Selamat Hari Guru
>> Saturday, May 15, 2010
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Anak kancil pergi berguru,
Tidak terbiasa kerja yang sia,
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka,
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan
Kasih guru akan muridnya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangannya,
Hanya percaya kuasa Tuhan,
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terikat,
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan,
Sama kata sama sepakat,
Hari guru mari raikan.
AYAM BUKIT MERAH ENTERPRISE
>> Tuesday, May 4, 2010
>> Monday, May 3, 2010
KU DAMBA KEAMPUNAN
assalamu'alaikum...............
salam ukhwah dari balqis,
moga semua sahabat sihat dengan senyuman keimanan.
alhamdulillah hari ni Allah bagi kita satu nikmat untuk kita hidup diatas bumiNya.
hargailah setiap detik waktu untuk kita dekat dengan Allah.
fitrah manusia itu pelupa,sering melakukan dosa.
kadang-kadang dalam keadaan sedar
dan kadang-kadang dalam keadaan tidak sedar.
nauzubillahhiminzalik,moga kita semua terhindar dari situasi diatas.
sama-samalah kita bertaubat
memohon kepada Allah
moga setiap saat kehidupan kita terlindung dari melakukan dosa.
buat semua sahabat,
marilah sama2 kita hayati lirik lagu ini.
first time dengar memang terharu la dengar lagu ni.
khas buat semua sahabat2
moga menjadi muhasabah buat kita semua.
Kepada orang- orang yang terburu- buru dalam perjuangan
rujukan:- JALAN DAKWAH ANTARA KEASLIAN DAN PENYELEWENGAN (m/s 78)
Hadis : NIAT
>> Tuesday, April 27, 2010
Daripada Amirul Mukminin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.
Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.

