>> Thursday, August 20, 2009

"P E N D A K W A H B U T A"

Tik ..tik..tikk… hujan melabuhkan jasadnya di setiap ruangan bumi. Musim tengkuju belum jua berakhir meskipun bintang sering kelihatan di malam hari. Hujan lebat dan renyai silih berganti membuatkan manusia sekali lagi terkalah dengan kekuasaan pencipta hujan. Manusia tidak pernah bisa meramal dalam perkiraannya bilakah hujan akan berhenti. Kerana keterbatasan akal, manusia sekali lagi tunduk dengan kehebatan ilahi. Azan sering menjadi senjata ampuh kepada syaitan sekumandang di setiap penjuru masjid. Namun mereka tergelak ketawa riang bergembira bila hujan turun pada subuh hari kerana tugas mereka menjadi semakin ringan dengan adanya kedinginan subuh menjadikan manusia lemah dan lesu dengan kenikmatan tidur.



“Man oh Man….apasal ko tak bangun lagi. Pagi ni kita ada program. Cepat la”. Idham memekik nama Razman yang masih telentang di atas tilam. “Ko dah solat subuh ke Man??, weii, bangun la! Bangun pergi solat subuh. Dah pukul 8.30 n Ko tu dah la timbalan amir. Sedar la sket” Idham sedikit tersentak dengan perihal kata-kata yang dia lepaskan. Takut-takut kalau kata-katanya menyinggung perasaan sahabatnya. Sejenak berfikir, dia membisikkkan dalam hatinya “apsal aku kena risau, aku cakap untuk kebaikan dia”. Dalam hati Idham, faktor umur memberi ruang untuk dia memberikan teguran secara direct tanpa berlapis. Walaupun dia cuma sebagai ketua unit lujnah ekonomi, namun dia merasa tanggungjawab yang besar untuk memberi teguran kepada Razman selaku timbalan amir. Dia merasa bimbing akan sahabatnya itu tidak menghiraukan tabiatnya yang sering bangun subuh lewat. Ini bukanlah kali pertama berlaku. Bahkan berkali-kali. Yang menjadi tanda-tanya, bila time dalam program, dia mampu bangkit seawal masa yang diarahkan. Terasa begitu risau Idham terhadap keruntuhan akhlak qiyadah yang sedia ada. Belum pernah dia merasakan keadaan yang sebegini rupa.Teringat akan kata-kata hikmah dari seorang tokoh:


“Aku tidak merisaukan perancangan dan kegiatan golongan-golongan kuffar seperti yahudi dan sekutunya bangkit menghancurrkan islam. Tetapi, yang aku lebih risaukan ialah keruntuhan akhlak dikalangan pencinta dakwah yang akan membunuh kebangkitan islam bahkan menyumbang kehancuran Islam daripada dalam”.

Nauzubillah minzalik. Ya Allah hindari aku daripada golongan ini.

Idham terdiam sejenak sebaik teringat kata-kata tadi. Dia seolah-olah merasa hina terhadap apa yang kian berlaku dalam kepimpinan kampus. Dia merasakan seolah-olah sahabat-sahabat dan dirinya kian menjadi fitnah terhadap mahasisiwa Islam di USM. Tidak ada langsung ke arah sahutan Nabi yang mengumpamakan pendakwah “singa di siang hari, rahib merintih di malam hari”. Dia tiba-tiba merasakan bahawa dirinya tidak layak untuk memegang taklifan yang begitu besar. Tiba-tiba, dia teringat akan catatan buku Manusia dan Islam yang ditulis oleh dato`. Dr Harun Din, bekas pensyarah fakluti pengajian Islam UKM.

ketika Allah s.w.t membentangkan kepada makhluk-makhluk Nya yang besar dan raksasa, untuk menanggung satu amanah, maka semua makluk telah menolak tawaran tersebut. Tiba-tiba makhluk yang bernama insan atau manusia sanggup menerima dan menanggung amanah itu. Peristiwa pembentangan amanah ini telah dirakamkan didalam wahyu Illahi yang diturunkan kepada Muhammad dalam surah al-ahzab:72.

Bagaimana mungkin gunung yang padat dan utuh binaannya bisa hancur sewaktu ditaklifkan amanah ini sepertimana yang dirakamkan dalam surah al-hasr:21. Gunung yang begitu utuh binaannya hancur berkecai tatkala terlalu takut dengan pemberian amanah yang terlalu berat.

Bukanlah keupayaan memegang amanah ini disandarkan kepada kekuatan fizikal makhluk ciptaanNya. Namun, kekuatan yang dimaksudkan ialah kekuatan spiritual yang merupakan kekuatan yang luar biasa hebatnya. Kekuatan spiritual yang dimaksudkan ialah kekuatan ketundukkan kepada Allah s.w.t yang lahir daripada Ilmu yang benar serta akal yang di pandu al-quran dan as-sunnah. (di petik daripada ceramah ihya Ramadan Ustaz Ramadhan Fitri)

Hmmm….Kalaulah kekutan fizikal menjadi sandaran kepada taklifan yang agung ini, sudah pasti makluk terbesar dalam muka bumi ini terpilih untuk memegang perihal tanggungjawab memelihara bumi. Gajah, ikan paus, gunung dan lautan sudah pasti mendominasi kepimpinan alam yang sudah pasti jauh sekali manusia mampu memikirkan bagaimana alam ini ditadbir di bawah kelolaan mereka.

Astagfirullah al-azim. Masyaallah. Apa yang aku dah buat. Pagi itu, Idham benar-benar tersentak dengan apa yang difikirkannya. Dia merasa sangat berduka-cita dengan apa yang berlaku. Bagaimana mungkin aku boleh mendidik masyarakat kampus dengan diri sendiri yang terlalu kurang dan lemah. Teringat akan tabiat timbalan amir pagi tadi membuatkan dia jauh lebih risau kerana meremehkan persoalan “subuh gajah”seolah-olah subuh gajah tidak ada kaitan dengan perihal tarbiyyah. Kalau mungkin sekali-dua tidak mengapa. Kadang-kadang hampir seminggu mengulangi kesilapan yang sama. Dia merisaukan akan hal sekiranya tabiat yang tidak sihat itu akan membelunggu dan menghijab perjalanan dakwah dan tarbiyyah kampus..

Fajar terus menyinsing menyerlahkan keindahan di pagi hari mengikut kehendak penciptanya. Fajar tidak pernah lewat atau lambat bangkit untuk melaksanakan tugasnya. Matahari tidak pernah gagal dalam memberikan sinarannya yang begitu bernilai buat sekalian alam…Apakah pengumpul kayu api akan mampu keluar di awal pagi mencari kayu kering sekiranya matahari lambat bangkit daripada menyinari segenap lapisan bumi??...adakah tumbuhan akan mampu menyerlahkan keindahan seawal pagi tanpa kehadiran cahaya yang secukupnya??…raksasa alam tak berakal yang begitu agung fizikalnya belum pernah mengingkari tanggungjawabnya..Namun manusia yang begitu kerdil dengan mudah mengendahkan perintah di Subuh hari..

Tersentak Razman dengan sindiran membunuh keluar daripada mulut seniornya. Celik perasaannya dengan kata-kata tadi. Perasangka baik yang sering di tekankan oleh nakibnya Abu Manaf seolah-olah tidak memberi apa-apa kesan terhadap dirinya yang kini telah ditaklifkan menjadi pimpinan gergasi kampu. Namun, dia masih mampu menahan amarahnya yang kian memuncak setelah mendengar sindiran yang begitu tajam menusuk hati.
Man aku pergi dulu. Aku hendak pergi ambil barang-barang teknikal di rumah Redhuan. Diorang dah tunggu lama tu. Idham melafazkan kata-kata sehikmah yang dirasainya. Dia cukup kenal sahabatnya. Dia mesti cuba untuk counter semula apa yang berlaku tadi.Engkau jangan la ambil hati sangat. Aku ada buatkan kopi radix. Aku letak kat atas meja makan kat dapur. Nanti ko minum la sebelum jalan. Dia sedaya upaya mengukirkan senyuman walaupun dalam perasaannya agak terkilan dengan sikap sahabatnya. Dia mengukir harapan semoga suatu hari sahabatnya itu akan sedar akan kesilapannya.

Idham terus melancarkan enjin 2.0 proton wira milik sahabat sekelasnya, Ana. Dia menuju ke Ayer Itam untuk mengambil barang-barang teknikal untuk di bawa ke tempat program. Seketika Idham meluru keluar daripada rumah, Razman menunaikan solat subuh bersendirian. Dia membaca surah al-ikhlas pada rakaat pertama dan an-nas pada rakaat kedua. Dia terus berdoa selama hampir seminit dan terus meluru ke dapur mendapatkan kopi radix hidangan Idham. Kelajuan menunaikan solat subuh menjadi kebiasaanya selama 5 minit sekiranya bersendirian. Dia tidak merasakan apa-apa selain memikirkan bahawa dia telah selesai solat subuh. Bahkan, seolah-olah merasakan mendapat keampunan dan redha Tuhan setelah selesai solat mengikut syarat.
“Sedap juga kopi yang ko bancuh ni dam”, bisik hatinya. Tatkala menikmati kelazatan kopi, dia terus menhidupkan laptop mencari lagu-lagu yang diidam-idamkan bagi menghidupkan lagi suasana pada pagi it. Timbalan amir ini masih mengidamkan lagu “greenday” yang bertajuk “Warning”. Dia masih menyimpan banyak album keluaran greeday di dalam laptopnya. Album-album lain juga masih di simpan dalam folder yang agak terasing daripada orang lain seperti Good Charlotte, Sixtysense, Peterpen, Rajda, Rossa dan sebagainya. Abu Manaf sendiri tidak tahu akan hal ini. Kalau dia tahu, pasti dia tidak mencadangkan kepada pimpinan lepas untuk melantik Razman sebagai pimpinan organisasi yang sebenarnya belum cukup serius dari sudut tarbiyyah ruhiyyah dan beberapa aspek lain yang terlepas pandang.

Abu Manaf cukup mahir dalam mencari figure pencinta dan penyambung rantai dakwah kampus melalui usrah-usrah yang dihidupkannya. Jika sesiapa yang terpilih untuk mengikuti usrahnya pasti terpukau dengan kemahirannya mengendalikan dan memimpin usrah. Hampir setiap semester dia berjaya menghasilkan anak usrah yang mempunyai kredibiliti mengikut standard kepimpinan organisasi. Namun kali ini dia gagal daripada sudut penelitian menapis anak usrahnya seorang. Anak usrahnya, Razman cukup mahir berbicara soal dakwah. Dia agak lantang semasa berhujah dalam meeting atau dalam program melibatkan perbicangan atau LDK. Namun begitu, sangat mendukacitakan sekiranya ada yang mampu membongkar perihal kejahilannya terhadap sesetengah perkara remeh yang jauh menyimpang daripada keperibadian di pengetahuan umum.

Sangat mustahil figure seperti ini yang menjadi pendokong Islam akan merialisasikan matlamat dan tujuan. Jika tidak mendapat teguran yang sewajarnya, bersiap sedialah untuk menanggung kejatuhan.

Razman terus tenggelam dalam kerancakkan lagu yang dinyanyian kumpulan greenday. Dia mendengar sambil membuka folder-folder yang perlu untuk di bawa ke tempat program sebagai bahan-bahan modul. Dia di lantik oleh jawatankuasa adhok selaku ketua unit modul dan program untuk Seminar Pengurusan Organsasi Islam Mengikut Acuan Rasulullah.

Jam menujukkan pukul 9.15 pagi. Razman mempersiapkan segala bahan-bahan modul dan bergegas bertolak dengan menaiki Motor Yamaha 125 miliknya tanpa memanaskan enjin. Pada kebiasaannya,dia akan memanaskan enjin pada setiap pagi selama 5 -7 minit untuk memelihara enjin supaya tahan lebih lama. Pagi ini dia agak lewat bersiap untuk ke tempat program. Kalau tidak menjamah roti dan kopi radix pagi tadi sambil dengar lagu mungkin boleh siap lebih awal.

*************
Astagfirullah alazim…Terlupa pula nak bawa LCD kat rumah. Idham menepuk dahi sebaik sahaja teringat LCD yang akan digunakan seawal program. Mahu tidak mahu, dia terpaksa berpatah balik ke Sungai Dua untuk mengambil LCD di rumahnya. Dia segera memecut selaju 130km/j.

Ringtone lagu kumpulan rabbani menyedarkan dirinya yang sedang memandu laju. Alhamdulillah, nasib baik telefon berbunyi. Kalau tidak, pasti aku dah rempuh kereta sebelah ni. Idham hampir terlelap semasa memandu kerana tidur lewat semalam selepas menyiapkan assignment yang akan dihantar esok. Abu Manaf memanggil daripada talian . Assalamualaikum sheikh, an ni Manaf. An tidak ada transport ni sheikh. An ada di masjid negeri. Boleh tak tolong ambil?. Ok.ok..Tidak da masalah. Anta tunggu di situ, nanti ana jemput.

Setibanya di rumah, Idham mengambil LCD di di ruang tamu. Seketika hendak meluru keluar, dia lihat hanphone Sonny Erricson milik Razman di atas meja ruang tamu. Dia mengambil lalu bergegas menuju ke kereta.

“Handphone sapa tu Dam”, tanya Manaf. Razman tertinggal kot. Idham menyerahkan handphone Razman kepada Abu Manaf. Tiba-tiba bunyi ringtone “transformer” mengejutkan Abu Manaf. Message daripada Alleysa. Tiba-tiba muncul fatwa hati yang meyakinkan Abu Manaf untuk membuka isi message tersebut.

"Assalamualaikum.. kaifa hal??? (^__^) kenapa x balas message ana semalam?? Anta tido awal ekk??"

Agak terkejut Abu Manaf membaca message yang pendek namun mempunyai seribu satu tanda tanya terhadap anak usrah lamanya. Idham memandang pelik melihat mimik muka Abu yang tiba-tiba menggerutu seperti memikirkan sesuatu. Abu Manaf terus mengikut telunjuk hatinya yang ingin membuka message inbox yang lain. Message inbox penuh dengan nama perempuan. Alleysa, Amirah, Diana, Azrina dan beberapa orang lagi. Hampir 90% nama yang ada dalam inbox adalah nama perempuan. Hanya dua tiga orang sahaja nama lelaki dan beberapa message daripada keluarganya.

Message yang dikirimkan tidaklah sampai kepada unsur yang tidak sepatutnya. Tetapi, message-message yang di terima banyak yang sewajarnya tidak perlu ditanya dan di bincangkan. Abu Manaf melafazkan istigfar berkali-kali melihat inbox-inbox yang dibacanya. Dia terpaku seketika setelah membaca semua inbox dalam handphone milik Razman.
Razman dalam sangkaannya bukanlah seorang yang tidak menjaga perkara ikhtilat. Razman sering menyampaikan kuliah dan tazkirah di sekolah-sekolah berdekatan. Dia pernah mengikuti pengajian pondok selama beberapa tahun di Ipoh Perak. Daripada sudut ilmu, Abu Manaf yakin bahawa dia lebih tahu perkara ini lebih daripada dirinya. Jauh dari sudut hatinya, dia terasa sedikit bersalah terhadap apa yang dilihatnya. Dia terasa bersalah akan maksiat ini juga ada sandaran terhadap dirinya. Abu Manaf sedaya-upaya untuk bersangka baik terhadap apa yang dilihatnya. Namun, dia juga sedar, dalam konsep bersangka baik terhadap sahabat atau anak usrahnya, peransangka buruk juga perlu ada untuk mengimbangi kebenaran yang perlu dirungkai. Jika dia bersangka baik sahaja, dia pasti tidak berusaha untuk mencari kebenaran yang masih tersembunyi dalam diri Razman.

Idham mendiamkan diri sahaja. Dia sudah dapat membaca terhadap apa yang berlaku terhadap sahabatnya. Dia sudah mengenali Abu hampir 2 tahun bermula daripada semester 2 semasa mengikuti Program Kepimpinan Muda Islam. Mereka ibarat adik-beradik semenjak kenal antara satu sama lain dalam gerak kerja dan program bersama.

Peristiwa pagi itu cukup memberi makna pengajaran kepada diri Manaf yang merasakan dirinya sambil lewa membuat penelitian terhadap anak usrahnya. Dia terus memikirkan di manakah keaiban dirinya dan beristigfar memohon keampunan kerana cuai menangani anak usrahnya. Dia paling takut bia dirinya menjadi sandaran kepada sikap anak usrahnya.......

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP