Singa vs Kambing

>> Friday, December 11, 2009


Al kisah disebuah belantara ada seekor ibu singa yang mati setelah melahirkan anaknya. Anaknya yang lemah hidup tanpa mendapat perlindungan ibunya. Tidak lama kemudian sekumpulan kambing melintas dikawasan anak singa tersebut.
Anak singa itu menggerak-gerakkan tubuhnya yang lemah. Seekor ibu kambing tergerak hati dan berasa hiba melihat anak singa yang lemah dan hidup sebatang kara itu. Terdetik dihatinya untuk menjaga anak singa itu.

Ibu kambing pun membelai anak singa tersebut dengan penuh kasing sayang. Demikian pula dengan anak singa,ia juga sangat sayang pada ibu kambing. Lalu ia pun ikutlah ibu kambing dan anak2nya kemana sahaja yang dibawa oleh ibu kambing. Jadilah ia sebahagian dari keluarga kambing tersebut.

Hari berganti hari, dan anak singa itu membesar dalam asuhan dan didikan kambing. Menyusu,makan, minum dan bermain dengan anak kambing. Tiada perbezaan dengan kambing2 lain. Ia tidak langsung berasa ia adalah seekor singa.

Suatu hari,seekor serigala buas masuk memburu kambing untuk dimakan. “Kau singa! Cepat lawan dengan serigala itu. Cukup dengan mengaum sahaja ,pasti serigala itu akan lari ketakutan!” Kata ibu kambing kepada anak singa yang sudah kelihatan besar dan gagah. Tapi anak singa yang sejak kecil hidup bersama kumpulan kambing itu turut takut dan bersembunyi dibelakang ibu kambing. Tapi ia masih cuba berteriak sekuat2nya namun yang keluar dari mulutnya adalah suara mengembik. Bukan mengaum.
Anak singa itu masih tidak berbuat apabila salah seekor anak kambing menjadi mangsa serigala buas tersebut. Ibu kambing sangat sedih dengan kematian anaknya dan memandang anak singa dengan sangat marah sambil berkata sepatutnya kau boleh membela kami dan menyelamatkan saudara kau itu!

Anak singa itu tunduk dan diam. Ia tidak faham dengan apa yang dicakapkan oleh ibu kambing tersebut. Ia sendiri berasa takut dengan serigala tersebut seperti anak2 kambing yang lain. Anak singa berasa sedih kerana ia tak mampu melakukan apa2.

Hari berikutnya serigala yang buas itu datang lagi untuk memburu kambing2 untuk dimakan. Kali ini ibu kambing yang menjadi mangsa serigala ganas tersebut. Anak2 kambing tidak berani untuk menolong. Anak singa tidak sanggup melihat ibu kambing yang sudah dianggap sebagai ibunya itu terus dimakan oleh serigala tersebut. Anak singa terus mara kedepan untuk berlawan dengan serigala tersebut. Tapi kemaraan singa tersebut tidak langsung membuatkan serigal itu gerun atau takut kerana ia telah tahu singa yang berada dihadapannya adalh singa yang bermentaliti kambing. Jadi sama sahaja dengan kambing2 yang lain.

Ketika anak singa itu menerjang dengan menyerudukkan kepalanya sebagaimana kambing,serigala sudah bersiap sedia dengan tendangannya yang kuat. Dengan sekali tendangan sahaja serigala Berjaya mencalarkan muka anak singa itu dengan cakarannya.
Anak singa itu pun rebah dan menagaduh kesakitan. Sementara kambing2 yang menyaksikan kejadian itu pun cemas. Ibu kambing juga hairan, kenapa singa yang gagah dapat dikalahkan oleh seekor serigala. Bukankah singa itu raja hutan?...

Serigala pun terus menyerang dan telah bersedia untuk menawan nyawa anak singa itu. pada waktu yang mencemaskan itu, ibu kambing tidak sampai hati melihat lalu terus menerajang serigala yang ganas itu. akhirnya serigal terpelanting dan anak singa dapat bangun. Ketika itu ada seekor singa dewasa muncul dengan ngauman yang dasyat. Anak kambing ketakutan. Juga dirasakan oleh anak singa tersebut. Serigala yang telah terpelanting pula cabut lari apabila mendengar ngauman sang singa.

Anak singa sangat takut lalu berkata “Jangan bunuh aku. Ampuun!!”. Melihatkan anak singa yang ketakutan, singa dewasa berkata “Kau anak singa, bukannya anak kambing. Aku tidak akan makan anak singa”.Dengan meronta2 anak singa berkata “Tidak, aku anak kambing. Tolong lepaskan aku”.Singa dewasa itu hairan bukan kepalang. Tidak mungkin anak singa bersuara kambing dan bermentaliti seperti kambing. Dengan geram ia menyeret anak singa itu ke danau. Ia mahu menunjukkan siapakah sebenarnya anak singa tersebut.Sebaik sampai di danau yang jernih airnya,ia meminta anak singa melihat bayangan dirinya sendiri. Lalu bandingkan dengan singa dewasa.

Sebaik melihat bayang dirinya, anak singa itu pun terkejut. “Oh rupa dan bentukku sama dengan kau. Sama dengan singa”.
“Ya kerana kau sebenarnya anak singa. Bukannya kambing!” tegas singa dewasa itu.
“Jadi, aku bukan kambing? Aku adalah seekor singa?”
“Ya. Kau adalah singa. Raja hutan yang berwibawa dan digeruni semua penghuni hutan. Mari aku ajarkan kamu bagaimana menjadi seekor raja hutan!” kata singa dewasa.

Singa dewasa itu pun mengangkat kepalanya dengan penuh wibawa. Ia pun mengaum dengan kuat. Ngauman yang menggetarkan seluruh penghuni hutan. Anak singa itu pun cuba meniru. Ia juga dapat mengaum dengan kuat. Tidak jauh dari situ serigala yang ganas itu pun lari dengan laju sekali kerana takut dengan ngauman anak singa itu. Anak singa itu berteriak kemenangan.

“Aku adalah seekor singa! Raja hutan yang gagah perkasa!”
Singa dewasa pun tersenyum gembira mendengarnya.


Allah berfirman :
“Kamu adalah sebaik2 umat manusia yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah(dengan sebenar-benarnya iman)”
(Al Imran:110)

3 comments:

Anonymous December 16, 2009 at 9:58 PM  

cam pernah baca ar articlee ni dlm novel...

hamba Allah December 21, 2009 at 9:49 PM  

okla tu.......... tapi sebenarnya nak comment mcm tu jgak

Anonymous December 23, 2009 at 7:17 PM  

apa yg ok?/

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP