Shift Your Paradigm:Part 2

>> Sunday, May 16, 2010

Read more...

Shift Your Paradigm:Part 1

Read more...

Selamat Hari Guru

>> Saturday, May 15, 2010



Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.

Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.

Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.

Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.

Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.

Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.

Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.

Read more...

Selamat Hari Ibu

Read more...

AYAM BUKIT MERAH ENTERPRISE

>> Tuesday, May 4, 2010



Sempena hari- hari yang mendatang kita sering mendengar pelbagai undangan wali matul urus tatkala cuti sekolah semakin berkunjung tiba... Tak hairan kalau benda ini didengari kerana sememangnya adat kita sering kali melaksanakannya majlis ini pada musim cuti.......

Mengimbau masa lampau pelbagai juadah disediakan tapi yang paling penting nasik minyak mesti tak dilupakn...

dan macam2 hidangan disediakan......
Sungguh enak dan menyelerakan lagi.........
Oleh yang demikian adalah tak wajar sekiranya tiada langsung budget dikenakan memandang walimatul urus merupakan perkara yang paling untuk semua terutamanya kepada keluarga pengantin sebab ingin:
- memberitahu kepada orang kampung anak dia dah bernikah secara sah dengan pasangnya
- merapatkan silaturrahim
-memberi galakan kepada orang lain untuk menamatkan zaman bujangnya
- menunjukkan Islam tak membebankan(sekiranya semua pihak ikut segala perkara yang tak bertentangan dengan Islam)

Bahkan lebih dalam lagi pihak sebelah lelaki harus merancang perbelanjaan dengan betul kerana silap budget lain plak yang jadi
antaranya dari start bertunang sampai la ke walimatul- urus
kalau walimatul urusnya kena fikir dah start nak naik keta, saper yang p, berapa rombongan nak p, sampai ke hujung sekali iaitu perkahwinan........mcm2 da...........orang yang dah kahwin tentu tau lebih lagi betul x?......... Harap pembaca yang akan kahwin o dah kahwin boleh la komen, mungkin boleh menolong pembaca lain memahami bahawa perkahwinan ni bukan dengan air liur terus jadi tapi kena ada usaha yang berterusan untuk sampai ke tahap itu....

Oleh hal yang sedemikian rupa semestinya si bakal lelaki, keluarga yang handle majlis wali matul urus, atau pihak catering yang bertanggungjawab untuk memasak semesti mencari harga yang berpatutan untuk mengurangkan kos perbelanjaan... tau jela kan perbelanjaan sekarang dah makin tinggi...

Lihat sendiri kalau dok Shah Alam o bandar- bandar kalau tak fikir masa akan datang mau sehari RM10 o.........

Jadi sebab itu saya ada penyelesaian kepada anda tapi ni kepada pembaca yang berada di Perak terutamanya di sekitar Bukit Merah, Tebuk Panchur, Semanggol n Alor Pongsu sahaja. Insya-Allah berkat kesungguhan anda mencari dan mencari, saya menawarkan kepada pembaca- pembaca sekelian tentang penyembelihan ayam yang halal, harga boleh dirunding dengan Mohd Hanafiah bin Mat Said, 013-5817454 @ 017-5963834....selalunya harga tuk majlis2 sebegini rating harganya adalah sangat berlainan dengan harga jualan semasa... Semuanya bergantung kepada terma dan syarat.......... =)




Read more...

>> Monday, May 3, 2010



KU DAMBA KEAMPUNAN






APABILA AKU TERKENANGKAN JANJI-MU
TERASA GERUNNYA DIHATIKU
BETAPA FAKIRNYA FITRAH KUPADA-MU
BETAPA JAUHNYA DIRIKU DARI-MU

SEPANJANG KU DIBUAI MIMPI
TELAH KU LUPAKAN JANJI-MU OH ILAHI
LENAKU MASIH BELUM TERJAGA LAGI
YA ALLAH SEDARKANLAH DAKU

OH TUHAN KINI KU TELAH JAGA
JANJI-MU TAKKAN MUNGKIR
PADA HAMBA YANG INGKAR

DIRIKU TIDAK KAN TERLEPAS
KESALKU MAKIN MENEKAN
INSAFKU KIAN MENINGKAT

APAKAH MASIH TERSISAKAH TITISAN RAHMAT
MOGA DIRIKU DI KUNIAKAN BERKAT
TIDAK TERTAHAN DIRIKU YA ALLAH
MENANGGUNG AZAB SIKSAAN-MU
TIDAK SANGGUP MERASA DIRIKU YA ALLAH
MENANGGUNG KEMURKAAN-MU

YA ALLAH AMPUNLAH KESALAHANKU
YA ALLAH AMPUN KETERLANJURANKU
KU MEMOHON RAHMAT DARIPADA-MU
SEMOGA DI HAZAFKAN DOSAKU

assalamu'alaikum...............

salam ukhwah dari balqis,

moga semua sahabat sihat dengan senyuman keimanan.
alhamdulillah hari ni Allah bagi kita satu nikmat untuk kita hidup diatas bumiNya.
hargailah setiap detik waktu untuk kita dekat dengan Allah.

fitrah manusia itu pelupa,sering melakukan dosa.
kadang-kadang dalam keadaan sedar
dan kadang-kadang dalam keadaan tidak sedar.
nauzubillahhiminzalik,moga kita semua terhindar dari situasi diatas.

sama-samalah kita bertaubat
memohon kepada Allah
moga setiap saat kehidupan kita terlindung dari melakukan dosa.

buat semua sahabat,
marilah sama2 kita hayati lirik lagu ini.
first time dengar memang terharu la dengar lagu ni.
khas buat semua sahabat2
moga menjadi muhasabah buat kita semua.





Read more...

Kepada orang- orang yang terburu- buru dalam perjuangan

rujukan:- JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN (m/s 78)


Marilah semua menghayati ucapan as-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi

"Wahai saudara-saudara Muslimin (Ikhwan Muslimin) khususnya yang berdarah panas terburu- buru dari kalangan kamu. Dengarlah kata-kata saya yang tinggi nilainya sebagai penawar dari atas mimbar ini dalam mu'tamar kamu di masjid ini. Sesungguhnya jalan kamu ini telah digaris-tentukan langkah- langkahnya, batas- batasnya. Saya bukanlah menentang batas peraturan yang saya sendiri menyetujuinya dengan sepenuh hati bahawa ia merupakan jalan yang paling selamat untuk sampai ke tempat yang ditujui, tetapi kadangkala ia mungkin menjadi jalan jauh, dan tidak ada jalan lain pula yang selain darinya dan kita perlu pula menggunakan keberanian dengan kesabaran dan ketekunan, kesungguhan dan kerja yang berterusan. Ingatlah, sesiapa di antara kamu yang hendakkan buah dengan segera sebelum masaknya, atau hendak menyunting bunga sebelum mekarnya, maka saya tidak menyertainya sama sekali. Adalah lebih baik kepada orang sedemikian beredar dari da'wah ini kepada da'wah lain. Sebaliknya sesiapa yang bersabar menunggu bersama saya hingga bercambah bibit- bibit yang tersemai hingga tumbuh pokoknya, mengeluarkan buah yang baik dan hingga tiba masanya untuk dituai maka ganjarannya dalam hak ini terpulanglah kepada Allah. Allah tidak sekali-kali mensia-siakan salah satu dari dua yang paling bertuah, iaitu sama ada kemenangan dan berjaya mendapatkan kekuasaan ataupun ke pangkuan syahid yang bahagia di sisi Allah"


kat sini saje kongsikan bahan bacaan ni sebenarnya sebab Rasullullah pun dah bersabda " sampaikan dariku walaupun satu ayat"

sebab boring sangat melepak tak tau nak watpe....... conteng la dalam blog ni........so harap semua pembaca dapat fikir la sendiri...........setiap orang ada view masing2 so lu pikir la sendiri..........mungkin lain masa kot kongsikan ape yang da dalam kepala hotak ni...........wassalam..

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP