Showing posts with label - IbNu BeNuT -. Show all posts
Showing posts with label - IbNu BeNuT -. Show all posts

Pemuda Harapan...

>> Monday, February 22, 2010



Pemuda tulang punggung bangsa
Baik pemuda baik pula bangsanya
Akhlak pemuda akhlaknya bangsa
Mudah di kata namun sulit di kerja


Ayuh pemuda kita semua
Kita junjung tinggi asas bersaudara
Saling melindungi antara kita
Pemuda adalah harapan bangsa


Mari pemuda kita bangkit bersama
Tegakkan Islam dalam kehidupan
Mari pemuda kita bangun kembali
Kehidupan masyarakat yang terpuji

Read more...

Mencari Siapa Diri...

>> Monday, December 21, 2009

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja


Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman


Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan


Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan


Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita


Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang


Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan


Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

Read more...

Sepuluh wasiat dari Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna...

>> Sunday, July 26, 2009


1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Alah itu sentiasa tenang dan tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalan dengan setiap muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih saying.

10. Kewajiban-kewajiban kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.



BACALAH…RENUNGLAH…KEMUDIAN JADIKAN AMALAN…


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi yang telah memberi nikmat iman dan Islam kepada insan terpilih kepada setiap penjuru umat Islam di seluruh dunia. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penghulu kepada umat Islam akhir zaman dan seterusnya menjadi sinar barakah ke atas bumi ciptaan Allah Subhanahuwataala ini...Alhamdulillah...

Coretana pertama kali saya dalam blog ini hanya mahu memperingatkan kepada sahabat-sahabat seperjuangan tentang wasiat Imam As-Syahid Hassan Al-Banna kepada kita semua.Tidak lupa juga kepada semua umat Islam di dunia ini yang saya kira sangat sesuai untuk di ambil pengajaran dalam setiap wasiat yang diberikan.

Sejauh mana kita sudah amalkan?Sejauh mana penghayatan kita pada setiap bibit-bibit wasiat tersebut?Adakah kita akan berjaya tanpa kita ikut orang yang sudah berjaya?Jadi di sini, saya menyeru sahabat-sahabat seperjuangan dan juga umat Islam sekaliannya untuk membentuk diri menjadi umat Islam yang sejati dengan kata lain menjadi individu muslim yang mengamalkan segala tuntutan dalam al-Quran dan as-sunnah...

Allah adalah tujuan kita semua
Rasullullah adalah teladan kita semua
Al-Quran adalah pedoman hidup kita semua
Jihad adalah jalan juang kita semua
Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kita semua...

Semoga Allah sentiasa meredhai setiap usaha kita untuk perjuangan Islam dan seterusnya kita terus ikhlas dan istiqamah mengamalkannya...

"BERAMAL HANYA CINTAKAN ALLAH"



Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP