Adakah Masih Penting BerBLOG Ini?

>> Monday, June 13, 2011

Adakah kita menulis kerana Allah S.W.T.?

Jika kita belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biarkan di fikiran kita semua sejenak...

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"


Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog.. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, untuk merapatkan ukhuwah di kalangan sahabat-sahabiah, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka..

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah S.W.T. .. Jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya.. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah S.W.T"


Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah S.W.T."


Adakah Islam itu indah?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."


Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.. Islahkan diri kita dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain..

Bukan:

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"


"Perbaiki dirimu, kemudian baru nak ajak orang lain."

Jelas bukan.. kita semua dituntut berdakwah.. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah.. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini atas tiket seorang blogger..

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz.."


"Aku bukan ustazah.."


"Aku bukan baik sangat pun.."

"Nanti orang kata aku ni ego pulak.."

"Malas la macam ni.. biaq orang lain buat, nanti kita tolong la dia sama.."


"Ishh.., seganlah... Nanti buat salah sikit orang tegur.."


Buang!.., lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian.. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik.. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah S.A.W.. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana pun..Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah.. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan.. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T.. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.. Itu yang penting..

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

InsyaAllah..

1 comments:

petiesyuhada' June 14, 2011 at 12:26 PM  

terima kasih, perkongsian yang menyetuh hatiku....

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP