samb mai muhasabah sebentar..

>> Tuesday, March 23, 2010

...di tengah2 kita bersuka ria, taukah kita apa yang terjadi kat sahabat- sahabat kita yang lain... Sedangkan kita berseronok mereka sedang menghadapi penderitaan yang teruk... Sedangkan kita seronok, keluarga mereka terbunuh.. sedang kita seronok, sorang2 ditembak didepan mata mereka yang masih hidup.. sedang kita seronok, saudara perempuan mereka dirogol... sedang kita seronok, kalangan mereka dikerat- kerat macam barang permainan kanak...sedang kita seronok, mereka dijadikan ujian nuklear, dijadikan bahan uji kaji... sedang kita seronok ramai antara mereka sudah cacat anggota badan... Kalau benda ini pulak berlaku terhadap diri kita, apa yang kita nak buat, kita dilihatkan di depan mata kepala kita sendiri, ayah kita dibunuh dengan cara seksaan, mak kita dibunuh dengan tekanan seksual yang tinggi... abg dan adik kita dijadikan bahan ujian senjata nuklear mereka... kakak dan aik perempuan kita dirogol semahu- mahu mereka... Dalam situasi itu apa tindakan kita... Masa itu la kita akan tanya tak ada ke umat Islam aku yang lain nak tolong kita... Masa tu la kita nak sangat keadaan pada zaman Rasullulah SAW, dan para sahabat baginda...
Kita nak sangat sistem keadilan dapat ditegakkan... Kita nak sangat sistem undang- undang secara Islam dilaksanakan.. Kita nak sangat hiburan- hiburan Islam... Kita nak sangat orang yang memimpin kita adalah orang- orang yang bertaqwa kepada Allah.. nak sangat orang yang memipin kita taat perintah Allah, bersikap adil setiap urusan, nak sangat pemimpin kita yang takut pada Allah, hampir semua yang kita nak sama seperti pada zaman Rasullullah SAW dan para sahabat...Kita yakin apabila sistem khalifah dapat ditegakkan tidak ada lagi masalah sebegini berlaku, musuh- musuh Islam akan dilontarkan rasa gerun oleh Allah terhadap umat Islam...

Read more...

Mai bermuhasabah sebentar...


Marilah sama2 kita merenung dalam diri kita apakah sebenarnya kita maukan dalam di dunia ini. Adakah ingin bersuka ria sahajakah atau mencari keredhaan Allah. Maukah kita bersuka ria sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai tanggungjawab yang besar.... Kita dilalaikan dengan kelazatan dunia yang sementara sedangkan musuh- musuh Islam sedang merosakkan kita dari penjajahan yang kita tak nampak... Paling ketara sekali dengan membawa pelbagai pemikiran- pemikiran sekular demi untuk menjahanamkan umat Islam...jugak memperkenalkan filem- filem, permainan- permainan yang melalaikan, .... sungguh halus percaturan mereka kerana mereka menjajah kita dalam rumah kita sendiri tanpa kita sedari bukan itu sahaja malah mungkin di atas katil kita sendiri...Kethuilah sahabat- sahabat selagi sistem khalifah tak dapat ditegakkan di dunia ini, mana mungkin mampu menjatuhkan sistem kuffar ini...
Oleh yang demikian apakah usaha kita untuk mengembalikan sistem khalifah ini? Tanyalah dalam diri kita apakah usaha kita hari ni untuk Islam...Adakah kita berusaha ke arah itu atau sekadar menjadi pengkritik sahaja...nak ke kita apabila dibangkitkan di depan Allah, Allah tanyakan tentang usaha kita, Dia tak tanya tentang kejayaan kita tapi dia tanya apakah usaha kita... Ingat kembali bagaimana takutnya seekor burung yang kecil yang sanggup dia berjihad untuk menyelamatkan nabi Ibrahim dari dibakar oleh musuh Islam..Sebab apa takutnya pada Allah membatasi risiko mati masa perjalanan shahid itu sedangkan dia tau dia hanya membawa air melalui paruhnya yang kecil, secara lojiknya x padam api itu, tapi bukan kejayaan yang Allah nak tengok tapi apakah usaha kita untuk selamatkan Islam... So sama- samalah kita bermuhasabah...

Read more...

Sirru 'ala Barokatillah..(^_^)::From Batch to Ana Aisya & His Wife::(^_^)

>> Saturday, March 13, 2010




Align Center

We're here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We're gathered here to celebrate
A moment you'll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever

Let's raise our hands and make
Do'a Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

From now you'll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure

We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير

بارك الله
بارك الله لكم ولنا

الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله

الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا

Let's raise our hands and make Do'a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let's all say, say, say

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Read more...

belajar dari sekerdil semut..

>> Thursday, March 4, 2010


Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebanyak sebiji butir gandum. Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut dalam satu botol dengan diletakkannya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.

Cukup tempoh setahun, mulut botol itupun dibuka semula oleh
Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut. Nabi Sulaimana bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebiji buah gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika di luar botol rezkinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezkinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu. Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan terjadi kepadaku?

Ertinya, semut lebih yakin kepada jaminan Allah ketika di luar botol berbanding ’jaminan’ manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah semut mengambil langkah berjimat cermat yakni dengan memakan hanya separuh sahaja daripada apa yang diperlukannya dalam masa setahun supaya jika berlaku sesuatu yang di luar jangkaan, dia mampu bertahan. Masih ada baki makanan yang boleh digunakan.

”Inilah sifat tawakakal dan ikhtiar yang kita boleh pelajari dari semut. Jangan sekali-kali bergantung kepada sesama makhluk dalam soal rezki. Bergantunglah kepada Allah. Kalau ada pihak yang berkata, saya jamin bekalan makanan atau simpanan petrol akan sentiasa mencukupi untuk sekian-sekian tahun… jangan terlalu yakin. Sebaliknya, bertawakkallah kepada Allah dan berikhtiarlah dengan keupayaan sendiri. Jika tidak, kita akan dikecewakan. Jadilah seperti semut itu.”

Saya termenung panjang dalam fikir yang dalam. Walaupun pengajar kelihatan biasa-biasa sahaja tetapi pengajarannya sangat luar biasa. Bersahaja, tetapi penuh hikmah dan ibrah. Berapa kerat manusia yang benar-benar mengambil panduan daripada ajaran Islam ketika berdepan dengan krisis dan kemelesetan ekonomi.

Ada seruan yang menganjurkan hidup berjimat ketika ekonomi meleset padahal Islam menganjurkan jimat cermat tanpa mengira situasi dan kondisi. Orang yang membazir adalah ’saudara’ syaitan tidak kira samada semasa ekonomi meleset atau stabil, samada dalam keadaan harga minyak naik atau sebaliknya. Ada pula yang meuar-uarkan agar dilakukan perubahan gaya hidup dalam keadaan sekarang… Sinisnya, bukankah cara hidup orang Islam ialah cara hidup Islam, apa lagi yang hendak diubah-ubahnya?

Jarang benar kita mendengar tafsiran yang lebih tersirat tentang apa yang berlaku kini. Maksudnya, tafsiran yang merujuk kepada ‘musabbabil asbab’ (faktor penyebab) bukan hanya ‘asbab’ (sebab). Hakikatnya, apa yang berlaku ialah dengan izin Allah jua. Dan tentu ada maksud Allah izinkan semua ini berlaku. Apakah pengajaran untuk sikaya, simiskin, peniaga, pengguna, rakyat dan penguasa di tengah kemelesetan ekonomi ini?

Bukankah kita telah diberitahu oleh Al Quran dan Al Hadis bahawa ujian daripada Allah adalah untuk meningkatkan keimanan kita? Dan ujian juga boleh meningkatkan tahap kebijaksanaan, kesabaran dan kekreatifan kita untuk menyelesaikan masalah. Pokok pangkalnya, apakah musibah ini menggugat keyakinan kita kepada Allah yang bersifat Al Wahhab (Maha Pemberi), Al Ghani (Maha Kaya) dan Ar Razzak (Maha Pemberi Rezki) misalnya?

Bagaimana pula kita kembali kepada Allah (raja’na ilallah) dalam menghadapi ujian ini? Apakah kita mula mendidik hati kita dengan sifat-sifat mahmudah bersumberkan akidah Islamiah? Apakah kita mula bermuhasabah tentang sistem ekonomi semasa, apakah telah benar-benar disusun mengikut syariah? Apakah orang kaya dan pengusaha mula tergerak untuk mengamalkan akhlak yang pemurah dan zuhud? Manakala orang miskin pula dengan sifat sabar dan qanaah?

Read more...

Mujahadah Melawan Hawa Nafsu

>> Tuesday, March 2, 2010

Dalam diri manusia yang sempurna mempunyai lima unsur utama yang patut kita ketahui.........
Antaranya ialah:-
a)badan
b)roh
c)aqal
d)hati
e)nafsu

Kelima- lima unsur ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.... Kerana apa jika kurang saja satu maka ia dianggap tidak sempurna.... Misalnya kita nak keluar ni... kita kenalah tutup badan kita dengan pakai baju, pakai seluar, pastikan bau badan dan mulut tidak ada.

So kat sini, katakanlah kalau kita just pakai baju, dan yang lain kita tinggal apa yang jadi? Macam- macam benda yang akan berlaku nanti, contohnya mungkin orang akankatakan kita gila, mungkin kita akan kena maki, mungkin kita terdedah kepada keghairahan orang lain yang melihat kita dan sebagainya.

So samalah jugak kita dengan unsur yang lima- lima ini dalam diri kita... Andai kata ada badan takda roh apakah namanya? Andai kata sebaliknya apa namanya? Andai kata ada semua kecuali aqal, so kita tak ubah macam haiwan...

Tapi ingatlah dalam diri kita wahai pembaca- pembaca sekalian, kita tak mampu nak maintainkan aqal kita, hati kita, nafsu kita... kemungkinan aqal menguasai diri menyebabkan kita buat sebarang perkara ikut aqal semata- mata, iaitu menggunakan logik semata........ kesannya kita akan jadi seperti komunis yang tidak mempercayai tuhan yang esa.

Kadang- kadang menghukum sesuatu perkara menggunakan hati semata-mata tanpa menggunakan benda- benda lain untuk support menyebabkan segala perkara atau keputusan yang hanya menggunakan emosi semata- semata. Contohnya disebabkan kita merasakan bilangan kita nak berdakwah terlalu sedikit, ditambah apa yang kita lontarkan untuk berdakwah tidak diendahkan, kita mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya... atau mudah kata tinggalkan terus lapangan dakwah tu..

Dan jika mengguna plak nafsu semata- semata, banyak keburukan dan kebaikan yang akan dapat, contohnya nak dapat duit mudah, kita akan usahakan untuk mendapatkannya walau dengan apa cara sekali pun sama ada ia haram atau halal....

Tapi kat sini akan mengupas melawan hawa nafsu adalah mujahadah yang patut kita buat.. Nampak macam mudah tapi sebenarnya adalah sangat susah... Apa taknya, ia adalah dalaman dir kita sendiri, kita sahaja yang tau apa nafsu kita nak. Kalau orang lain, boleh kita nak tegur tapi diri sendiri macamana nak tegur sebab nafsu kita ni nakkan benda yang membuat rasa seronok tanpa memikir azab yang bakal akan menimpa..

Sebab itu para ulama' mengesyorkan untuk melemahkan nafsu kita ni kita kena banyak berpuasa, selau menderma,buat amalan soleh sebab apa nafsu ini sebenarnya adalah satu unsur yang nakkan kepada kejahatan semata- mata. jadi bilamana kita berpuasa dan sebagainya, nafsu kita tak mampu nak mengawal badan kita... Kita boleh sendiri mengingatkan kembali masa bulan Ramadhan dengan bulan- bulan lain.. Kita mampu baca Al-quran dan dapat mengkhatamkannya walaupun sibuk dengan kerja-kerja seharian. Kecurian pun berkurangan.. masalah maksiat pun berkurang, dan sebagainya....

Antara benda lain yang boleh dikatakan berjaya melawan hawa nafsu bilamana seseorang itu mampu:-
a) menuntut ilmu agama
b) mengamalkan ilmu yang telah dipelajari
c) mengajarkan ilmu yang telah dipelajari kepada orang lain sehingga orang faham seperti kita faham
d) bersabar dalam menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain.

Jika perkara ini dapat dilaksanakan maka insya-Allah mujahadah kita sesuatu yang amat bermakna....

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP