Mujahadah Melawan Hawa Nafsu

>> Tuesday, March 2, 2010

Dalam diri manusia yang sempurna mempunyai lima unsur utama yang patut kita ketahui.........
Antaranya ialah:-
a)badan
b)roh
c)aqal
d)hati
e)nafsu

Kelima- lima unsur ini saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.... Kerana apa jika kurang saja satu maka ia dianggap tidak sempurna.... Misalnya kita nak keluar ni... kita kenalah tutup badan kita dengan pakai baju, pakai seluar, pastikan bau badan dan mulut tidak ada.

So kat sini, katakanlah kalau kita just pakai baju, dan yang lain kita tinggal apa yang jadi? Macam- macam benda yang akan berlaku nanti, contohnya mungkin orang akankatakan kita gila, mungkin kita akan kena maki, mungkin kita terdedah kepada keghairahan orang lain yang melihat kita dan sebagainya.

So samalah jugak kita dengan unsur yang lima- lima ini dalam diri kita... Andai kata ada badan takda roh apakah namanya? Andai kata sebaliknya apa namanya? Andai kata ada semua kecuali aqal, so kita tak ubah macam haiwan...

Tapi ingatlah dalam diri kita wahai pembaca- pembaca sekalian, kita tak mampu nak maintainkan aqal kita, hati kita, nafsu kita... kemungkinan aqal menguasai diri menyebabkan kita buat sebarang perkara ikut aqal semata- mata, iaitu menggunakan logik semata........ kesannya kita akan jadi seperti komunis yang tidak mempercayai tuhan yang esa.

Kadang- kadang menghukum sesuatu perkara menggunakan hati semata-mata tanpa menggunakan benda- benda lain untuk support menyebabkan segala perkara atau keputusan yang hanya menggunakan emosi semata- semata. Contohnya disebabkan kita merasakan bilangan kita nak berdakwah terlalu sedikit, ditambah apa yang kita lontarkan untuk berdakwah tidak diendahkan, kita mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya... atau mudah kata tinggalkan terus lapangan dakwah tu..

Dan jika mengguna plak nafsu semata- semata, banyak keburukan dan kebaikan yang akan dapat, contohnya nak dapat duit mudah, kita akan usahakan untuk mendapatkannya walau dengan apa cara sekali pun sama ada ia haram atau halal....

Tapi kat sini akan mengupas melawan hawa nafsu adalah mujahadah yang patut kita buat.. Nampak macam mudah tapi sebenarnya adalah sangat susah... Apa taknya, ia adalah dalaman dir kita sendiri, kita sahaja yang tau apa nafsu kita nak. Kalau orang lain, boleh kita nak tegur tapi diri sendiri macamana nak tegur sebab nafsu kita ni nakkan benda yang membuat rasa seronok tanpa memikir azab yang bakal akan menimpa..

Sebab itu para ulama' mengesyorkan untuk melemahkan nafsu kita ni kita kena banyak berpuasa, selau menderma,buat amalan soleh sebab apa nafsu ini sebenarnya adalah satu unsur yang nakkan kepada kejahatan semata- mata. jadi bilamana kita berpuasa dan sebagainya, nafsu kita tak mampu nak mengawal badan kita... Kita boleh sendiri mengingatkan kembali masa bulan Ramadhan dengan bulan- bulan lain.. Kita mampu baca Al-quran dan dapat mengkhatamkannya walaupun sibuk dengan kerja-kerja seharian. Kecurian pun berkurangan.. masalah maksiat pun berkurang, dan sebagainya....

Antara benda lain yang boleh dikatakan berjaya melawan hawa nafsu bilamana seseorang itu mampu:-
a) menuntut ilmu agama
b) mengamalkan ilmu yang telah dipelajari
c) mengajarkan ilmu yang telah dipelajari kepada orang lain sehingga orang faham seperti kita faham
d) bersabar dalam menyampaikan ilmu yang dipelajari kepada orang lain.

Jika perkara ini dapat dilaksanakan maka insya-Allah mujahadah kita sesuatu yang amat bermakna....

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP