Halangan Dalam Menuntut Ilmu

>> Thursday, January 14, 2010


Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah S.A.W. meriwayatkan dalam sebuah hadis;

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak."

Siapakah orang yang tidak mahu didoakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi? Sungguh, hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi dengan tenang dan sabar..

Antara beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang:

1. Niat Yang Rosak.

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rosak maka rosaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantung niatnya dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…”

Imam Malik Rahimahullah mengatakan,”Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana Allah maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya kerana Allah.”

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil.

Cuba kita ingat, mungkin terkadang saat kita belajar terdetik di hati kita “supaya jadi ranking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang boleh selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah S.W.T. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riak. Rasulullah S.A.W. sangat mengkhuatirkan adanya penyakit ini pada umatnya. Kerana seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sedari, hingga Rasulullah S.A.W. mengibaratkan bahawa penyakit riak itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan? Jadinya, berhati-hati…

Rasulullah S.A.W. bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah syirik dan syahwat tersembunyi.”

Mahmud Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin/senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita berhati-hati terhadap penyakit ini, kerana Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W;

“Barang siapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan 'aibnya. Dan barang siapa yang beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” Naudzubillahi mindzalik...

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu.

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, nescaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya seperti ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahawa orang yang menghadiri majlis ilmu. InsyaAllah, mendapatkan dua keuntungan, iaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat kelak!

InsyaAllah.. Keempat.. bertenang-tenang semua, kita sambung kemudian..

Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakallah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya..

0 comments:

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP