Kepada orang- orang yang terburu- buru dalam perjuangan

>> Monday, May 3, 2010

rujukan:- JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN (m/s 78)


Marilah semua menghayati ucapan as-Syahid Imam Hassan Al-Banna yang berbunyi

"Wahai saudara-saudara Muslimin (Ikhwan Muslimin) khususnya yang berdarah panas terburu- buru dari kalangan kamu. Dengarlah kata-kata saya yang tinggi nilainya sebagai penawar dari atas mimbar ini dalam mu'tamar kamu di masjid ini. Sesungguhnya jalan kamu ini telah digaris-tentukan langkah- langkahnya, batas- batasnya. Saya bukanlah menentang batas peraturan yang saya sendiri menyetujuinya dengan sepenuh hati bahawa ia merupakan jalan yang paling selamat untuk sampai ke tempat yang ditujui, tetapi kadangkala ia mungkin menjadi jalan jauh, dan tidak ada jalan lain pula yang selain darinya dan kita perlu pula menggunakan keberanian dengan kesabaran dan ketekunan, kesungguhan dan kerja yang berterusan. Ingatlah, sesiapa di antara kamu yang hendakkan buah dengan segera sebelum masaknya, atau hendak menyunting bunga sebelum mekarnya, maka saya tidak menyertainya sama sekali. Adalah lebih baik kepada orang sedemikian beredar dari da'wah ini kepada da'wah lain. Sebaliknya sesiapa yang bersabar menunggu bersama saya hingga bercambah bibit- bibit yang tersemai hingga tumbuh pokoknya, mengeluarkan buah yang baik dan hingga tiba masanya untuk dituai maka ganjarannya dalam hak ini terpulanglah kepada Allah. Allah tidak sekali-kali mensia-siakan salah satu dari dua yang paling bertuah, iaitu sama ada kemenangan dan berjaya mendapatkan kekuasaan ataupun ke pangkuan syahid yang bahagia di sisi Allah"


kat sini saje kongsikan bahan bacaan ni sebenarnya sebab Rasullullah pun dah bersabda " sampaikan dariku walaupun satu ayat"

sebab boring sangat melepak tak tau nak watpe....... conteng la dalam blog ni........so harap semua pembaca dapat fikir la sendiri...........setiap orang ada view masing2 so lu pikir la sendiri..........mungkin lain masa kot kongsikan ape yang da dalam kepala hotak ni...........wassalam..

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP