Dhuha Vs. Galastosemia

>> Tuesday, January 26, 2010




Ni bukan pasal fadhilat solat dhuha yang boleh menyembuhkan penyakit galactosemia.(Tapi kalau memang boleh,tak tahu la pulak.wallahu a’lam .Dengan izin Allah,tiada apa yang mustahil^^)




Sebenarnya nak cerita al-kisah semalam.Berkaitan dengan solat dhuha la.Bukan dari sudut fiqh ibadah nya (kerana saya bukanlah yang arif tentang ini),tapi tentang pengalaman sendiri yang mungkin boleh member inspirasi untuk kita terus istiqamah melaksanakan sunnah Rasulullah yang satu ini.




Rasanya pasti ramai yang sememangnya tahu solat dhuha dikatakan sebagai pembuka pintu rezeki,(iyalah,kan dalam doa selepas solat dhuha tu kita minta dimudahkan dan didekatkan rezeki yang baik..)tapi kadang-kadang kita sendiri tidak begitu menghargainya kerana tidak memerhati kesan-kesan dhuha dalam kehidupan seharian.(Bukan tiada kesan,kita yang kurang perhati ni..) .




Al-kisahnya begini..




Semalam,seperti kebiasaan hari Isnin lain.Saya perlu bertolak awal dari rumah mak ke kampus untuk menghadiri kelas seawal 8.30 pagi.(Biasanya hujung minggu saya balik ke rumah mak.Jadi bila nak pulang ke kampus selewat mungkin..Still in holiday mood.Macam xnak balik je..).



Perjalanan mengambil masa 1jam jadi memang tak sempat nak solat dhuha dari rumah.Sampai sahaja di kampus,perut memang lapar.Sudah ada pelajar yang berjalan menuju ke dewan kuliah.Tengok jam,”8.06 pagi”.”Sempat lagi ni..”.Jadi saya naik ke surau untuk solat dhuha.Cuak juga takut nanti telat ke kelas.Seperti biasa,surau kosong waktu pagi begini.Bunyi riuh pelajar menuruni tangga dari kolej ke dewan kuliah semakin jelas.




Selesai solat dhuha,saya bergegas menuju ke dewan kuliah.Bajet macam dah lambat..tapi,sampai depan dewan,semua masih menunggu di luar,pintu dewan kunci!Tengok jam,”8.16 baru..” (Rasa macam masa diperlahankan pulak..barangkali berkat solat dhuha^^).




Sambil menunggu pintu dibuka,berbual sekejap dengan rakan sekelas.Alamak,baru teringat assignment biochemistry tak tulis lagi..pasal galactosemia and lactose intolerance.




(Sibuk travel ngan program smua,tp alasan yang paling utama adalah TERLUPA.xkan nak bagi alasan tu kat lecture.Confirm tak leh pakai..aish..).



Dengan terbaiknya,kelas pertama pagi tu adalah Biochem.Ha,lagi baik punya,lecturer masuk-masuk je dia mintak assignment!Katanya,siapa yang tak hantar dalam kelas tu,dia dah tak terima dah lepas habis kelas..




Jiwa dah cuak tahap la..Dalam otak dah kalut cari jalan.Camne2..tapi muka mantain je.Duduk depan muka lecturer.Kalau nampak sangat,kantoi la nanti.Sebenarnya sempat capai medical reference book dari rumah tadi.Tapi dalam buku tu tak jumpa topic galactosemia,ada pasal lactose intolerance je.Yela,buku lama..


Kelas terus berjalan.Masuk topic baru hari ni.Puas nak focus.Alhamdulillah lecturer baik..kami baca doa ramai-ramai sebelum kelas start.Setelah satu jam,lecturer bagi break.Cepat2 keluarkan buku reference yang ada.Lactose intolerance pun,lactose intolerance la..at least ada bendanya dari tak da langsung.Buku dibelek,tiba-tiba terlselak pada satu muka surat:GALACTOSEMIA!!



Subhanallah!Dalam hati tak henti ucap syukur.Tersengeh sorang-sorang.Mana puncanya tiba-tiba jumpa jugak yang dicari.Puncanya satu-hanya ALLAH-. Cepat-cepat jawapan dicari dan ditulis dalam kertas.Seterusnya untuk lactose intolerance.Kebetulan ramai yang sedang berjumpa dengan pensyarah untuk bertanya soalan tentang topic yang baru dipelajari tadi.Jadi masa rehat panjang sedikit.Terasa benar-benar dibuka jalan dimudahkan urusan.Alhamdulillah..



Sebaik siap,perlahan-lahan kertas jawapan diletak diatas meja depan dalam riuh-riuh orang bertanya soalan.Jadi ,pensyarah tak perasan.Ada pula seorang coursemate yang rupa-rupanya baru sahaja siap juga.Kami berpandangan,tersenyum lega..



Moral of the story adalah,rezki yang tidak disangka2 itu sangat manis dan yakin atas pertolongan Allah itu sangat indah..



p/s:Tapi,yang part terlupa buat assignment tu,jangan ikut!!Kena berusaha ni supaya tak jadi lagi..he..





Read more...

Perjalanan Hidup

>> Sunday, January 24, 2010

Orang yang gagal merancang,dia merancang untuk gagal.

Biasakan sahabat-sahabat dengar ungkapan ini?ia,kerana dari kecil sehingga kita di universiti ungkapan ini sering menjengah ketelinga kita.

Diulang-ulang kerana kepentingnya.

perancangan itu penting.Penting kenapa?

Penting bagi memastikan segala yang dilakukan itu terarah dan mencapai matlamat dan tujuan yang hendak dicapai.Bukan setakat untuk dicapai,tetapi dapat dicapai dalam keadaan yang memuaskan hati dan sebagai mana yang diharapkan.

Merancang jadual belajar,merancang percutian semester,merancang jadual harian,merancang program motivasi dan kem,dan juga merancang perkahwinan.ehem ehem.



Semuanya kita buat perancangan betul atau tidak sahabat-sahabat?

Ya,semuanya bagi memastikan keberhasilan yang paling maksima dan memuaskan hati.

semuanya diperincikan dengan begitu teliti.Hatta perkara dan masalah yang mungkin timbul pun disediakan plan b,c,d, dan e.

Tetapi itu semua bergantung kepada tahap kepentingan dan keseriusan orang yang merancang dan perkara yang dirancang.

Sebagai contoh,program jamuan kelas.Maka perancangannya tidaklah rumit.Tetapi sekiranya perancang kepada hi-tea yang akan dihadiri oleh menteri,maka meeting ajk pelaksana sudah pasti bertali arus sehingga hari yang ditetapkan itu.

Makin tinggi kepentingan,makin teliti perancangan.

Bagaimana pula dengan kehidupan kita?

Apakah kita sudah merancang masa depan kita sebaiknya?apa yang akan anda lakukan 10 tahun akan datang?20 tahun akan datang dan seterusnya?

Apakah sumbangan dan peranan kita dalam meninggikan syiar Islam dimuka bumi ini pada 30 tahun akan datang?

sudah dirancang semuanya?

Sudah diteliti dan diperincikan?

Itu bergantung kepada keseriusan dan kepentingan hal ini dalam dada anda!

Read more...

Ya Allah..



Read more...

Cerita-Cerita Teladan

>> Monday, January 18, 2010

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :
1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Read more...

Tanda-tanda kebahagian dan kesengsaraan

Tanda-tanda Bahagia

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan
4. Sangat memelihara solat lima waktu
5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak
6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik
7. Rendah diri
8. Bersifat dermawan yang ikhlas
9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
10. Bermanfaat kepada orang lain
11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

Tanda-tanda Sengsara

1. Rakus terhadap harta dunia
2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelazatan dunia
3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)
4. Menganggap remeh temehnya solat 5 waktu.
5. Bersahabat dengan orang-orang fasik
6. Buruk prilakunya
7. Sombong dan tinggi hati
8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain
9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
10. Pengecut
11. Lupa terhadap mati

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)

Read more...

6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali

1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain.

2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang.

3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.

4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.

5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan menyatakan kelemahan dan kecatatan sehingga mengaibkan orang lain.

6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.


Sehubungan itu Imam Ghazali menyarkan 5 perkara untuk menghentikan sikap suka mengumpat. Antaranya ialah:-

# Harus sedar dan insaf memburuk-burukkan orang lain dan mengumpat itu berdosa besar.

#Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri dari menyalahkan orang.

# Hendaklah malu apabila memperli kecacatan orang lain kerana ia seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan.

Read more...

Untuk menjadikan diri kita seseorang yang sentiasa berfikiran positif, adalah amat penting untuk kita menyedari kepentingan menyayangi diri kita sendiri. Kita perlu menghargai kesudian Allah untuk menciptakan kita sebagai salah seorang manusia yang pernah lahir dimukabumi Allah ini. Tanpa kesudian atau kehendakNya, kita tidak akan hadir dibumi ini untuk merasai segala apa yang telah kita rasakan selama ini. Kadangkala kita lupa dan tidak menyedari akan hakikat ini. Dengan menyedari bahawa penciptaan Allah terhadap diri kita adalah satu anugerah, maka dengan itu, wajiblah kita berterimakasih kepada Allah diatas anugerah kehidupan yang diberikanNya ke atas diri kita.

Dengan keizinan dan kemahuanNya, maka kita dapat merasai suka, duka, sedih, gembira, lapar, dahaga, kenyang, membuat pilihan, merasai perasaan cinta, kecewa, dan pelbagai macam lagi nikmat-nikmat yang tak terkira dan tak terhitung oleh kita. Sepertimana yang diulang oleh Allah sebanyak 31 kali didalam Surah Ar-Rahman:

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman: 13,16,18,21,23,25,28,30,32,34,36,38,40,42,45,47,49,51,53,55,57,59,61,63,65,67,69,71,73,75,77)

Maka salah satu daripada cara kita berterimakasih atau bersyukur kepada Allah ialah dengan cara menyayangi diri kita sendiri. Kita mesti menghargai setiap segi dari apa yang ada pada diri kita sama ada dari segi fizikal mahupun rohani. Kita harus berbangga dengan diri kita, bangga yang dimaksudkan disini bukan riak atau takjub dengan diri kita sendiri sehingga memandang rendah pada orang lain. Tetapi kita mesti berbangga dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah untuk diri kita dan dimasa yang sama kita mesti juga menghargai dan menyayangi makhluk ciptaan Allah yang lain.

Firman Allah " Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"
"Seseorang yang beriman itu adalah seseorang yang mana manusia lain selamat dari tangannya dan perkataannya.

Tetapi, bagaimanakah kita ingin menyayangi seseorang, sekiranya kita sendiri tidak tahu untuk menyayangi diri kita? Oleh itu, mulai saat ini, mulakanlah satu hubungan cinta dengan diri anda. Berbanggalah dengan paras rupa anda, dengan rambut anda, dengan bentuk tubuh fizikal anda, terimalah diri anda seadanya. Berikan perhatian pada diri anda seperti mana anda memberikan perhatian kepada orang yang anda cintai atau kasihi.

Hargai setiap saat jangka hayat anda yang masih Allah panjangkan. Islam adalah ugama yang syumul, ianya adalah Cara Hidup. Kita diajarkan membaca doa ketika bangun tidur, bersyukur dan senyum. Ini menunjukkan bahawa Allah telah memerintahkan kita supaya mengambil tindakkan positif sejurus kita bangun untuk memulakan hari yang baru. Maka dengan membaca doa bangun tidur, bersyukur dan senyum, anda sedang menghantar gelombang positif yang akan menarik tenaga positif kepada anda diawal pagi lagi. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini, malah ada yang menyumpah atau merungut apabila dikejutkan supaya bangun untuk bersolat Subuh tanpa menyedari bahawa mereka telah menarik tenaga negatif kepada mereka untuk memulakan hari itu. Dan apabila situasi dan persekitaran realiti kehidupan mereka pada hari itu mengalami kesukaran, umpamanya dengan tiba-tiba tayar kereta pancit, atau tertinggal dompet, datang lewat ke pejabat, dimarahi ketua jabatan, komputer diserang virus, kerja yang dilakukan semalam semua terpadam, dan sebagainya, mereka merungut lagi, menyumpah lagi dan terus-terusan menarik tenaga-tenaga negatif kedalam realiti hidup mereka.

Oleh itu, janganlah merungut dan menyumpah lagi diawal pagi, ubahlah tabiat-tabiat buruk kita yang akhirnya memakan diri kita sendiri. Jagalah makanan, pemakaian dan penampilan diri anda, kebersihan diri dan jiwa, sediakan tempat tidur yang bersih dan selesa sepertimana yang selalu anda sediakan kepada tetamu yang bermalam dirumah anda. Jangan anda biarkan diri anda tidur dengan selimut yang berbau hapak, cadar dan sarung bantal yang kopam kerana jarang dibasuh, kerana ini bererti anda tidak menghormati diri anda. Mengapa apabila kita ingin keluar berjumpa dengan seseorang yang kita sukai, contohnya seperti pergi dating dengan teman wanita, kita betul-betul menjaga penampilan diri kita? Tetapi, persoalannya disini, adakah penampilan yang anda lakukan itu adalah untuk membuat teman wanita anda selesa, ataupun kerana memang itulah diri anda. Mengapa bila bersendirian, kita tidak mengambil kira soal ini? Ini bermakna, kita tidak menghormati dan menghargai diri kita sendiri. Rasulullah S.A.W sendiri memakai wangian, tak kira ketika solat, ke mesjid atau berziarah, dan malaikat sukakan wangian. Pelajari sirah Rasulullah dan anda akan mendapati banyak perkara yang dilakukan oleh baginda dalam menjaga penampilan dan kebersihan diri. Baginda memakai minyak rambut, membungkus rambut dengan kain sebelum memakai serban supaya serban tidak terkena minyak, baginda tidak memakan bawang putih dalam waktu-waktu yang dekat untuk solat kerana tidak mahu mulut berbau ketika bersolat menyembah Allah. Banyak lagi akhlak dan adab yang ditunjukkan oleh baginda yang menjurus kepada menghargai diri dan kehidupan sebagai anugerah dari Allah.

Manjakanlah diri anda dengan cara yang anda mampu dan tidak melampaui batas, gosoklah gigi setiap hari - berbicara soal bersugi ini, Rasulullah S.A.W pernah bersabda mahfumnya : "sekiranya aku tidak memikirkan perkara ini akan memberatkan umatku, pasti aku akan memohon supaya Allah mewajibkan bersugi keatas umat ini " Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya amalan bersugi/memberus gigi dalam Islam. Tetapi ramai antara kita termasuk saya sendiri, mengambil remeh tentang soal ini. Semoga Allah mengampunkan kita semua. Diriwayatkan juga, pada zaman pemerintahan khalifah Umar Al-Khattab, suatu ketika, baginda sedang memimpin pasukan tentera islam berperang dengan musuh islam. Tetapi setelah beberapa hari bertempur, pihak musuh masih ampuh, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Maka Khalifah Umar memeriksa barisan tentera Islam untuk melakukan muhasabah. Baginda mendapati pasukan tentera Islam tetap melakukan aktiviti ketenteraan mengikut adab Islam yang betul, iaitu umpama singa disiang hari, tetapi umpama abid dimalam hari. Tentera islam tidak meninggalkan solat, tetap melakukan amal dan qiam diwaktu malam dan sebagainya. Setelah pemeriksaan dan post mortem dijalankan satu persatu, maka didapati, ramai tentera Islam yang meringankan salah satu sunnah, iaitu bersugi. Maka tanpa berlengah lagi, Khalifah Umar memerintahkan seluruh pasukan tenteranya bersugi beramai-ramai. Dengan izin Allah, setelah itu, pasukan tentera Islam mencapai kemenangan dalam peperangan tersebut.

Syampukanlah rambut selalu, jaga kesihatan diri anda, bersih kuku anda (lakukan pada hari-hari yang disunatkan memotong kuku, umpamanya pagi isnin, khamis dan jumaat - percayalah, ada hikmah dan penjelasan saintifik dari segi kesihatan disebalik waktu-waktu yang disunatkan ini). Usahakan supaya diri anda tinggal dalam rumah atau bilik yang bersih, tersusun rapi dan selesa. Walaupun anda seorang yang miskin, ini tidak bermakna anda perlu hidup dalam rumah yang berselerak, kotor dan berserabut. Bukankah menjaga kebersihan diri itu satu tuntutan dalam Islam, tak terkecuali sesiapa pun.

Bersihkan minda dan hati anda dengan perkara-perkara yang positif dan menambah keyakinan diri anda. Dapatkan info-info dan bahan-bahan pembacaan yang berkaitan. Ingat! Akal fikiran juga adalah bahagian dari diri anda yang paling terpenting sekali! Jangan biarkan diri anda selalu didalam keadaan bersedih, hiba dan berduka walaupun ketika anda sedang dilanda masalah kehidupan seperti kekecewaan dalam percintaan, karier , pelajaran dan musibah yang lain. Tentang musibah ini akan kita bicarakan dengan lebih lanjut didalam bab Memahami Musibah.

Apabila kita telah mula menjalinkan hubungan cinta dengan diri kita sendiri, satu situasi positif yang selama ini jarang kita rasakan, akan dapat kita rasai. Anda akan mendapati hidup anda lebih tenang, bersemangat, berkeyakinan dan kadangkala kita sendiri tidak tahu dari manakah datangnya semangat baru ini. Ini adalah kerana anda telah menarik banyak tenaga positif berbentuk kasih sayang kepada diri anda. Anda akan dapat merasainya sendiri. Suasana persekitaran anda akan menjadi lebih damai dan positif. Urusan-urusan seharian anda akan menjadi lebih teratur dan terasa mudah. Anda juga akan merasakan satu suntikan semangat untuk beribadah yang kuat dan tanpa anda sedari, anda akan merasakan dekatnya anda dengan Pencipta anda.

Seperkara yang paling menarik apabila fikiran dan minda anda menjadi semakin positif ialah, hati anda secara ikhlas akan merasa jelek untuk melakukan perbuatan yang berdosa dan seakan ada kekuatan yang jitu pada diri anda yang dapat mengelakkan anda dari berbuat perkara-perkara yang keji dan memudaratkan diri anda sendiri.

Segala perkara baik yang anda rasakan ini, sebenarnya adalah satu lagi nikmat Allah keatas hambaNya yang bersyukur. Dalam konteks ini, kita telah menjadi orang yang bersyukur kerana telah menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati diri kita sebagai salah satu nikmat dari Allah.

Firman Allah: Sesungguhnya, kami telah kurniakan hikmat (ilmu pengetahuan) kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah, dan sesiapa yang bersyukur, sebenarnya dia telah bersyukur bagi faedah dirinya sendiri dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Terpuji (Luqman:12)

Mulai saat ini, mulakan hari baru dengan rasa cinta yang mendalam terhadap diri anda sendiri, lakukan secara perlahan-lahan kerana cinta itu datang dengan ikhlas, cinta itu tidak boleh dipaksa, biarlah cinta itu hadir dengan ikhlas. Pepatah mengatakan : 'Tak kenal maka tak cinta". Oleh itu sebagai permulaan, kenalilah diri anda, apakah sebenarnya citarasa anda yang betul, maka penuhilah citarasa anda itu. Walau siapa pun manusia itu, pasti akan ada kebaikan dalam dirinya yang selama ini tidak disedari olehnya. Sentiasa terapkan dalam diri anda bahawa anda adalah satu anugerah penciptaan Allah yang sangat beruntung kerana manusia itu adalah penciptaan yang diciptakanNya dengan sebaik-baik kejadian.

Berusahalah untuk menukar segala apa tabiat buruk yang ada pada diri anda sedikit demi sedikit. Ingatlah, Allah sentiasa akan membantu hambaNya yang ingin berubah.

Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah nasib diri mereka.

Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnuzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)

Read more...

Halangan Dalam Menuntut Ilmu

>> Thursday, January 14, 2010


Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya.

Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah S.A.W. meriwayatkan dalam sebuah hadis;

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bahagian yang paling banyak."

Siapakah orang yang tidak mahu didoakan oleh malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang ada di bumi? Sungguh, hal tersebut adalah suatu kemuliaan yang besar.

Seperti kata pepatah “No pain, no gain” (tidak ada yang akan kita dapatkan tanpa pengorbanan) , maka untuk mencapai kemuliaan yang bernama ilmu itu pasti ada cubaan yang harus kita hadapi dengan tenang dan sabar..

Antara beberapa hal yang dapat menghalangi sampainya kemuliaan ilmu kepada seseorang:

1. Niat Yang Rosak.

Niat adalah dasar dan rukun amal. Apabila niat itu rosak maka rosaklah seluruh amalannya. Sebagaimana sabda Rasulullah “Amal itu tergantung niatnya dan seseorang akan mendapatkan apa yang diniatkan…”

Imam Malik Rahimahullah mengatakan,”Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana Allah maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya kerana Allah.”

2. Ingin Terkenal dan Ingin Tampil.

Cuba kita ingat, mungkin terkadang saat kita belajar terdetik di hati kita “supaya jadi ranking 1 atau jadi juara umum dan dikenal orang? Ya, ingin terkenal dan ingin tampil adalah penyakit kronik. Tidak seorang pun yang boleh selamat darinya kecuali orang-orang yang dijaga oleh Allah S.W.T. Hal itu lebih dikenal dengan sebutan riak. Rasulullah S.A.W. sangat mengkhuatirkan adanya penyakit ini pada umatnya. Kerana seringkali penyakit itu halus hingga muncul tanpa kita sedari, hingga Rasulullah S.A.W. mengibaratkan bahawa penyakit riak itu seperti semut hitam, di batu hitam pada malam yang gelap. Bayangkan, hampir tak kelihatan kan? Jadinya, berhati-hati…

Rasulullah S.A.W. bersabda,”….sesuatu yang paling aku takutkan menimpa kalian adalah syirik dan syahwat tersembunyi.”

Mahmud Ar-Rabi berkata : “syahwat yang tersembunyi maksudnya adalah seseorang ingin/senang apabila kebaikannya dipuji oleh orang lain. Hendaknya kita berhati-hati terhadap penyakit ini, kerana Allah memperingatkan dalam sebuah hadis yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W;

“Barang siapa yang menyiarkan amalnya, maka Allah akan menyiarkan 'aibnya. Dan barang siapa yang beramal kerana riak maka Allah akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.” Naudzubillahi mindzalik...

3. Lalai Menghadiri Majlis Ilmu.

Jika kita tidak memanfaatkan majlis ilmu yang dibentuk dan pelajaran yang disampaikan, nescaya kita akan gigit jari sepenuh penyesalan. Kalau kebaikan yang ada di majlis ilmu hanya seperti ketenangan dan rahmat Allah yang meliputi mereka, maka dua alasan itu saja seharusnya sudah cukup sebagai pendorong untuk menghadirinya. Apalagi jika seseorang mengetahui bahawa orang yang menghadiri majlis ilmu. InsyaAllah, mendapatkan dua keuntungan, iaitu ilmu yang bermanfaat dan ganjaran pahala di akhirat kelak!

InsyaAllah.. Keempat.. bertenang-tenang semua, kita sambung kemudian..

Ilmu adalah cahaya yang dikurniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu di sisi Allah adalah lebih tinggi beberapa darjat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakallah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta berserta segala isinya..

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP