Mai bermuhasabah sebentar...

>> Tuesday, March 23, 2010


Marilah sama2 kita merenung dalam diri kita apakah sebenarnya kita maukan dalam di dunia ini. Adakah ingin bersuka ria sahajakah atau mencari keredhaan Allah. Maukah kita bersuka ria sedangkan dalam masa yang sama kita mempunyai tanggungjawab yang besar.... Kita dilalaikan dengan kelazatan dunia yang sementara sedangkan musuh- musuh Islam sedang merosakkan kita dari penjajahan yang kita tak nampak... Paling ketara sekali dengan membawa pelbagai pemikiran- pemikiran sekular demi untuk menjahanamkan umat Islam...jugak memperkenalkan filem- filem, permainan- permainan yang melalaikan, .... sungguh halus percaturan mereka kerana mereka menjajah kita dalam rumah kita sendiri tanpa kita sedari bukan itu sahaja malah mungkin di atas katil kita sendiri...Kethuilah sahabat- sahabat selagi sistem khalifah tak dapat ditegakkan di dunia ini, mana mungkin mampu menjatuhkan sistem kuffar ini...
Oleh yang demikian apakah usaha kita untuk mengembalikan sistem khalifah ini? Tanyalah dalam diri kita apakah usaha kita hari ni untuk Islam...Adakah kita berusaha ke arah itu atau sekadar menjadi pengkritik sahaja...nak ke kita apabila dibangkitkan di depan Allah, Allah tanyakan tentang usaha kita, Dia tak tanya tentang kejayaan kita tapi dia tanya apakah usaha kita... Ingat kembali bagaimana takutnya seekor burung yang kecil yang sanggup dia berjihad untuk menyelamatkan nabi Ibrahim dari dibakar oleh musuh Islam..Sebab apa takutnya pada Allah membatasi risiko mati masa perjalanan shahid itu sedangkan dia tau dia hanya membawa air melalui paruhnya yang kecil, secara lojiknya x padam api itu, tapi bukan kejayaan yang Allah nak tengok tapi apakah usaha kita untuk selamatkan Islam... So sama- samalah kita bermuhasabah...

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP