>> Tuesday, August 25, 2009
Pesanan AYAH.....
"Luqman berkata : "Aku sudah memikul batu yang besar dan aku juga sudah mengangkat besi yang berat tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya.
Pesanan AYAH.....
Testing video...
Nafsu syahwat itu seperti air bah yang turun dari puncak gunung. Barang siapa berdiri menghadangnya, maka ia akan diterajang dan dilumatkan. Barang siapa membiarkannya, maka ia bakal memporak-perandakan negeri dan memusnahkan umat manusia. Orang yang berakal sihat tentu akan membuat jalan untuknya, menggali tanah sedalam-dalamnya dan mengalirkan air bah itu ke sana. Inilah yang diperbuat Islam.
Di jalan apakah anda menikah? Terbentang pula dengan lurus dan amat luas jalan dakwah. Jalan para Nabi dan syuhada, jalan orang-orang soleh, jalan para ahli syurga yang kini telah bercengkerama di taman-tamannya:
Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. (Yusuf:108 )Hadzihi sabili, inilah jalanku, yakni ad’u ilallah, aku sentiasa mengajak manusia kepada Allah. Fi’il mudhari’ yang digunakan pada kalimat ad’u ilallah semakin menegaskan bahawa dakwah adalah pekerjaan yang sedang dan akan terus-menerus dilakukan kaum muslimin, iaitu ana, Rasulullah S.A.W., wamanittaba’ani dan orang-orang yang mengikuti Rasullullah S.A.W. sampai akhir zaman nanti.
Inilah jalanku, iaitu jalan dakwah, jalan yang membentang lurus menuju kebahagiaan dan kepastian akhir. Jalan yang dipilihkan Allah untuk para Nabi, dan orang-orang yang setia mengikuti mereka. Jalan inilah yang menghantarkan Nabi S.A.W. menikahi isteri-isterinya. Jalan ini yang mengantarkan Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a dan Fatimah az-Zahra dalam sebuah keluarga.
Di jalan dakwah itulah Nabi S.A.W. menikahi Ummahatul Mukminin. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang soleh membina rumah tangga. Jalan ini menawarkan kelurusan orientasi, bahawa pernikahan adalah ibadah. Bahawa berkeluarga adalah salah satu tahapan dakwah untuk menegakkan kedaulatan di muka bumi Allah.
Dan bahawa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa. (Al-An’am:153)
Menikah di jalan dakwah akan mendapatkan keberuntungan. Di jalan ini para sahabat Nabi melangkah, di jalan ini mereka menikah, di jalan ini pula mereka meninggal sebagai syahid dengan kematian yang indah. Jalan yang tak pernah memberikan kerugian. Justeru itu, sentiasa menjadi pelaburan masa depan yang menguntungkan di dunia mahupun di akhirat.
Di jalan ini, kecenderungan ruhiyah amat mendapat perhatian, akan tetapi tidak mengabaikan segi-segi material. Di jalan ini, syaitan terkalahkan oleh orientasi Rabbani, dan menuntun prosesnya, dari awal sampai akhir, sentiasa memiliki faedah terhadap kebaikan dan umat.
Sejak dari persiapan diri, pemilihan jodoh, peminangan, akad nikah hingga walimah dan hidup satu rumah. Tiada yang dilakukan kecuali dalam kerangka perkembangan dakwah.
“Seandainya seseorang dianugerahi harta Qorun dan fisik Hercules. Lalu dihadiahkan di hadapannya 1000 perempuan jelita berikut segala keistimewaannya, niscaya dia tidak pernah berjumpa dengan kepuasan”
(Dikutip dari buku “Di Jalan Dakwah Aku Menikah”, karya Cahyadi Takariawan)
“Encik Syahid Hanzalah bin Ahmad Lutfi.”
Madihah mengejutkan abangnya yang terlena di kerusi menunggu mendengar nama Hanzalah dipanggil.Hanz dipimpin perlahan-lahan ke kaunter dispensari ubat.Kalu ikut-ikutkan,mahu saja dibiarkan abangnya berjalan sendiri.Lantakla nak jatuh berguling ke apa.Tapi memikirkan muka Hanz yang dah lagi sikit dari sekupang itu,tak tersampai hati Dee,walaupun masih tersisa marahnya yang siang tadi.
Harusnya dia tidak marah melulu-lulu.Menghukum salah abangnya.Walaupun memang salah.Tapi manusia hidup di dunia sebagai da’i,bukan hakim.Menyuruh yang makruf,mencegah yang mungkar,bukan menghukum.Bila menghukum,rasanya penuh emosional,bukan rasional.Dan hasilnya,hanya memuaskan nafsu amarah,bukan syara’.Hm,betul ke apa yang aku fikir ni??Takpa lah.Nanti tanya balik pada Syifa’.Kan Syifa’ tu maksudnya menyembuhkan.Biar disembuhkan sikit luka-luka marah yang sama-sama diparahkan oleh nafsu dan syaitan yang direjam ni.
...
Lelah penat bekerja belum sempat pun hilang.Buka sahaja bilik tidurnya,isi laci meja lampu tidurnya berselerak di atas katil.Bau busuk apa ni?HA?!TAHI KUCING!!!Atas cadar pulak tu.Baru je tukar comforter semalam..Baru je kemas semalam..Sikit lagi Dee nak bertukar jadi Super Saiya.Sambil memicit micit dahinya yang berkerut sakit dan beristighfar menahan marah,pintu bilik Hanz diketuk bertalu-talu.Nasib baik kayu jati.Kalu tidak,dengan bekal black belt karatedo Dee,dah lama pecah.
“ALONG!!!CEPAT BUKA PINTU NI!!”
Hanz cepat sahaja membuka pintu.Kalau lambat,maunya runtuh.Dee dah pun bercekak pinggang terpacak di muka pintu biliknya.Perut Hanz kecut melihat marah adiknya,aura gunung berapi pendam nak meletus.Entah apa yang tak kena dengan budak ni.Tapi dengan konsep iklan DiGi, ‘Akukan Abang..’ dia menayang muka selamba.
“Kenapa Along sepahkan bilik
“Uhuk,uhuk..La,sepah apa pulak ni.Tuduh-tuduh pulak.”
“Ummi cakap Along ada masuk bilik Dee nak ambil camera.Ada
“Along nak amek camera digital Ummi.Ummi kata ada dalam bilik Dee.Jadi Along cari
la.Siapa suruh simpan dalam-dalam sangat.Tapi mana ada Along sep..”
Hanz tiba-tiba terdiam,menepuk dahi teringat sesuatu.
Alamak,terlupa nak kemas! Ish,tula.Kalut lagi tadi cari camera,last-last charger takda.Aleh-aleh,mintak Amin jela bawa kamera pergi ke sungai Tekala tadi.Lupa pulak nak kemas bilik Dee..Habis la..
“Dan,Along tak tutup pintu bilik Dee..Whizz dah berak kat atas katil tau!Along cuci!Dee
tak kira!” Bergegar satu rumah dengan berang Madihah.
“Ala Dee,sori.Along terlupa.Lagipun,mana Along ingat nak kena tutup pintu bilik takut
Whizz masuk.Along kan baru balik dari UK.Masa Along pergi,Whizz tak lahir pun
lagi..”
Hanz cuba memancing simpati Dee.Kepalanya berdesing-desing sakitnya.Seakan ada orang dalam kepalanya tengah pukul Gong kuat-kuat.macam festival dalam Kungfu Panda.gongg...gonggggg.....
“Lagipun Along sakit kepala la..”
“Oo..macam-macam ye.Pergi Sungai Tekala ingat pulak jalan.Konon lama tak balik
Malaysia.Tak kira.Along basuhkan jugak comforter Dee.”
Kepala hanz semakin sakit.Batuknya juga.Hanz sudah tak mampu bertekak dengan adiknya.Jalan mudah -
“Apa-apa jela.Along betul sakit kepala nih.nanti cakap kemudian la.Ok.”
Terus pintu biliknya ditutup meninggalkan Dee yang masih terpacak di muka pintu.Ternganga.Berani betul!
Hm..rupa-rupanya memang sakit.Kira halal la.Lagipun,tambah tolak berbuat makruf dan berkasih sayang sesama manusia.Nabi ajar,sekuat kuat manusia bukan pada fizikalnya,tapi kuat nya ia menahan marah.Dee nak jadi orang kuat.Lagipun tak berapa nak logik bila fikir balik.Benda kecik je.
Eleh,kicik je.Membazir glucose-glucose yang dimakan tu dibuang pada tenaga untuk merembeskan hormone-hormon ketika marah.Ish3.Tapi itulah manusia.Mesti ada sahaja silapnya.Yang penting,setiap kesilapan disusuli dengan istighfar dan kata taubat.Cara sunnah.Restore peacefulness..Kalah yoga.
“Ni ubat demam,makan 2 biji 3 kali sehari.Yang dalam botol ni pulak ubat batuk,minum 10ml 3 kali sehari.Dua dua boleh sebabkan mengantuk ya.Jadi encik jangan memandu la lepas makan ubat-ubat ni.Yang terakhir ni ubat asma encik.2 puff bila perlu.Encik pernah guna ubat asma inhaler macam ni tak sebelum ni?Kalau tidak,boleh saya tunjukkan cara penggunaan nya jika perlu.”
Syifa’ berhati-hati menerangkan satu persatu.Khuatir tersilap cakap kerana mengantuk,dia berdiri sambil memberi penerangan.
Hanz masih terkebil-kebil mengingat satu persatu.Farmasi di
“Ha,pernah.Masa kecik dulu.Tapi ingat lagi macam mana.Terima kasih.”
Hanz cuma menjawab lemah sambil menarik-narik nafas yang tersekat kerana hidung
tersumbatnya.Sejuknya aircond ni..
“
Hanz sudah terbayang-bayang tilam Dreamland di rumah.Dee sempat berpaling kepada Syifa’ sebelum beredar,
“Jazakillahukhair la weh.Jangan tidur lagi.Nanti kantoi dengan bos,potong gaji.Kalo bos
hospital takpa lagi.Kang yang Bos akhirat tu confirm tahu.Heh.Ok, Daaa..
Assalamualaikum.”
Syifa’ sekadar tersenyum sambil melambai Dee keluar dari ED.Hm,ada sahaja modalnya si Dee.Agaknya otaknya tak pernah berhenti berfikir kot.Berfikir dan berzikir.Hm,itu yang sepatutnya.Jadi hamba,tapi merdeka,itu yang paling indahnya kalimat tauhid ‘laaila ha illa allah’.Siap dikirimkan para malaikat lagi menemani,memerhati,mencatat amalku,mengaminkan doa dan menjaga seluruh hidup hambaNya.Beserta kekuasaanNya dan pengetahuanNya sentiasa,masakan manusia merasa sendiri.Tidak pernah sendiri hakikatnya.
Hm,dah 5.50.Dah subuh dah ni.Syifa’ memberi isyarat kepada petugas kaunter pendaftaran ED yang masih mamai-mamai yang dia keluar sebentar untuk ke surau.Solat Subuh.Novel Ketika Cinta Bertasbih Episod 2 karangan Habiburrahman El-Shirazy yang menemaninya sepanjang malam diletak dahulu di kaunter.Diganti dengan mashaf Al-Quran terjemahan untuk dibaca di surau.
Ya,subuh telah tiba.Hari baru bakal muncul.Moga Allah ampunkan dosa kita yang semalam dan menghamparkan jalan redha nya untuk hari-hari yang akan datang.Ameen..
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Ramadhan kini tiba lagi
Alhamdulillah… Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa
Bulan Ramadhan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
Mendidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita
Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan rezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pembaziran
Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadhan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir
Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan
Syukur pada Yang Esa
Read more...
Assalamualaikum kepada sahabat2 seperjuagan
Seperti yang sedia maklum bahawa erti agama adalah satu cara hidup,tetapi ada dikalangan sahabat2,kawan2 kita yang hidup tidak berlandaskan cara hidup yang sebenar iaitu cara hidup islam kerana tanda seseorang itu sah agamanya ialah
1. Mempunyai iktikad yang sohih(iktikaq ahli sunnah wal jamaah)
2. Benar qosadnya(menunaikan ibadah dengan ikhlas)
3. Mengerjakan segala yang disuruh
4. Meninggalkan segala yang dilarang
Rujukan:kitab faridah(membicara ilmu akidah)
Cube kita perhatikan diri kita sendiri,adakah sudah lepas semua syarat2 ini????????,ada orang berjuang sedangkan syarat pertama pun dia masih lagi kabur,maka jadilah orang tersebut berjuang diatas dasar semangat bukan diatas dasar akidah iaitu iktikad yang sohih or pegangan hati yang kukuh,ada orang beranggapan dia sudah berakidah kerana dia telah solat,mengeluarkan zakat,baiah kepada pimpinan,telah infak harta kepada jemaah,kene tangkap daripada FRU dan macam2 lagi alasan yang dibagi untuk menyatakan dia sudah berakidah or orang berada dipihak yang benar,tapi jauh dari sudut kefahamannya tentang akidah
Sedangkan ilmu akidahlah yang menjadi penentu sesuatu amalan itu diterima atau tidak(pendek kata umbi segala ilmu pengetahuan),Maka sahabat2 janganlah menjadi seorang pejuang yang hebat dari sudut perencanaan,yang hebat dari sudut pemikiran,yang hebat dari sudut berpidato,yang sentiasa rindukan syahid,yang kuat berkerja demi islam tapi kosong dihati seperti seekor burung kakak tua yang hanye pandai bercakap tetapi tidak ada pegangan yang putus dihati kerana tanda2 orang yang tidak mempunyai pegangan yang putus dihati or orang berakidah or orang yang jazam ialah bile dia bersifat dengan 5 sifat ini:
1. Jahil murakab(jahil bersusun spt dia mengatakan allah itu ada tangan or perkara yang tidak layak dengan allah)
2. Jahil basit(jahil tidak tahu ape langsung cth dia tidak tahu bahawa allah itu wujud)
3. Syak(sama berat cth 50% saje dia yakin allah itu ada)
4. Zhan(cederung kpd yakin cth 70% je dia yakin allah itu ada)
5. Waham(cederung kepada tidak yakin cth 30% je dia yakin allah itu ada)
Rujukan: kitab akidatunnajin
Ini semua tidak termasuk orang yang tidak berakidah atau orang yang tidak yakin seratus peratus dan jika ada 5 sifat ini,ulamak usuluddin mengatakan dia masih lagi belum beriman kepada 6 rukun iman,apabila dia dikataka tidak berima dega 6 rukun iman maka jadilah dia spt cara hidup nasrani,majusi,kristian,yahudi dan sebagainya……wal’eyazubillahimizalik.
olehitu Marilah kita bersungguh2 mempelajari ilmu usuluddin untuk mengenal allah sehingga mencapai tahap keyakinan yang sebenar ,bahkan menjadi wajib kepada seseorang,belajar ilmu ini yang masih belum kenal allah taala…………..sebenarnya pada pandangan zohir,kita bernasib baik hidup diatas muka bumi ini,sebagai ibarat jika kita masuk rumah orang yang kita tidak kenal tuan punya rumah sudah tentu kita akan dihalau,tapi jika kita masuk bumi yang kita tidak kenal siapa tuan punya bumi,kita masih lagi boleh hidup dibumi inj,tidak dihalau kerana rahmat dan belas kasihan allah kpd hambanya
Dengan itu sahabat2 mari lah sama2 kita muhasabah diri kita memikirkan tentang persoalan ini kerana ilmu ini lah yang menentukan seseorang itu berada kekal dalam syurga or kekal dalam neraka,walaupun amalannya cukup banyak dari segi senyuman manis atau senyuman tanpa henti,sedakah,solat,3x khatam al-quran dalam seminggu,tolong orang,selalu bagi tazkirah dll,namun tidak berguna juga,disebabkan akidahnya yang tidak sohih atau keyakinan yang tidak sempurna kpd allah…………..
Wallahua’alam
KEMBALI
Lirik lagu yang bertajuk “KEMBALI” dendangan kumpulan Fareast di hayati dengan penuh penghayatan oleh Aqlima. Pada saat itu,mahu sahaja dirinya hendak ke satu tempat yang lapang dan luas yang tiada siapa-siapa untuk menjerit..Bukan menjerit untuk melepaskan tekanan atau tension,tapi dia merasakan dia hendak mencari dirinya yang dah lama hilang dan dia mahu memberi peluang pada dirinya..Ya betul,peluang untuk dirinya yang bernama Aqlima...tapi untuk apa Aqlima?????Ingatannya terus KEMBALI kepada perbuatan,tingkahlaku serta kesilapan yang pernah dilakukannya..Hal ini menghantui dirinya hingga kini. .Adakah diri Aqlima masih diberi peluang oleh ALLAH SWT untuk dirinya KEMBALI?...
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Terangilah ku Dengan Nur ImanMu
Hanya Engkau Tempat Aku Berserah
Mohon Makrifat Dalam Syahdu
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah Segala Dosaku
Laksana Bumi Di Laut Memutih
Hanyut Ditelan Gelombang Nafsu
Hari-Hari Yang Telah Ku Lalui
Ingin Ku Tinggalkan Terus Bersemadi
Ingin Aku Kembali Kepada Fitrah Insani
Tak Sanggup Ku Jelajahi Rimba Duniawi
Bebaskanlah Diri Ku Dari Di Belenggu
Dosa Noda Nafsu Durjana
Terimalah Taubat Ku Ya Allah
Bimbinglah Aku Ke Jalan RedhaMu
Moga Sinarmu Terangi Hidup Ku
Di Dalam Kegelapan
Aku Kan Kembali Pada Mu Ya Rabbi
Menghadap Mu Ya Rabbul Izzati
Segala KetentuanMu Ku Pasrahkan
Di Hujung Penghayatan
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah
Sabda Rasullah S.A.W.: "Tahukah kamu semua bilakah hal ini akan terjadi(terbitnya matahari sebelah barat), ianya akan terjadi pada hari dimana iman seseorang itu tidak berguna lagi, jika sebelumnya ia tidak beriman."
Ayat atau perenggan di atas merupakan salah satu contoh yang mungkin pernah dialami oleh setiap insan yang bergelar manusia. Hal ini mungkin pernah terjadi kepada diri kita,kawan-kawan atau orang di sekeliling kita. Kenapa?Mengapa?Bagaimana?Siapa?
Setiap manusia akan diuji ALLAH SWT dengan berbeza-beza ujian contonya seperti Aqlima. Adakalanya dibayangi kesalahan-kesalahan hari semalam, ada masanya seolah-olah kita tidak redha dengan apa yang telah terjadi. Hampir berputus asa untuk meneruskan usaha memperbaiki diri, kerana gagal menghapuskan sisa-sisa jahiliyah sepenuhnya. Na’uzubillah minzalik..
sahabat-sahabat yang hana kasihi,
Mari kita ingat KEMBALI..siapa sebenarnya syaitan?
“Sungguh, syaitan itu musuh bagimu, maka perlakukanlah ia sebagai musuh, kerana sesungguhnya syaitan itu hanya mengajak golongannya agar mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala..” (35 : 6)
Mari kita ingat KEMBALI.. janji syaitan pada Allah..
” Kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur. ” (7:16-17)
Mari kita ingat KEMBALI..tips yang Allah beri pada kita..
“Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui” (41:36)
Mari kita ingat KEMBALI..jaminan Allah buat kita..
“..sesungguhnya hamba-hambaKu, kamu (syaitan) tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhanmu sebagai penjaga” (17:65)
maka..
insyaALLAH……...
Bab 1: A Night in ED
“Bila la nak pukul 7 ni..”
Mata Syifa’ sudah pisat-pisat kerana mengantuk.Syif malam ke pagi menjaga farmasi emergency department cukup membuatnya sengsara.Kalau bukan kerana dah janji dengan Asif nak belikan PSP hadiah 10A SPMnya,dah lama dijualnya night shift ni kepada pegawai lain.Ni namanya janji makan diri..Bunyi macam tak ikhlas je..
Matahari masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin muncul.Lambatnya lagi..Mana tidaknya,pukul 5 pagi pun belum.Dan Syifa’,matanya semakin kuyu…dan kerdipnya makin kurang…dan..pandangannya pun semakin gelap dihiasi bintang-bintang indah….
Ha,dah lama tak buat kerja macamni..Tengok bintang kat atas bukit dengan teleskop pemberian ayah.Itulah dah kata dengan ayah dulu,takkan membazir punya..Mengenali Sang Pencipta dengan mengenali ciptaanya.Iyalah,Allah kan kita tak nampak.Tapi bukti adanya Allah tu merata-rata.Macam bintang la..yang paling dekat dengan bumi pun berjuta-juta tahun cahaya jaraknya.nampak je keciiik sangat.hujung pensil pun tak sampai. Tapi saiz sebenarnya??Hah,besar agak-agak cam beza bola exercise aerobic tu dengan bola golf pun ada kot.Yang bola golf tu bumi la.Jadi,nak bayangkan betapa besarnya alam ciptaan Allah nih,tak terbayangla gamaknya.mana tahu ada alien rupa macam shrek kat luar sana.Ilmu Allah itu maha luas.Yang kita manusia ketahui tak sampai setitis dari lautan luas.Masyaallah..
Ada meteor jatuh tak hari nih??Lubang teleskop dilekap rapat dengan spek.
Tiba-tiba pintu berlabel [Zaman Batu & Paleolitik Syifa’] dalam arked ingatan mula terbuka..Eh,ada Ustaz Syamsul..Tengah mengajar matapelajaran Tafsir.Surah Al-Mulk hari ni.Ayat ke 5 bermaksud,
“Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang dan
Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar setan, dan Kami sediakan bagi
mereka siksa neraka yang menyala-nyala.”
Fuh,dahsyat.Maha Besar Allah.
Jadi,kerana ayah tidak tahan lagi dengan hujah-hujah yang sikit punya panjang ni, akhirnya berjaya mendapatkan teleskop (brand) kesayangan.Untung juga cakap banyak.Tapi lagi banyak lagho nya,lagi banyak dosanya..
“Hm..malam ni bintang tak banyak..”
Keluh Syifa’ sedikit kecewa sambil melabuhkan punggung ke atas tikar yang dibentang diatas tanah.Kakinya dilunjur dan Syifa’ mengambil peluang untuk melonggar-longgarkan otot tangan dan kakinya dengan mata terbuka luas memandang langit.Spek bingkai tebalnya dibetulkan sedikit.Pening.Kerja seharian di unit farmasi pesakit luar cukup menegangkan urat sarafnya.Namun,maha suci Allah.Hanya dengan melihat langit yang luas,fikirannya turut tenang.Setenang angin malam.Jika dikaji dari konsep Psikologi dan kaitannya dengan pemandangan alam semulajadi,menakjubkan.Spectacular!
Tiba-tiba,suatu cahaya terang menyuluh tapak pemerhatian bintang syifa’.
Cukup silau hingga dia tidak dapat melihat sumber cahayanya.Cahaya semakin terang dan seakan mendekati tubuh Syifa’.Keadaan mencemaskan itu memaksa hormone-hormon adrenalin dirembeskan.Jantung berdegup pantas dan peluh mula merenik keluar.Mana tidaknya.Takkan helicopter datang meronda waktu-waktu macam!Dan,yang paling luar alamnya,apa yang dibuatnya menyuluh aku ni?!!
Dan cahaya semakin dekat menyuluh seluruh pandangan syifa’.Cuma putih yang dilihatnya kini.Dan,suatu bentuk tangan berjari besar bewarna hijau keluar dari cahaya putih
“AAAAA!!!ALIEN!!!JANGAN..JANGAN!!”
Tangan Syifa’ kalut menepis-nepis tangan makhluk asing berwarna hijau yang menggerutu itu dan..
“Syifa’!!Hei,Syifa!!Assalamualaikum!!Kau sedar tak ni?!”
Eh,kenapa alien ni boleh cakap melayu?Bagi salam pulak tu..macam biasa dengar je suara ni..
“Aaa..silaunya….”
Madihah menggeleng-geleng kepala.
Hish kawan aku ni..Buat malu kaum je.Buat gegar je ini bangunan.Nasib baiklah takda orang sakit jantung kat ED ni.kalu tidak,dah innalillah dah..
“Assalamualaikum sahabatku Puteri Syifa’ Syeikh Omar.Dah balik belum dari far faraway kingdom kau?kau jumpa prince charming pastu kena serang dengan alien dari planet Marikh eh?”
Sapaan dengan nada sarkastik Madihah cukup untuk menyedarkan Syifa’ empunya suara.Matanya digosok-gosok walaupun tidak gatal.Cukup syarat untuk mengcover malu.Tudung yang melurut kedepan hampir-hampir menutup kaca mata berbingkai tebalnya ditarik sedikit kebelakang dan dibetulkan.Mata satu-satunya pesakit yang sedang menunggu di emergency department tentu-tentu sahaja turut tertumpu padanya dengan muka pelik,menahan diri dari ketawa dalam wajah lemah.Tentu sahaja sakit kuat.Jika tidak masakan hingga datang ke ED pagi-pagi buta ni.Ada hati lagi nak ketawakan aku.
Ish..Mengigau lagi ke..Astaghfirullahalazim..Dah tujuh inci dah ni muka..tinggal nak ukur dengan pembaris je..aa..nasib baik tak kenal..Eh,perempuan kat depan aku ni..
“Eh,waalaikum salam..Kau Dee..Kenapa kau datang ni?Bukan kau takda shift malam ke hari ni?Eh,dah pukul berapa ye??”
Syifa’ kalut meraba-raba handset didalam poket labcoat nya.Ala..bateri habis pulak..
“Baru 5.30 la.Haih kau ni,kalut.Memangla aku takda shift malam.Dan aku sememangnya tak pernah ada shift malam.Aku kan chef je kat hospital ni.Takda nya orang nak meraung-raung nak makan malam-malam buta ni la.Memory chip kau kau letak dalam fridge eh?Bangun la weh!Tak berkat duit nanti kau kerja steal-steal bone macam ni.”
Madihah memang cukup direct.Dan,sarcastic.Go straight,don’t belok-belok..Straight to heaven.Ihdina siratal mustaqim katanya.Ayat ke 6 surah Al-Fatihah dijadikan hujah.Mana boleh sangkal.Bebelan cukup panjang tapi cepat sahaja keluarnya.
“Iya,iya..Aku dah bangun la.Sori la.Mengantuk tak tahan.Aku dah berjaga dari pukul 4pagi semalam.Mana taknya.Ha,kau ni kenapa nya kat sini?Nak belanja aku breakfast?”
Endah tak endah pun,memang ada betulnya cakap Dee.Kerja juga dikira ibadah,dan juga amanah.Jadi sebagai insentif kepada kelangsungan ibadah ini,gaji jadi ganjarannya.Tiada pula sehingga menolak gaji yang diterima baru dikira ibadah.Cukup asalkan diniatkan kerana Allah,dan berlandaskan syara’,
-iyalah,membekalkan ubat kepada pesakit supaya dengan jalan itu ia sembuh dan kembali melata dibumi Allah dengan menyembahNya,
“Gelas pecah betul la budak ni.Baru 5.30 la.Aku bawak abang aku gi jumpa doctor.Demam panas.Tu,yang duduk kat belakang tu.Dah berbungkus dengan sweater gamaknya.Aku dah pesan jangan gatal mandi air terjun Sungai Tekala tu lama-lama.Degil.Dahla baru balik dari UK.Dah tak reti nak beza salji ngan hujan agaknya.Musin hujan pun nak mandi air terjun jugak.Ni aku nak ambil ubat dia la ni.Mesti kau tak buat-buat lagi.Cepat la.Dia dah beku duduk dalam aircond ni..”
Panjang lebar betul penjelasan Dee.La,abang dia ke mamat tu..Padan macam ada rupa.Hm,hensem jugak.Ha,yang ni jauh panggang dari madihah.Heh,takdala.Madihah ikut sebelah ayah.Tu pasal gelap sikit.Hitam manis apa.Tapi abang dia putih tu..Pandang sekali
“Aiseh,sori la Dee.Aku tak screen pun lagi order doctor tu.Aku prepare sat eh.Kau bagi aku 10 minit.Insyaallah bereh.Hii..Sori..Kau gi duduk ngan abang kesayangan kau tu dulu ye.Bagi kasih sayang sikit.Ni garang sangat,macam mana nak sembuh cepat abang kau tu..baca-baca sikit.Buku Tibb An-Nabawi ajar aku..Heh.”
“Kau jangan macam-macam ye.Cepat sikit tau.Nanti mak aku risau pulak kat rumah.”
Madihah lalu berjalan pergi,menemani abangnya di tempat menunggu.
“Baik cik Madihah Sofiyyah binti Ahmad Lutfi.Cik tunggu je.Im on my duty.”
Baik,Puteri Syifa’ Syeikh Omar,buka mata,buka hati,buat kerja.Buat kerana Allah,semoga dapat pahala dan yang paling penting,redhaNYA…Gambate ne!!
…..
Beberapa panduan untuk tercapainya kekukuhan roh ukhwah cara persaudaraan :
MEMBERITAHU KEPADA SAUDARA YANG DICINTAINYA - Rasulullah SAW bersabda ertinya: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaknya ia memberitahu kepadanya." HR Abu Daud dan Tirmizi.
BERDOA UNTUK MEREKA - Menurut riwayat Muslim bahawa Rasullah bersabda: "Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata; dan bagimu juga seperti itu."
MEMBERI SENYUMAN KETIKA BERTEMU - Seperti yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Dzar r.a bahawa Rasulullah bersabda ertinya: "Janganlah engkau remehkan kebaikan apa saja (yang datang dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan." (HR Muslim)
BERJABAT TANGAN BILA BERTEMU - Rasulullah SAW menganjurkan umatnya bila bertemu dengan saudara-saudara agar cepat-cepatlah berjabat tangan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah."
MENGUNJUNGI SAUDARA - Dalam kitabnya Al Muwathtaa Iman Malik meriwayatkan: Bersabda Nabi Muhammad SAW bahawa Allah berfirman : "Pasti akan mendapat cintaku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku."
MENYAMPAIKAN UCAPAN SELAMAT - Diriwayatkan oleh Anas bin Malik
|
© Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP