~Penyuluh Langit Siang~

>> Sunday, September 27, 2009



terang langit lagi bersuluh
disuluh lampu picit hampir mati suluhnya
merasa begitu bangga dengan usaha itu
sedang sedikitpun ia tidak merubah
lantai bumi yang sudah cerah disinar mentari pagi

masih ia terus tegar disitu
menyuluh langit
barangkali pada fikirnya usahanya sangat besar maknanya
telah ramai yang lalu lalang
bertanya pelik mahupun memberitahu si penyuluh
yang suluhnya sudah hampir mati
lampu picitnya sudah hampir kehabisan bateri gamaknya

tapi si penyuluh tetap memekakkan telinga
kerana dia merasa penting,seronok dan puas
sedangkan kelapa masih banyak belum berparut
menanti untuk dijual
tapi tetap si penyuluh disitu

merasakan tugasnya penting menyuluh langit
matahari pun tegaklah panas dikepalanya
takkanlah langit bisa gelap jika tidak disuluh lampu picit?

parutlah kelapa yang berlonggok
masih banyak tugas dan tugas yang masih menunggu
kelapa akan busuk jika dibiar
tugas akan berlonggok jika ditangguh

benarlah perjuangan kebenaran bisa tumpas tanpa perancangan.
biarpun ia terus menerus melakukannya
sekadar memenuhi kebiasaan..




2 comments:

ana September 30, 2009 at 11:11 PM  

...apakah kita sudah merancang masa depan kita,halatuju perjuangan,matlamat akhir diri?atau kita sedang mencuba-cuba shj,merempuh satu persatu taqdir tanpa berusaha sedaya merancang yang terbaik untuk agama?

ana September 30, 2009 at 11:11 PM  

...apakah kita sudah merancang masa depan kita,halatuju perjuangan,matlamat akhir diri?atau kita sedang mencuba-cuba shj,merempuh satu persatu taqdir tanpa berusaha sedaya merancang yang terbaik untuk agama?

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP