Hadith Sahih- Al- Imam Al-Bukhari, Malu tapi Mahu.....

>> Friday, October 30, 2009





Marilah kita merenung hadith sahih iaitu yang Hadith ketiga....


Terjemahan hadith Daripada Sayyidina Abu Huraiyrah Radiallahu 'Anhu, daripada Nabi bersabda: ''Iman itu itu mempunyai cabang yang berjumlah sekitar 63- 69 cabang. Malu adalah satu cabang daripada iman".
Biodata Perawi:

Sayyidina Abu Hurairah adalah seorang sahabat Rasulullah yang sangat rapat dengan baginda. Nama beliau adalah 'Abd al- Rahman bin Sakr. Beliau memeluk Islam pada tahn berlakunya peperangan Khaybar. Beliau digelar sebagai Abu Hurayrah (bapa kucing) kerana beliau menjumpai seekor kucing lalu kucing tersebut dimasukkan ke dalam lengan jubah beliau. Atas sebab itulah, beliau digelar oleh Rasullullah SAW sebagai Abu Hurairah.

Beliau adalah antara sahabat Nabi yang paling banyak menghafaz hadith Rasullullah dan merupakan seorang sahabat yang sering berpuasa dan berqiamullail. Menurut al- Imam al- Bukhari, jumlah para sahabat Rasullulla dan para tabi'in yang meriwayatkan hadith daripada Sayyidina Abu Hurayrah adalah lebih daripada 800 orang. Menurut 'Ikrimah, Sayyidina Abu Hurayrah bertasbih sebanyak 12 ribu kali seiap hari. Sayyidina Abu Hurayrah pernah menjadi gabenor al- Madinah al- Munawarah berulang kali.

Beliau meninggal dunia pada tahun 57 Hijrah dalam usia 78 tahun di al- Madinah Munawwarah. Dikatakan beliau meninggal dunia pada tahun 58 Hijrah. Ada juga yang berpandangan bahawa beliau meninggal dunia pada 59 Hijrah.

Keterangan Hadis: Hadith ini menerangkan bahawa Iman mempunyai sekitar 63 hingga 69 cabang yang merupakan amalan-amalan baik serta akhlak- akhlak yang terpuji yang mencerminkan bahawa orang yang memiliki cabang- cabang ini adalah orang yang sempurna dari sudu keimanannya kepada Allah dan Rasulullah. Hadith ini juga menjelaskan dengan terang bahawa sifat malu kepada Allah adalah salah satu cabang daripada cabang-cabang Iman.

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP