Kenapa wanita suka menitiskan airmata

>> Friday, November 27, 2009

Kenapa wanita suka menitiskan airmata
Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Read more...

Amal kan SelalU ye….:

Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah:jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah:bila tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah:bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Read more...

Kemunculan Lebai Kampus

salam perjuangan semua... asif ya sahabat dan sahabiah semua...

Read more...

antara cita-cita & harapan

>> Wednesday, November 25, 2009

tidak tahu apa yang mahu dikongsi...

jari jemari ini tak reti menari atas keyboard macam dulu.ntah kenapa ntah.cuma mungkin sedikit perkongsian.

bukan mudah untuk istiqomah dalam medan perjuangan.itulah kebimbingan ana terhadap kita 16 orang.terutama bila sudah keluar dari kepompong kampus dan menjengah ke alam pekerjaan.SIBUK itu adalah ujian yang maha dahsyat.

sungguhpun kita pernah berjanji diatas sebuah bukit,ditemani air hujan yang membasahi diri,harapan ana agar janji itu terus mekar dan tersemat kemas dan dihayati setulusnya dalam diri ana & sahabat-sahabat semua.

kepada semua pejuang-pejuang,memegang obor islam itu terasa sangat payah dah meletihkan,namun ketahuilah bahawa kita mulia adalah kerana berpegang padanya.

selamat berjuang sahabat-sahabatku.ana uhibbukum fillah.



Selamat Berjuang

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah (ingatlah) semua ikrar kita

Read more...

~adiiikk (1)~

>> Wednesday, November 18, 2009





Aku cuma ada seorang adik.........


Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. "Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata,

"Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!". Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!" "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. "Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!" Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg.... (to be continued...)

Read more...

Hatiku Tidak Tenang Jika "Sebesar Cawan"

>> Sunday, November 15, 2009


Orang yang gagal, selalu menjadikan masalah yang kecil menjadi besar manakala orang yang berjaya menganggap masalah besar itu kecil. Bukankah ujian itu TARBIYYAH dari ALLAH S.W.T.? Oleh itu, hadapinya dengan tenang dan tabah. Mana tahu, natijah esok lebih baik dan indah dari semalam..

" Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini? " kataku berkeluh-kesah. Selama hidupku, aku tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hati tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirku, Allah tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padaku. Aku sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi aku? Aku hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahku sendiri.

Hatiku tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwa. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari aku melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hati, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Aku ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, aku terus bertanya kepada lelaki tua tersebut.

Masalah keluh kesah dan kerisauan aku didengari lelaki tua itu sambil tersenyum. Lalu mengajak aku ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Aku mengikut, walaupun hati sedikit hairan.

" Anak muda... " lelaki tua itu bersuara .

" Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkanlah sebungkus garam. " ujarnya lagi. Aku yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil... air diisi... dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi.

" Sekarang kamu minumlah air tersebut ". Dalam bingung yang masih bersisa, aku mengikut kata lelaki tua itu.

" Apa rasanya? ", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi ku.

" Masin! " lelaki tua itu tersenyum lagi.

" Sekarang, kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya. "

Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. Sekali lagi aku hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup.

" Apa rasanya, anakku? " soal lelaki tua itu.

" Tawar, tidak masin seperti tadi ", aku menjawab sambil mengelap mulut.

" Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi? " tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah aku. Aku hanya menggeleng. Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu ku.

" Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah, ditimpa masalah, dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita.Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum, sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita. Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri. Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita.Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa bertenang dan berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberi kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekali membiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri " .

Maka, pada petang itu. aku pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, aku berjanji, akan sentiasa bertenang-tenang, membesarkan jiwa dan berlapang dada! Janganlah membiarkan kita lemas dalam masalah tetapi nikmatilah masalah itu. Sesungguhnya ada hikmah disebaliknya...

InsyaAllah... ketenangan hati itu hak milik orang "ISLAM"...

Read more...

~Percaya Diri~


Pernah seorang anak kecil merasakan dirinya terasing.Sedang dunia terus berjalan,tanpa sedar wujudnya ada.Namun anak kecil itu merasakan dunia perlu tahu kewujudannya.Dia berhak untuk mendapat perhatian dunia.dalam fikirnya,apabila dunia tahu tentang wujudnya,dunia juga akan nampak Islam yang bersamanya.

Namun fikiran anak kecil itu masih begitu sedikit ilmunya.Dan dia membesar mendapatkan apa yang dihajatinya.Perhatian manusia.Tiap langkah,tiap anugerah,cukup untuk membuat dia berasa gah.

Dia kini bukan lagi anak kecil.Mula meningkat dewasa dengan suatu rasa percaya diri yang begitu utuh dalam dirinya.Setiap perancangan diatur,ia dengan yakin melangkah.Sungguh,ia yakin Allah bersama tiap langkahnya.Tapi dalam yakin,ia terlupa sesuatu.Suatu yang ia sendiri gusar akan apa nya.

Lalu ia terus melangkah.Dengan yakin,tapi dalam gusar yang sayup berbisik.Sekali ia tersadung sesuatu.Lalu tersungkur.Terluka.Dalam.Dalam lukanya itu memberi nya jawapan atas gusar hatinya.

Rupanya langkahnya benar telah teguh.Tapi, ada sesuatu yang kurang.Lukanya itu telah menyelar egonya.Rupanya telah lama ia berjalan bersama yakin pada dirinya sendiri,tapi terlupa bahawa bukan pada dirinya adanya kekuatan.Tapi pada yang menciptakan dirinya.Yang ia sangkakan adalah kekuatan yang teguh di sampingnya sedangkan tiadalah kekuatan sebenarnya melainkan Dia.

Tiadalah ia bisa memikir,melaksana dan melangkah kearah jalan redhaNya melainkan dengan izin dan kudrat yang semuanya hanya milikNya.Dan tiadalan Islam mulia dengannya melainkan ia yang menjadi mulia dengan Islamnya..

Read more...

~Mencari Bidadari Ep.4~

>> Saturday, November 14, 2009





“Wah,bau sambal tumis ikan bilis!”

Mata yang pada mulanya masih kuyu walaupun telah dibasahi air wudhuk subuh tadi tiba-tiba menjadi segar.Masakan tidak,makanan kegemaran.Syifa’ melajukan langkahnya menuju dapur.Rumah kampung memang jauh ke belakang dapurnya.

“Morning ummi!Wah,sambal tumis.Ada pulut kuning ye?”

“Assalamualaikum.Anak ummi nak pergi negara orang putih dah tak reti bagi salam ye?Mesti bangun tadi pun tak baca doa ni...Iye,pulut kuning.”
Syifa’ cuma senyum sumbing bila di fire ummi nya.Iyelah,salam itukan sunnah,mendoakan orang yang ditemui dengan kesejahteraan.Jauh lebih baik dari greetings yang diikut-ikutkan dari budaya barat.Bukan tak boleh,cuma lebih baik ada salamnya.

“Iya Ummi.Assalamualaikum and good morning.Orang baca doa la bangun tadi. Mi,hari ni Angah gi settlekan passport ngan visa tau.Gi ngan Along kot.Tapi tak ajak dia lagi. ”
Tangan Syifa’ cepat saja mencuit sedikit sambal ikan bilis yang masih di dalam kuali.Cepat ditangakap ummi dan dicubit sedikit tangannya tanda larangan.

“Aduih!Ala..sikit je ummi..”

”Sikit pun..Tak baik anak dara makan dari kuali.Tau dek bakal mak mertua,reject.”Tegur Ummi dengan sedikit bebelan tambahan..

”Lambat lagi pun nak kahwin nye..Entah iye entah tidak..He..” Balas Syifa’ selamba.

Ummi faham benar anak gadisnya.Tentu sahaja malam tadi puas menangis atas katil.Tapi dia yakin,dari jodoh dunia yang dikejar anak-anak gadis yang mahu cepat-cepat kahwin takutkan andartu – tak ramai yang betul2 berumahtangga kerana mencari redha Allah dan menurut sunnah,tapi lebih ramai yang menjadikan sunnah sebagai alasan dan ’nilai tambah’ perkahwinan- Syifa’ cukup kuat untuk mencari jalan hidupnya.Malas dilayan-layan rasa emosi anak gadisnya itu.Lebih baik beri dia masa utk pulih sendiri.Silap juga terlepas kata tadi.

”Ha,jangan lupa bagi tahu Kak Long,Angah nak mintak dia teman.Nanti dia dah nak keluar kemana-mana nanti takda teman pulak.Bahaya pergi KL sorang-sorang.” Ummi mengingatkan.

”Ha,iye.” Syifa’ masih sibuk membuka tutup-tutup periuk membuat inspection apa lagi menu pagi yang dimasak Ummi.he..tak sempat nak tolong dah siap..alasan je..

”Ha,dari tercegat kat situ,baik pergi tolong kejutkan si kembar berdua tu.Mesti tidur balik lepas balik dari masjid Subuh tadi tu.”

”Iya2..Ehm..ehemm..” Syifa’ membetulkan suara..mencekak pinggang ,dan...

”ASIFF!!!HADI!!!BANGUN!!!!!!!!!!”

Cukup kuat laungan untuk menggegar seluruh isi rumah.Sampai 10m radius kawasan luar rumah termasuk ayam itik turut terkejut.

”Haish!Astaghfirullahalazim!!”

Spontan laungan Syifa’ terhenti dengan istighfar Ummi.Ummi menggeleng-geleng sambil memegang kepalanya yang tidak sakit.

”Aa.a..sorry Mi..Angah gi ketuk pintu diorang ye..he..”

Terkulat-kulat menjawab,Syifa’ langsung cepat2 menghilangkan diri ke depan mengarah ke bilik adik kembarnya. Fuh,jelingan tajam.Tahu benar akan lagaknya permaisuri murka..hi..

Read more...

Erti Persahabatan...............

>> Monday, November 9, 2009

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Renungilah....

Read more...

Light Of The Dawn

>> Sunday, November 8, 2009





Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu..

I wake with the light of the dawn whispering

With joy in my heart and with praise on my lips

In stillness and twilight I stand before you

Bowing, prostrating I call Allahu

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu..

My eyes see your beauty in the dawn's golden hues

My ears hear the thunder as it glorifies you

The rhythm of my heart beats the sound of your name

My breaths rise and fall with the tide of your praise

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu..

My soul knew and loved you before I was born

And without your mercy is lost and forlorn

Wherever I may wander down the pathways of life

My cry to you, oh my Lord, is 'guide me to light'

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu..

Through all fear and helplessness, to you do I turn

For your breath of healing and peace do I yearn

For all that I have, my Lord, all that I am

Is from You, is for You and to You will return

Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu Allahu..

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Hayyu, Ya Qayyum..

Read more...

Kenali Nabi Muhammad S.A.W. Secara Lahiriah

>> Thursday, November 5, 2009

Sabda Rasulullah S.A.W.:

"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga."
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas)


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad S.A.W. - Manusia Agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah S.A.W.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah S.A.W. jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah S.A.W. umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah S.A.W.
- Apabila Rasulullah S.A.W. berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir
rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada
biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan
cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan
lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :

Nabi Muhammad S.A.W. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sampaikan juga kepada sahabat-sahabat semuslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan Rasul-Nya, seperti Allah dan Rasul-Nya mencintai kita kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.. Amin...

Usah gelisah apabila dibenci manusia kerana masih banyak yang menyayangi kita di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah kerana tiada lagi yang mengasihi kita di akhirat kelak...

::::Apabila bersama Islam, ketenangan Hati dapat dirasai oleh hamba-Nya::::

InsyaAllah...


Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/biodata-rasulullah-saw.html


Nabi Muhammad S.A.W. - Manusia Agung

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP