Perjalanan budak yang nakal meniti liku- liku hidupnya

>> Wednesday, July 22, 2009

Perkenalkan sebuah sedutan dari seorang hamba Allah yang bernama Fitri (bukan nama sebenar) merempuh alamnya yang tersendiri. Dalam kampungnya dia bukanlah budak yang hebat, bukan top dalam kelas tapi bab tidur dalam kelas dialah yang paling top. Apa tidaknya, selalu tidur sampai kerusinya terbalik ke belakang tapi masih mantap dengan tidurnya. Inilah secara serba sikit tentang diri budak nakal ini. Mahukan secara detail mari baca lagi....

Mengimbau masa kecilnya, dia ini seorang yang tidak tahu duduk diam, ada sahaja benda yang hendak dibuatnya. Kerjanya hari- hari hanya tahu main sahaja, tidak lebih dari itu, dalam fikirannya setiap masa ada sahaja benda yang hendak dibuatnya dan semua hanya hendak main. Pagi ke petang ke malamnya ke, sekolah ke tidak sekolah ke, apa dalam benak fikirnya hanya tahu main menjadi keutamaannya. Permainannya jangan dibilang, tentu tidak dapat dikira banyaknya, orang main guli, dia pun main, orang main gasing dia pun main, hendak dikata semua benda yang dipanggil permainan akan dimainkannya. Satu perangainya dia tetap akan main permainan itu walaupun tidak ada kawan bersamanya.

Walaubagaimana pun, faham- faham la kalau sudah rancak bermain benda yang lain terus dilupakan dia. Sehingga emaknya panggil pun dia tidak dengar tapi dia akan dengar jugak bila dipanggil sebatang rotan yang ditakutinya.. ''Oi Fitri mai balik, dah senja ni.... tak tau ke nanti pi ke masjid ke... apa nak jadi ni.... Tengok anak orang lain semua dengaq kata tapi hang asyik main je.........'' sambil bercakap satu ayunan melekat di badan. "Aduh sakit nye" Fitri berkata dalam hati. Tapi kesakitan rotan itu hanya bertahan hanya semalam, esoknya dia buat lagi sampai menjadi rutin dalam hidupnya dan pada dia tidak sah kalau tidak main, dia akan main walau dimarah, dirotan dan sebagainya.
Kawan- kawan memang faham benar dengan perangainya, kalau dia datang sahaja, sudah tentu ada sahaja mainan yang dia ingin mainkan. Bukan datang hendak siapkan kerja rumah diberikan cikgunya tetapi mengajak kawannya pergi bermain. "Man.... man o man, aku datang ni jom main" sambil melolong di luar rumah kawannya. Kawannya membalas"tak mau la main.... aku banyak kerja cikgu bagi tadi lain kali la, lagi panas terik ni emak aku marah main panas - panas ni""Jom la ala keja tu bukannya penting pun tak ada faedah la kita kan budak lagi" Fitri memujuk dengan alasannya yang lemah itu."Hang bukannya faham, aku cakap kat hang, hang tau main je... aku belajar ni nak jadi angkasawan tau" kawannya membalas. "pi la hang main, jangan kacau aku" tambah kawannya lagi. Fitri berlalu dari rumah kawannya, tapi dia tidak bersedih hati kerana dia tau keutamaan dalam hidupnya hanya untuk bermain tidak lebih dari itu sebab kalau kata duit, mak ayah boleh bagi.
Begitulah hidupnya, kadang- kadang dia berteman dengan kawan sekampungnya, kadang- kadang tidak. Dan teman yang paling rapat dengannya hanyalah permainannya sahaja. Keadaannya itu membuatkan hatinya menjadi keras, apa tidaknya dia tidak mengindahkan apa orang hendak cakap pasal dirinya, yang pasti dia dapat bermain dan kalau boleh biarlah sehingga tua pun dia akan terus begitu...
Itu baru sikap yang suka bermain, belum lagi kenakalan yang mengganggu kawan- kawannya....
saksi kemunculannya...........

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP