Mencari Siapa Diri...

>> Monday, December 21, 2009

Hidup bagaimanakah yang engkau rasa bahagia
Penuh makna ada cita
Diri yang sudah tidak lagi punya pertimbangan
Menerima apa sahaja


Dalam pencarian menentukan arah tujuan
Berbekalkan hanya perasaan
Hanya mengikut arus perjalanan rakan-rakan
Juga gaya teman-teman


Wahai sekalian rakan
Dengarlah, ini pesanan
Kami adalah teman
Yang inginkan kebaikan


Pencarianmu itu
Tak ada kesudahannya
Jika kau tak bertanya
Pada Tuhan yang memberikan jawapan


Telah dinyatakan tujuan kita diciptakan
Bukan untuk ini semua
Masa depan agama dan nasib yang tak terbela
Semuanya di tangan kita


Pemuda yang semangat jihadnya teguh di hati
Tidak akan gentar dicabar
Tinta emas yang mencatatkan sejarah gemilang
Telah pasti ia kan berulang


Yang perlu hanya kesedaran
Bersama diri yang ada kekuatan
Iman dan kesabaran
Yang mesti diusahakan


Banggalah dengan gayamu
Hidup seorang pejuang
Nyatakan pada dunia
Masa depan untuk Islam, untuk kita

4 comments:

hamba Allah December 21, 2009 at 9:39 PM  

sungguh hebat berkarya,
betul ke sajak ke syair ni meniup semangat pejuang agama Allah untuk berjuang?

hamba Allah December 22, 2009 at 10:20 AM  

perlu tau kemampuan diri tapi jangan menggunaka itu untuk tidak tidak melaksanakan seruan jihad, tak boleh buat semua jgn tinggal semua........

sebelah kamar December 23, 2009 at 7:07 PM  

islam yang akan bercorak, adalah apa yang kita lukis pada hari ini...

cantik coraknya bila bnyk melatih melukis..

ana aisya December 25, 2009 at 10:23 PM  

jerih payah kita tidak sia-sia,
Allah telah berjanji memberi balasan.

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP