Sirru 'ala Barokatillah..(^_^)::From Batch to Along Cah & Her Husband::(^_^)

>> Thursday, November 25, 2010

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah S.W.T.

Wujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah S.W.T.

InsyaAllah..


Binalah rumah tangga di tapak iman..
Tuluskan niat luruskanlah matlamat..
Suami pemimpin arah tujuan..
Isteri pembantu sepanjang jalan..
Lalu mulakanlah kembara berdua..
Kerana dan untuk... Allah S.W.T. jua..

Di tapak iman dirikanlah hukum Tuhan..
Iman itu tujuan Islam itu jalan..
Tempat merujuk segala kekusutan..
Tempat mencari semua penyelesaian..
Rumah jadi sambungan madrasah..
Berputiklah mawaddah..
Berbuahlah rahmah..

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga..
Setia dan penyayang seorang suami..
Cinta dan kasih seorang isteri..
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah..
Lahirlah zuriat yang soleh dan solehah kelak..!



Read more...

Salam 'Aidiladha

>> Tuesday, November 16, 2010






Read more...

Masih Belum Terlambat Kerana Syawal Sebulan

>> Tuesday, September 21, 2010


::MAAF ZAHIR DAN BATIN::

-Kepada Semua Sahabat Sahabiah-

-Selamat Kembali Kepada Fitrah Hamba-Nya-

-Semoga Segala Amalan Kebajikan Di Bulan Ramadhan Diteruskan Kelak Pada Bulan-Bulan Yang Lain-

-Selamat Menjalani Ibadah Puasa Enam Syawal Juga-

..InsyaAllah..

Read more...

Adakah Ini Ramadhan Yang Terakhir Buatku?

>> Wednesday, August 11, 2010


Ya Allah...
Rindunya aku padanya Ya Allah..

Antara dua belas yang kukenal Ya Allah..

Dia yang paling istimewa.. betul Ya Allah..

Sungguh istimewa..

Tidak kunafikan lagi..

Namun, layakkah aku menyatakan rindu padanya?..


Ya Allah.. layakkah aku Ya Allah?..

Adakah dia rindu untuk menemuiku?..

Rindukah dia kepadaku?.. Allahukbar..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..

Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..

Apa yang ada padanya, aku pandang sebelah mata..


Terkadang hatiku tidak tulus dan setenang yang mungkin..

Sedangkan dia Kau kurniakan..

Dia yang Engkau tentukan..

Yang mentarbiyah aku..

Mendekatkan diriku padaMu Ya Allah..

Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..

Membersihkan hatiku dari noda yang silam..

Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..

Berdosanya aku..


Ya Allah.. Ya Rahman Ya Rahim...

Ampunilah aku.. Ya Allah..

Berikanlah aku peluang kali ini..

Untukku membetulkan apa yang aku silap..

Menampal mana yang terkoyak..

Aku rindukan dia Ya Allah..

Sebelum mataku rapat terpejam..

Izinkan aku bertemu dengannya..

Ramadhan... Ya Allah.. Ramadhan....Alhamdulillah..


Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua.....
Moga ketenangan punyai di situ....

Doakan bersama...


Moga dalam rahmat dan redha Allah S.W.T. pada Ramadhan kali ini...
Mungkin juga yang terakhir bagi kita semua...
Jika Ini Yang Terakhir, Rahmati & Redhailah Kami Ya Allah...

Read more...

APA YANG BUTA???

>> Sunday, June 27, 2010

Maha suci Allah,
benarlah kata-kata Allah..

“…ada hati – tidak memahami,
ada mata – tidak melihat,
ada telinga – tidak mendengar.…”


Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada [Al-Hajj 22: 46]


Buta mata hilang warna… buta hati hilang makna dan erti. Buta mata tak nampak jalan di dunia, buta hati tak nampak jalan menuju ke Syurga.



~MUHASABAH BERSAMA DARI LAGU SOFF-ONE BERTAJUK BUTA MATA~



BUTA MATA TIDAK NAMPAK JALAN DI DUNIA
KERANA TIDAK NAMPAK CAHAYA
TIDAK TAHU KE MANA HENDAK DI TUJU
KE HILIR ATAU KE HULU

SELAMATKAN LAH DI DUNIA FANA INI
BILA MANA MATA TIDAK BUTA
MELALUI PENGALAMAN DIRI
KERANA JALAN ITU SUDAH BIASA

ADA PEDOMAN YANG MENUNJUK KITA
TONGKAT DI TANGAN MEMBANTU JUA
BOLEH JADI SIMPATI ORANG YANG MEMBAWA
TAPI KITA BUTA HATI MENDERITA

TIDAK NAMPAK JALAN MENUJU KE AKHIRAT
NEGERI YANG KEKAL ABADI
TIDAK DIUKUR..TIDAK DIUKUR DENGAN MASA
TIADA KAWAN MEMBANTU

YA ALLAH YA ALLAH…. 3X

TIADA PENGALAMAN YANG MEMASTIKANYA..

TIADA PEDOMAN MENUNJUK KITA
TIDAK ADA YANG SIMPATI MENOLONG KITA
DI DALAM KEGELAPAN MENUJU PINTU NERAKA

MENDERITA DI NEGERI ABADI
TIDAK KEMBALI KE DUNIA LAGI
TIADA GUNANYA PENYELESALAN DIRI
OLEH ITU BANYAKANLAH AMAL & BAKTI…. 2X


~kalu sahabat2 nak dengar lagu ni downlowd kat youtube k..da masalah ckit nak masukkan lg ni kat dalm bolg~salam ukhwah

Read more...

Shift Your Paradigm:Part 2

>> Sunday, May 16, 2010

Read more...

Shift Your Paradigm:Part 1

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP