Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING Jangan makan DAGING bersama IKAN Jangan makan IKAN bersama SUSU Jangan makan AYAM bersama SUSU Jangan makan IKAN bersama TELUR Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD Jangan makan SUSU bersama CUKA Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuagan Seperti yang sedia maklum bahawa erti agama adalah satu cara hidup,tetapi ada dikalangan sahabat2,kawan2 kita yang hidup tidak berlandaskan cara hidup yang sebenar iaitu cara hidup islam kerana tanda seseorang itu sah agamanya ialah 1. Mempunyai iktikad yang sohih(iktikaq ahli sunnah wal jamaah) 2. Benar qosadnya(menunaikan ibadah dengan ikhlas) 3. Mengerjakan segala yang disuruh 4. Meninggalkan segala yang dilarang Rujukan:kitab faridah(membicara ilmu akidah) Cube kita perhatikan diri kita sendiri,adakah sudah lepas semua syarat2 ini????????,ada orang berjuang sedangkan syarat pertama pun dia masih lagi kabur,maka jadilah orang tersebut berjuang diatas dasar semangat bukan diatas dasar akidah iaitu iktikad yang sohih or pegangan hati yang kukuh,ada orang beranggapan dia sudah berakidah kerana dia telah solat,mengeluarkan zakat,baiah kepada pimpinan,telah infak harta kepada jemaah,kene tangkap daripada FRU dan macam2 lagi alasan yang dibagi untuk menyatakan dia sudah berakidah or orang berada dipihak yang benar,tapi jauh dari sudut kefahamannya tentang akidah Sedangkan ilmu akidahlah yang menjadi penentu sesuatu amalan itu diterima atau tidak(pendek kata umbi segala ilmu pengetahuan),Maka sahabat2 janganlah menjadi seorang pejuang yang hebat dari sudut perencanaan,yang hebat dari sudut pemikiran,yang hebat dari sudut berpidato,yang sentiasa rindukan syahid,yang kuat berkerja demi islam tapi kosong dihati seperti seekor burung kakak tua yang hanye pandai bercakap tetapi tidak ada pegangan yang putus dihati kerana tanda2 orang yang tidak mempunyai pegangan yang putus dihati or orang berakidah or orang yang jazam ialah bile dia bersifat dengan 5 sifat ini: 1. Jahil murakab(jahil bersusun spt dia mengatakan allah itu ada tangan or perkara yang tidak layak dengan allah) 2. Jahil basit(jahil tidak tahu ape langsung cth dia tidak tahu bahawa allah itu wujud) 3. Syak(sama berat cth 50% saje dia yakin allah itu ada) 4. Zhan(cederung kpd yakin cth 70% je dia yakin allah itu ada) 5. Waham(cederung kepada tidak yakin cth 30% je dia yakin allah itu ada) Rujukan: kitab akidatunnajin Ini semua tidak termasuk orang yang tidak berakidah atau orang yang tidak yakin seratus peratus dan jika ada 5 sifat ini,ulamak usuluddin mengatakan dia masih lagi belum beriman kepada 6 rukun iman,apabila dia dikataka tidak berima dega 6 rukun iman maka jadilah dia spt cara hidup nasrani,majusi,kristian,yahudi dan sebagainya……wal’eyazubillahimizalik.
olehitu Marilah kita bersungguh2 mempelajari ilmu usuluddin untuk mengenal allah sehingga mencapai tahap keyakinan yang sebenar ,bahkan menjadi wajib kepada seseorang,belajar ilmu ini yang masih belum kenal allah taala…………..sebenarnya pada pandangan zohir,kita bernasib baik hidup diatas muka bumi ini,sebagai ibarat jika kita masuk rumah orang yang kita tidak kenal tuan punya rumah sudah tentu kita akan dihalau,tapi jika kita masuk bumi yang kita tidak kenal siapa tuan punya bumi,kita masih lagi boleh hidup dibumi inj,tidak dihalau kerana rahmat dan belas kasihan allah kpd hambanya Dengan itu sahabat2 mari lah sama2 kita muhasabah diri kita memikirkan tentang persoalan ini kerana ilmu ini lah yang menentukan seseorang itu berada kekal dalam syurga or kekal dalam neraka,walaupun amalannya cukup banyak dari segi senyuman manis atau senyuman tanpa henti,sedakah,solat,3x khatam al-quran dalam seminggu,tolong orang,selalu bagi tazkirah dll,namun tidak berguna juga,disebabkan akidahnya yang tidak sohih atau keyakinan yang tidak sempurna kpd allah………….. Wallahua’alam
Ini cerita seekor kerang...Cerita pengajaran...Cerita sastera...Cerita kita...One Dunia & Akhirat...
Seekor makhluk Allah yang hidup dalam dunianya yang tersendiri. Begitu sukar ditafsir oleh pancaidera manusia. Kehidupannya sama seperti kita; seandainya kita adalah kerang.
Angin taufan yang melanda pantai laut Mediteranean bulan itu amat kuat sehingga meniupkan tiupan angin yang bukan kepalang, lalu angin itu ditafsir menjadi gulungan ombak yang menggila sepanjang pantai. Ia takut, risau dengan keselamatannya. Lantas ia tetap menyorok dalam cangkerangnya. Lama ia begitu, biarpun kelaparan tetap bertahan. Tanpa melihat keluar walau sejenak pun. Adakalnya ia bergolek-golek; dek kerana hempasan ombak setinggi langit baginya. Lalu ia berdoa, semoga tetap bertahan.
Kembali muhasabah erti sebuah kehidupan. Terkenang ia akan sebulan yang lalu, pantai itu begitu tenang. Pantai yang terletak di salah sebuah daerah Mesir; Dumyat. Keriangan petang itu bersama rakan-rakannya yang lain masih terasa hingga kini. Tika itu, seluruh ahli keluarganya berkumpul bersama-sama, makan bersama-sama dan gelak ketawa silih berganti. Alangkah riangnya hati. Semua kerang membuka luas cangkerangnya, begitu banyak makanan yang dapat diperoleh. Dia dapat melihat seluruh dunianya; dunia terumbu karang.
Namun kini, segalanya berubah. Ingatkan panas hingga ke petang, namun hujan di tengah hari. Pernah sekali ia cuba melihat keluar dalam ngauman ombak tatkala itu. Astaghfirullah... Segala-galanya hancur, mati dan binasa. matanya terpaku kepada sekujur cangkerang; seolah biasa melihatnya. "Maak!.." Itu sahaja kalimah yang terlafaz pada mulutnya. Dalam linangan air mata ia cuba mendekati tubuh itu. Mati. Tiada apa yang boleh diusahakan. Dia lantas menoleh ke sekelilingnya, segala-galanya hancur! cangkerang siput, kerang dan ketam bergelimpangan di sana-sini. Ia amat takut, trauma melihatnya. Dia lantas pergi dari situ, meninggalkan sekujur tubuh kaku insan tercinta.
Tiba-tiba ia terlihat seekor kerang yang masih teguh cangkerangnya, cantik, indah. Ia cuba mendekati perlahan-lahan, dengan harapan menemukan kerang hidup yang lain. Ombak menghempas lagi. Cepat-cepat ia masuk ke dalam perlindungannya. Setelah reda ia cuba membuka kembali pintu cangkerangnya. "Ya Allah!..." Alangkah terkejutnya ia, kerang tadi yang begitu indah luarannya terbuka luas mulutnya. Hanyir dan busuk. Kelihatan beberapa ekor ulat sedang memamah jasadnya. Ulat itu menggelitik-gelitik. Menggelikan, matanya melihat, otaknya mentafsir lalu meghasilkan satu emosi yang kurang menyenangkan. Ia mual dan termuntah di situ. Kerang itu sedih dan duka. hatiya benar-benar menangis, pilu mengenangkan nasib diri. Lalu atas tikar kesedihan itu ia bermunajat kepada Ilahi. Biar betapa kuat ombak menghempas, ia tetap bertahan. Ya tetap bertahan dalam cangkerangnya.
Begitulah juga kehidupan seorang manusia wahai sahabatku. Kita ini ibarat kerang. Dunia kita ialah pantai. Adakalanya arus laut terlalu tenang, indah, senang dan perlahan. Lantas kita lupa, kita alpa dengan kesenangan yang hanya sementara. Kita juga lupa bahawa kita hanyalah kerang yang lemah, menumpang dalam pentas kehidupan. Sungguh, zaman remaja kita amatlah hebat ombak cabarannya wahai sahabatku, walaupun kita tidak menyedari hakikat ini. Fenomena-fenomea kebejatan sosial dan kehancuran akhlak adakalanya tidak disedari oleh kita.
Jarum-jarum thaghut telah mencucuk hati kita melalui media-media, majalah, surat khabar dan internet. Maka ramai yang hatinya mati, seperti matinya kerang-kerang, siput-siput dan ketam-ketam dalam kisah di atas. Hanyalah bahtera iman yang akan melayarkan kita ke destinasi yang abadi. Perkasakanlah iman dengan al-Quran dan solat malam. Sentiasa berdamping dengan Quran, kerana ia akan menyalakan semangat perjuangan. Manakala solat malam (qiamullail) akan memantapkan hati, meneguhkan jiwa dan melancarkan lidah.
Adakalanya kita perlu beruzlah (mengasingkan diri) dalam cangkerang keimanan kita. Ombak di luar sana amat hebat sahabatku. Berlindunglah dalam cangkerang keimananmu. Semoga hati kita sentiasa bersih dan suci. Kerang itu masih di situ. Berteleku dalam munajatnya di hadapan wajah Tuhan. Kerang itu teguh dan kuat, tatkala yang lain kalah, ia dapat bertahan. Kisah kerang; analogi kehidupan insan. Ada yang kalah dan mati, ada yang hidup dan tetap bertahan. Sekiranya seekor kerang dapat bertahan di pantai ombak ganas yang membinasakan, mampukah kita bertahan dalam arus dunia keremajaan dan kedewasaan ini?
Lirik lagu yang bertajuk “KEMBALI” dendangan kumpulan Fareast di hayati dengan penuh penghayatan oleh Aqlima. Pada saat itu,mahu sahaja dirinya hendak ke satu tempat yang lapang dan luas yang tiada siapa-siapa untuk menjerit..Bukan menjerit untuk melepaskan tekanan atau tension,tapi dia merasakan dia hendak mencari dirinya yang dah lama hilang dan dia mahu memberi peluang pada dirinya..Ya betul,peluang untuk dirinya yang bernama Aqlima...tapi untuk apa Aqlima?????Ingatannya terus KEMBALI kepada perbuatan,tingkahlaku serta kesilapan yang pernah dilakukannya..Hal ini menghantui dirinya hingga kini. .Adakah diri Aqlima masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk dirinya KEMBALI?...
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah Terangilah ku Dengan Nur ImanMu Hanya Engkau Tempat Aku Berserah Mohon Makrifat Dalam Syahdu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Ampunilah Segala Dosaku Laksana Bumi Di Laut Memutih Hanyut Ditelan Gelombang Nafsu Hari-Hari Yang Telah Ku Lalui Ingin Ku Tinggalkan Terus Bersemadi Ingin Aku Kembali Kepada Fitrah Insani Tak Sanggup Ku Jelajahi Rimba Duniawi Bebaskanlah Diri Ku Dari Di Belenggu Dosa Noda Nafsu Durjana
Terimalah Taubat Ku Ya Allah Bimbinglah Aku Ke Jalan RedhaMu Moga Sinarmu Terangi Hidup Ku Di Dalam Kegelapan Aku Kan Kembali Pada Mu Ya Rabbi Menghadap Mu Ya Rabbul Izzati Segala KetentuanMu Ku Pasrahkan Di Hujung Penghayatan
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Sabda Rasullah S.A.W.: "Tahukah kamu semua bilakah hal ini akan terjadi(terbitnya matahari sebelah barat), ianya akan terjadi pada hari dimana iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya ia tidak beriman."
Ayat atau perenggan di atas merupakan salah satu contoh yang mungkin pernah dialami oleh setiap insan yang bergelar manusia. Hal ini mungkin pernah terjadi kepada diri kita,kawan-kawan atau orang di sekeliling kita. Kenapa?Mengapa?Bagaimana?Siapa?
Setiap manusia akan diuji ALLAH SWT dengan berbeza-beza ujian contonya seperti Aqlima. Adakalanya dibayangi kesalahan-kesalahan hari semalam, ada masanya seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang telah terjadi. Hampir berputus asa untuk meneruskan usaha memperbaiki diri, kerana gagal menghapuskan sisa-sisa jahiliyah sepenuhnya. Na’uzubillah minzalik..
sahabat-sahabat yang hana kasihi,
Mari kita ingat KEMBALI..siapa sebenarnya syaitan?
“Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala..” (35 : 6)
Mari kita ingat KEMBALI.. janji syaitan pada Allah..
” Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. ” (7:16-17)
Mari kita ingat KEMBALI..tips yang Allah beri pada kita..
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui” (41:36)
Mari kita ingat KEMBALI..jaminan Allah buat kita..
“..sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu (syaitan) tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga” (17:65)
Mata Syifa’ sudah pisat-pisat kerana mengantuk.Syif malam ke pagi menjaga farmasi emergency department cukup membuatnya sengsara.Kalau bukan kerana dah janji dengan Asif nak belikan PSP hadiah 10A SPMnya,dah lama dijualnya night shift ni kepada pegawai lain.Ni namanya janji makan diri..Bunyi macam tak ikhlas je..
Matahari masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin muncul.Lambatnya lagi..Mana tidaknya,pukul 5 pagi pun belum.Dan Syifa’,matanya semakin kuyu…dan kerdipnya makin kurang…dan..pandangannya pun semakin gelap dihiasi bintang-bintang indah….
Ha,dah lama tak buat kerja macamni..Tengok bintang kat atas bukit dengan teleskop pemberian ayah.Itulah dah kata dengan ayah dulu,takkan membazir punya..Mengenali Sang Pencipta dengan mengenali ciptaanya.Iyalah,Allah kan kita tak nampak.Tapi bukti adanya Allah tu merata-rata.Macam bintang la..yang paling dekat dengan bumi pun berjuta-juta tahun cahaya jaraknya.nampak je keciiik sangat.hujung pensil pun tak sampai. Tapi saiz sebenarnya??Hah,besar agak-agak cam beza bola exercise aerobic tu dengan bola golf pun ada kot.Yang bola golftu bumi la.Jadi,nak bayangkan betapa besarnya alam ciptaan Allah nih,tak terbayangla gamaknya.mana tahu ada alien rupa macam shrek kat luar sana.Ilmu Allah itu maha luas.Yang kita manusia ketahui tak sampai setitis dari lautan luas.Masyaallah..
Ada meteor jatuh tak hari nih??Lubang teleskop dilekap rapat dengan spek.
Tiba-tiba pintu berlabel [Zaman Batu & Paleolitik Syifa’] dalam arked ingatan mula terbuka..Eh,ada Ustaz Syamsul..Tengah mengajar matapelajaran Tafsir.Surah Al-Mulk hari ni.Ayat ke 5 bermaksud,
“Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan
Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi
mereka siksa neraka yang menyala-nyala.”
Fuh,dahsyat.Maha Besar Allah.
Jadi,kerana ayah tidak tahan lagi dengan hujah-hujah yang sikit punya panjang ni, akhirnya berjaya mendapatkan teleskop (brand) kesayangan.Untung juga cakap banyak.Tapi lagi banyak lagho nya,lagi banyak dosanya..
“Hm..malam ni bintang tak banyak..”
Keluh Syifa’ sedikit kecewa sambil melabuhkan punggung ke atas tikar yang dibentang diatas tanah.Kakinya dilunjur dan Syifa’ mengambil peluang untuk melonggar-longgarkan otot tangan dan kakinya dengan mata terbuka luas memandang langit.Spek bingkai tebalnya dibetulkan sedikit.Pening.Kerja seharian di unit farmasi pesakit luar cukup menegangkan urat sarafnya.Namun,maha suci Allah.Hanya dengan melihat langit yang luas,fikirannya turut tenang.Setenang angin malam.Jika dikaji dari konsep Psikologi dan kaitannya dengan pemandangan alam semulajadi,menakjubkan.Spectacular!
Tiba-tiba,suatu cahaya terang menyuluh tapak pemerhatian bintang syifa’.
Cukup silau hingga dia tidak dapat melihat sumber cahayanya.Cahaya semakin terang dan seakan mendekati tubuh Syifa’.Keadaan mencemaskan itu memaksa hormone-hormon adrenalin dirembeskan.Jantung berdegup pantas dan peluh mula merenik keluar.Mana tidaknya.Takkan helicopter datang meronda waktu-waktu macam!Dan,yang paling luar alamnya,apa yang dibuatnya menyuluh aku ni?!!
Dan cahaya semakin dekat menyuluh seluruh pandangan syifa’.Cuma putih yang dilihatnya kini.Dan,suatu bentuk tangan berjari besar bewarna hijau keluar dari cahaya putih cuba mencapai-mencapai tangan Syifa’!Ya Allah!Selamatkan aku!!
“AAAAA!!!ALIEN!!!JANGAN..JANGAN!!”
Tangan Syifa’ kalut menepis-nepis tangan makhluk asing berwarna hijau yang menggerutu itu dan..
“Syifa’!!Hei,Syifa!!Assalamualaikum!!Kau sedar tak ni?!”
Eh,kenapa alien ni boleh cakap melayu?Bagi salam pulak tu..macam biasa dengar je suara ni..
“Aaa..silaunya….”
Madihah menggeleng-geleng kepala.
Hish kawan aku ni..Buat malu kaum je.Buat gegar je ini bangunan.Nasib baiklah takda orang sakit jantung kat ED ni.kalu tidak,dah innalillah dah..
“Assalamualaikum sahabatku Puteri Syifa’ Syeikh Omar.Dah balik belum dari far faraway kingdom kau?kau jumpa prince charming pastu kena serang dengan alien dari planet Marikh eh?”
Sapaan dengan nada sarkastik Madihah cukup untuk menyedarkan Syifa’ empunya suara.Matanya digosok-gosok walaupun tidak gatal.Cukup syarat untuk mengcover malu.Tudung yang melurut kedepan hampir-hampir menutup kaca mata berbingkai tebalnya ditarik sedikit kebelakang dan dibetulkan.Mata satu-satunya pesakit yang sedang menunggu di emergency department tentu-tentu sahaja turut tertumpu padanya dengan muka pelik,menahan diri dari ketawa dalam wajah lemah.Tentu sahaja sakit kuat.Jika tidak masakan hingga datang ke ED pagi-pagi buta ni.Ada hati lagi nak ketawakan aku.
Ish..Mengigau lagi ke..Astaghfirullahalazim..Dah tujuh inci dah ni muka..tinggal nak ukur dengan pembaris je..aa..nasib baik tak kenal..Eh,perempuan kat depan aku ni..
“Eh,waalaikum salam..Kau Dee..Kenapa kau datang ni?Bukan kau takda shift malam ke hari ni?Eh,dah pukul berapa ye??”
“Baru 5.30 la.Haih kau ni,kalut.Memangla aku takda shift malam.Dan aku sememangnya tak pernah ada shift malam.Aku kan chef je kat hospital ni.Takda nya orang nak meraung-raung nak makan malam-malam buta ni la.Memory chip kau kau letak dalam fridge eh?Bangun la weh!Tak berkat duit nanti kau kerja steal-steal bone macam ni.”
Madihah memang cukup direct.Dan,sarcastic.Go straight,don’t belok-belok..Straight to heaven.Ihdina siratal mustaqim katanya.Ayat ke 6 surah Al-Fatihah dijadikan hujah.Mana boleh sangkal.Bebelan cukup panjang tapi cepat sahaja keluarnya.
“Iya,iya..Aku dah bangun la.Sori la.Mengantuk tak tahan.Aku dah berjaga dari pukul 4pagi semalam.Mana taknya.Ha,kau ni kenapa nya kat sini?Nak belanja aku breakfast?”
Endah tak endah pun,memang ada betulnya cakap Dee.Kerja juga dikira ibadah,dan juga amanah.Jadi sebagai insentif kepada kelangsungan ibadah ini,gaji jadi ganjarannya.Tiada pula sehingga menolak gaji yang diterima baru dikira ibadah.Cukup asalkan diniatkan kerana Allah,dan berlandaskan syara’,
-iyalah,membekalkan ubat kepada pesakit supaya dengan jalan itu ia sembuh dan kembali melata dibumi Allah dengan menyembahNya,kan mengikut syara’ tuh.Tapi kalau kes nak bagi ubat yang tak halal,berasal dari babi ke,macam injection enoxaparin,nadroparin (antiplatelet-untuk elakkan darah jadi pekat dan tersumbat) bila dah tiada pilihan lain,kira rukhsah la.Moga-moga diampunkan…
“Gelas pecah betul la budak ni.Baru 5.30 la.Aku bawak abang aku gi jumpa doctor.Demam panas.Tu,yang duduk kat belakang tu.Dah berbungkus dengan sweater gamaknya.Aku dah pesan jangan gatal mandi air terjun Sungai Tekala tu lama-lama.Degil.Dahla baru balik dari UK.Dah tak reti nak beza salji ngan hujan agaknya.Musin hujan pun nak mandi air terjun jugak.Ni aku nak ambil ubat dia la ni.Mesti kau tak buat-buat lagi.Cepat la.Dia dah beku duduk dalam aircond ni..”
Panjang lebar betul penjelasan Dee.La,abang dia ke mamat tu..Padan macam ada rupa.Hm,hensem jugak.Ha,yang ni jauh panggang dari madihah.Heh,takdala.Madihah ikut sebelah ayah.Tu pasal gelap sikit.Hitam manis apa.Tapi abang dia putih tu..Pandang sekali kan rezki,yang toleh tu yang jadi maksiat kan.. Heh.Alamak,astaghfirullah. Fokus,focus.Nak lari trek dah ni.Buat kerja la cik Syifa’ oi..
“Aiseh,sori la Dee.Aku tak screen pun lagi order doctor tu.Aku prepare sat eh.Kau bagi aku 10 minit.Insyaallah bereh.Hii..Sori..Kau gi duduk ngan abang kesayangan kau tu dulu ye.Bagi kasih sayang sikit.Ni garang sangat,macam mana nak sembuh cepat abang kau tu..baca-baca sikit.Buku Tibb An-Nabawi ajar aku..Heh.”
Dee langsung mengangkat kening double jerk pada Syifa’.
“Kau jangan macam-macam ye.Cepat sikit tau.Nanti mak aku risau pulak kat rumah.”
Madihah lalu berjalan pergi,menemani abangnya di tempat menunggu.
“Baik cik Madihah Sofiyyah binti Ahmad Lutfi.Cik tunggu je.Im on my duty.”
Baik,Puteri Syifa’ Syeikh Omar,buka mata,buka hati,buat kerja.Buat kerana Allah,semoga dapat pahala dan yang paling penting,redhaNYA…Gambate ne!!
Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik