Hadith Sahih- Al- Imam Al-Bukhari, Malu tapi Mahu.....

>> Friday, October 30, 2009





Marilah kita merenung hadith sahih iaitu yang Hadith ketiga....


Terjemahan hadith Daripada Sayyidina Abu Huraiyrah Radiallahu 'Anhu, daripada Nabi bersabda: ''Iman itu itu mempunyai cabang yang berjumlah sekitar 63- 69 cabang. Malu adalah satu cabang daripada iman".
Biodata Perawi:

Sayyidina Abu Hurairah adalah seorang sahabat Rasulullah yang sangat rapat dengan baginda. Nama beliau adalah 'Abd al- Rahman bin Sakr. Beliau memeluk Islam pada tahn berlakunya peperangan Khaybar. Beliau digelar sebagai Abu Hurayrah (bapa kucing) kerana beliau menjumpai seekor kucing lalu kucing tersebut dimasukkan ke dalam lengan jubah beliau. Atas sebab itulah, beliau digelar oleh Rasullullah SAW sebagai Abu Hurairah.

Beliau adalah antara sahabat Nabi yang paling banyak menghafaz hadith Rasullullah dan merupakan seorang sahabat yang sering berpuasa dan berqiamullail. Menurut al- Imam al- Bukhari, jumlah para sahabat Rasullulla dan para tabi'in yang meriwayatkan hadith daripada Sayyidina Abu Hurayrah adalah lebih daripada 800 orang. Menurut 'Ikrimah, Sayyidina Abu Hurayrah bertasbih sebanyak 12 ribu kali seiap hari. Sayyidina Abu Hurayrah pernah menjadi gabenor al- Madinah al- Munawarah berulang kali.

Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah dalam usia 78 tahun di al- Madinah Munawwarah. Dikatakan beliau meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah. Ada juga yang berpandangan bahawa beliau meninggal dunia pada 59 Hijrah.

Keterangan Hadis: Hadith ini menerangkan bahawa Iman mempunyai sekitar 63 hingga 69 cabang yang merupakan amalan-amalan baik serta akhlak- akhlak yang terpuji yang mencerminkan bahawa orang yang memiliki cabang- cabang ini adalah orang yang sempurna dari sudu keimanannya kepada Allah dan Rasulullah. Hadith ini juga menjelaskan dengan terang bahawa sifat malu kepada Allah adalah salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman.

Read more...

~Mencari Bidadari Ep.3~

>> Friday, October 23, 2009

Tangan didepakan dan diregangkan sejauh mungkin.Udara di tepi tasik yang begitu luas itu dihirup dalam-dalam.Terasa oksigen benar-benar meresap ke dalam sel-sel paru-paru dan menggerakkan pembentukan tenaga di seluruh badan.Otak terasa lapang.Petang itu Syifa’ tekad melapangkan fikirannya dari segala masalah dan hiruk pikuk dunia.Waktu khas dengan Tuhan.Sengaja diajak Asif dan Hadi ikut sekali tetapi siap-siap dipesan untuk jogging di kawasan berhampiran.Cukup syarat ada muhrim. Lagipun Ummi dah terpecahkan rahsia dia meng ‘propose’ dan ditolak pada adik-adiknya.Cuma hari ni malas nak bercakap.Jadi Syifa’ lebih senang bercakap dalam hati.. Segala tanya,segala jawab hanya Syifa’ & DIA yang tahu..

Waktu-waktu jiwa kacau dan ketika menerima rejection manusia lah kita jadi lebih dekat dengan Pencipta.Pernah terfikir-fikir juga.Jika itu syaratnya,biarlah selalu di reject dengan manusia pun jika itu yang membuatkannya lebih dekat dengan Allah.Namun,jika diri tidak disukai manusia atas perkara yang juga tidak disukai oleh Allah,betapa sunyi dan ruginya.



Walau bagaimana pun, Syifa’ masih mampu menghela nafas lega bila lamarannya kepada lelaki itu ditolak.Meskipun keputusan sebesar itu diambilnya setelah hatinya teguh dengan apa yang ingin dilakukannya,dengan solat istikharah segala,tidak semestinya lamarannya akan diterima.Mungkin pemuda soleh yang hebat sepertinya ditakdirkan bersama serikandi yang cukup hebat juga untuk membantu perjuangannya.Jika diikut-ikutkan adat dunia,malu tahap giga la bila anak gadis yang melamar si teruna dan ditolak pula lamarannya!



Ala..bukan aku tanya direct pun.Ikut Ustazah pun kan.Apa nak kisah..Lagipun aku kan dah bersedia untuk keputusan macam ni.Urusan Allah kan jodoh tu..Belajar habis-habis dulu. Mungkin belum masanya nak bina Baitul Muslim.Kena UP-kan lagi individu muslim dulu..Otago!Here I come!!



Haaaahh…Lega.Belajar elok-elok,bawak balik master in pharmacy 1st class untung-untung dapat PhD terus,kerja,berbakti pada ummi,abah and paling penting,pada agama..Good girl Syifa’.Long way to go!



“Eeaaaahhh!!!!Ahhh…Leganya…”


Syifa’ melepaskan keluhan beratnya.Nafasnya dihela lega sambil menyaksikan langit redup dengan layang-layang pelbagai warna menari-nari di dada langit.Matanya ditutup sambil mengalunkan zikir dalam hatinya sambil tersenyum.Teringat sepotong kata-kata hikmah,



‘kalau tiada cinta manusia untuk mu,cukuplah cinta Allah menjadi penyuluh hidupmu,kelak ada cinta untukmu dari insan yang mencintai Allah,sebagaimana cintamu terhadapNya.’



Dan Syifa’ membuka matanya.Langit masih indah..



“HADIII!!! ASIFFF!! JOM BALIK!!”


Laungan Syifa’ membuatkan kedua-dua adik kembarnya itu menoleh serentak. Panggilan itu mematikan mood Hadi dan Asif yang ralit memilih layang-layang di gerai layang-layang.

“La..baru nak main layang-layang ni.Dahla paksa orang ikut tadi.Belum apa-apa dah nak

balik.”

Rungut Hadi perlahan sambil dahinya dikerut tidak puas hati dengan tindakan Syifa’.



“Takpela Di.Ikutkan aje.Kan mak pesan,ikutkan aja kata Kak Ngah tu.Dia baru kena reject tu.Karang dibuatnya yang bukan-bukan lagi susah.”

Komen Asif ringkas.Malas nak bertekak dengan Kak Ngah nya waktu-waktu macam ni.Ada yang kena fire nanti.Orang putus cinta,layankan aja…

“Iya,iya..Susah betul jadi orang besar.Kompleks..Dah,jom Sif.”



Asif hanya menjungkit bahu.No komen.Keduanya berlari anak menuju kereta Swift hijau Syifa’ yang diletak di bahu jalan.Untung buat kerja part-time.Syifa’ telah siap menunggu di dalam kereta.Tidak menunggu lama sebelum pintu belakang Swift hijau itu dihempas kuat oleh Hadi.Duduk di tempat penumpang belakang dengan muka berkerut.Tanda protes.Asif tenang mengenakan tali pinggang keledar di tempat penumpang hadapan.

“Haish,ada yang buat muka badak sumbu tak puas hati laa.Baru cadang nak bawak pergi Nando’s kat Alamanda.Tak jadi la camni..” Umpan Syifa’ spontan.



Mendengarkan perkataan ‘Nando’s’ disebut,air muka Hadi terus berubah riak.Duduknya dibetulkan.Kepalanya dijulurkan ke tepi muka Syifa’.Inginkan kepastian.



“Kak Ngah betul ke nak pergi??Nak 1 set blackpepper!!”

Hadi betul-betul senang diumpan dengan makanan.Lagi-lagi ayam.Makan banyak tapi tak naik-naik beratnya.Nak dikata cacing,ubat cacing memang tiap 6 bulan makan.



“La..Bukan tadi jadi badak sumbu ke?Badak sumbu tak makan ayam la..” Syifa’ masih mahu mengusik.



“Haah.hari tu pergi zoo,badak sumbu makan betik je.”Asif menyambung sakat.



Ala..takda,takda.Mana ada badak sumbu.Jomla gi Alamanda cepat.Nanti nak maghrib kat surau tak sempat pulak.Kan ke solat berjemaah itu besar ganjarannya?Ha,nanti tak sempat macam mana?Hee..”



“Pandai saja..Ok.Let’s go my bro!!Pakai seatbelt.Baca doa.Kita rempit pakai Swift hari ni!!Yeah!!”



Syifa’ menghidupkan enjin dan..VVROOMMM!!!!


“WHOOAA!!!YEAAHH!!!”



Laung dan gelak ketawa meraka tiga beradik pecah di dalam kereta.Walupun tidak begitu banyak lap yang boleh dibuat di jalanraya Putrajaya,tetapi cukup untuk membuat Syifa’ puas.Dia harus kuat.Bersama keluarga disinya,demi agama dan perjuangan hidup.Biarpun begitu dia masih seorang perempuan.Ada tangis di balik tawanya hari itu.Namun,Syifa’ tekad,tangisnya biar hanya untuk Allah di tikar sujud…


to be continued..



Read more...

Ketenangan Hati Bersama ISLAM

>> Sunday, October 18, 2009


Sesungguhnya rahsia di sebalik ketenangan amat dicari. Fitrah manusia sememangnya inginkan ketenangan. Ketenangan dicari dan diburu oleh jutaan manusia di dunia pada hari ini. Terjadinya krisis di dunia pada hari ini kerana tiada ketenangan dan kasih sayang. Ketenangan adalah anak kunci pembuka gedung perasaan dan fikiran. Kita boleh membuka tabir-tabir perasaan manusia dengan ketenangan yang dimiliki. Kita juga boleh membuka lembaran fikiran manusia dan mengambil ilmu daripadanya. Sebenarnya, ketenangan itu menjadi kecemburuan orang, lebih-lebih lagi syaitan. Syaitan tidak dapat menguasai orang yang tenang. Demikian juga Yahudi, kafir dan munafik, mereka tidak dapat menguasai peribadi Muslim yang tenang.

Ketenangan yang dimiliki apabila digunakan untuk menyuluh dan mengawal roh, perasaan dan jalan berfikir manusia, akan menghasilkan kesan yang hebat dan di luar jangkauan akal di dalam perlakuan mereka mengendalikan ekonomi, politik, pentadbiran dan kerja-kerja lain. Ketenangan inilah yang dicari-cari oleh para ahli fikir kerana mereka tahu bahawasanya idea yang hebat di waktu tenang akan luar biasa kesannya kepada orang yang mendengar ucapan dan membaca tulisannya. Mereka yang mengeluarkan idea atau memerah fikiran di dalam keadaan jiwa gelisah dan tidak tenteram, sama seperti industri yang mengeluarkan bahan-bahan yang tidak bermutu atau rendah kualitinya. Besar kemungkinan barangan itu akan direject oleh SIRIM. Kalau dipasarkan juga ke tengah masyarakat, harganya akan jatuh menjunam. Demikian harga buah-buah fikiran dari mereka yang resah gelisah.

Ketenangan itu sangat tinggi nilainya. Ia tidak diniagakan di Bursa Saham Kuala Lumpur atau Tokyo, juga tidak diniagakan di Wall Street. Tetapi diniagakan di dalam pasaran Kalbu Mukminin iaitu hati manusia di seluruh dunia dan sepanjang zaman. Ramai manusia yang cuba menanam modal untuk mengaut keuntungan yang besar iaitu ketenangan. Tetapi yang mencapai peringkat tenang itu sangat sedikit. Yang banyak ialah mereka yang salah menanam modal kerana ditipu oleh Bursa Saham Duniawi. Sememangnya mata benda dunia itu diselaputi dengan keindahan dan ketenangan yang palsu.

Firman Allah: "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia berbagai keinginan yang terdiri daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan sesungguhnya kepada Allah lah tempat kembali yang baik (Syurga). Katakanlah: Inginkah aku khabarkan apa yang lebih baik dari yang demikian itu? Untuk orang-orang yang bertaqwa (kepada Allah) pada sisi Tuhan mereka ada Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.Mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah dan Allah Maha Melihat akan hamba-hambanya. Iaitu orang-orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman. Maka ampunkanlah segala dosa kami dan peliharalah kami dari siksa api neraka." (Ali Imran 14-16).

Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang." (ar Raad: 28) Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa?. Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan. Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya.

Caranya begini, (walaupun tidak dapat lakukan semua, jangan tinggalkan semua):-

1) Melalui nasihat
2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang
3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil
4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi.

InsyaAllah.........
Hati sentiasa tenang apabila kita menghayati segala pemberian-Nya, rezeki-Nya, dugaan-Nya, lebih-lebih lagi, agama-Nya…

Ketenangan Hati Bersama ISLAM..
Apabila ISLAM untuk semua..
Ketenangan Hati juga untuk semua..
InsyaAllah…….


Ketenangan itu adalah harta kekayaan yang maknawi, yang abstrak, bukan zahiri. Bukan barang nyata yang dilihat oleh mata kepala. Tetapi ia berada di alam rasa yang luasnya lebih luas dari alam cakerawala. Untuk mendapatkannya adalah sangat sukar. Firman Allah: "Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu,hati akan menjadi tenang." (ar Raad: 28)

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP