidak bermoral iaitu masalah lelaki jadi perempuan dan jugak perempuan jadi lelaki.

Untuk pengetahuan pembaca jika hal ini berlaku banyak perkara yang menyalahi tabie akan berlaku contoh mudah persentuhan antara lelaki dan perempuan sukar hendak kita bezakan, masalah aurat jangan dikata mesti hancur habis, dan macam- macam lagi. Pada surat khabar metro semalam bertarikh 7 Oktober 2009, kita dikejutkan dengan tubuh badan lelaki yang menyurapai wanita. Dan surat khabar tersbut menceritakan punca sebenar adalah dari sumber makanan iaitu ayam yang disuntik.

Jika kita melihat pada persepsi agama pula kita ia adalah menyalahi sunnatullah dan juga berdosa besar kerana menukarkan rupa paras yang diberkan kepada kita dengan rupa paras lain iaitu mengubah ciptaan Illahi, nauzubillah. Mengikut kepada majlis fatwa, majlis ini telah memutuskan bahawa gejala ini merupakan kesalahan besar dari syariat Islam dan akan mendapat laknat dari Allah.

Merujuk kepada majalah keluaran HPA, saya ingin menengahkan satu pengalaman buat ahli HPA, pada tahun 1997 dalam program HPA di Terengganu dan dalam sessi testimoni seorang lelaki telah membuat pengakuan bahawa dia pernah menukarkan imejnya menjadi seorang perempuan. Perasaan ini wujud bukan kepada zahirnya sahaja tetapi ia juga mempunyai nafsu kepada lelaki.

Kemudian beliau menyatakan "Dengan izin Allah" selepas beliau mengamalkan kapsul Radix, perasaan itu lama kelamaan hilang dan dia benar- benar bertaubat dan insaf dengan peristiwa itu.

Oleh yang demikian untuk menjadi lelaki sejati 'marilah amalkan kopi Radix' dan ingin menjadi wanita sejati amalkanlah 'Teh Manjakani'

Read more...

~Ampuni diriku YA ALLAH~

>> Wednesday, December 2, 2009




Di keheningan malam.......

bertapa kerdil nya diri ini di hadapan mu YA RABBI...
mengalir air mata mengenang kesilapan diri..sedangkan Umar pun bimbang dirinya tidak akan memasuki Syurga, apa lagi diri ini..betapa hina dan kerdilnya diri ini di hadapan Pencipta Cinta..kenapa dulu diri ini begitu jahil, iman yang memang tidak sedia kuat mudah goyah, hidup penuh dengan dosa..Astaghfirullah..kealpaankah yang menyebabkan diri ini lemah menangkis bisikan si durjana..atau kejahilan yang menidakkan segala kebenaran? Ya Allah, berikan hamba dan sahabat-sahabat hamba petunjuk dan hidayahMu..semoga hati-hati ini kuat memelihara mutiara kehidupan, pegangan yang satu..sinari hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu, ikati hati-hati ini dengan cahaya CintaMu..destinasi abadi di hadapan kami, suluhkanlah jalan kami..
semoga tidak ada lagi penyimpangan dari jalanMu ya Allah..



Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi


Rintihan di sepertiga malam
Dari seorang hamba yang dhaif
Kerana mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi


Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah

Agar kita tiada rugi dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian sirat


Syurga abadi



Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP