Hidup Ibarat Roda

>> Thursday, July 7, 2011

Bila hari gelap bertukar terang, mentari pun mula bersinar cemerlang...



Lama sudah tangan ini tidak menari. Kalau ditari pun cuma diatas kertas kajang yang kemudian direnyuk-renyuk kerana ketandusan idea. Hari ini cuma ingin berkongsi secebis pengalaman hidup.



Saudaraku,
dalam liku ada lurusnya,
dalam pahit ada manisnya,
dalam futur ada bangunnya,
dan apabila kita melangkah, dengan izin Allah semuanya jadi nyata.



Semalam anda mungkin bersedih, rasa tiada sesiapa untuk dituju, rasa seolah-olah dunia ini terlalu sempit untuk bersembunyi, rasa bumi tidak lagi berbumbungkan langit, rasa keseorangan dan tiada kawan-kawan yang memahami, rasa andalah yang paling susah dalam dunia, dan mungkin juga semalam anda berasa anda seorang yang tidak berguna, dan anda tidak dapat menyumbang apa-apa.



Saudaraku,
dalam susah ada senangnya,
dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya...



Begitulah warna-warna kehidupan. Ia langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai dan sesungguhnya Allah yang Maha Bijaksana.



Inilah yang biasa saya alami. Jatuh bangun dalam kehidupan buat saya jadi lebih matang dalam berfikir dan menilai sesuatu. Siapa sangka kalau semalam saya terasa seolah-olah hilang segala-galanya, tetapi hari ini Allah kurniakan anugerah berlipat-ganda. Sungguh benar firman Allah:



"Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)



Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firman-Nya,



"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)



"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran, ayat 139)



"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah, ayat 286)



Masya Allah, damainya jiwa bila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.



Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah ia dengan zikrullah dan bacaan-bacaan al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Kembali kepada fitrah dan asalmu. Engkau hidup bukan untuk dunia, tetapi dunia ini cuma penerus hidup untuk ke akhirat sana. Tidak berbaloi saudaraku untuk kita menjadi gila di dunia sementara. Gila materi, gila kuasa, gila pangkat, gila nama, gila glamour dan sebarang gila lagi. Entah apa yang kita kejar sebenarnya dengan kegilaan-kegilaan itu. Semuanya memenatkan hati dan menyesakkan otak yang sedia sendat dengan masalah-masalah dunia yang tidak putus-putus.



Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,



"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran." (Al-Baqarah, ayat 186)



Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengabulkan semua doa-doa kita jika kita taat pada-Nya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah? Oleh itu saudaraku, jangan kalian patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.



Tiada gunanya semua itu. Jadi sekarang tukar mood anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan megkagumi kebesaran Allah pada alam ciptaan-Nya. Kita semua adalah amazing! We can do beyond the norm! Ingat tu, kita adalah amazing people! Sudahlah fikirkan hari semalam, mari mulakan hidup baru.



Mari memaknakan hidup saudaraku!!!


Sumber: www.iluvislam.com

Read more...

Sahabatku pendokong Islam

>> Wednesday, June 15, 2011

Sahabatku pendokong Islam,


Penerus mata rantai perjuangan Rasulullah,


Sesungguhnya jalan yang dipilih ini,


Bukanlah setenang air di kali,


Malah penuh dengan onak dan duri,


Tambah dengan virus dunia,


Kadang tersadung, kadang berdarah,


Sering juga kita terluka,


Malah pernah bersilang kata,


Tapi usah biarkan ia menodai ukhuwwah kita,


Malah jadikanlah ia sebagai wasilah,


Untuk mematangkan diri kita,



Sahabatku pendokong Islam,


Di sebalik kepayahan pasti terselit kesenangan,


Di sebalik musibah pasti ada hikmah,


Walau perjuangan ini tidak dibentangkan hamparan mewah,


Namun bukan keindahan sementara ini yang kita impikan,


Tapi nun jauh di sana yang ABADI nan HAKIKI.



Ya Allah,


Berikan kami kecekalan, ketabahan dan keyakinan,


Seperti mana para sahabat dan awliya',


Di kala kami diuji dalam tarbiyyah-Mu,


Sesungguhnya syahid yang kami impi,


Syurga kami idami,


Dan redha-Mu terhadap kami,


Janganlah Kau biarkan kami,


Dibelenggu dan dicengkam nafsu kami sendiri.


DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU ISLAM DIJUNJUNG..


ALLAHUAKBAR!!

Read more...

Adakah Masih Penting BerBLOG Ini?

>> Monday, June 13, 2011

Adakah kita menulis kerana Allah S.W.T.?

Jika kita belum pernah disoal oleh sesiapa soalan ini, biarkan di fikiran kita semua sejenak...

"Apa tujuan utama saudara/ saudari berblog?"


Jawapan yang diberikan mungkin pelbagai, mengikut keadaan dan situasi ketika mula-mula dikurniakan ilham untuk menulis di blog.. Mungkin kerana minat menulis dan berkarya, untuk merapatkan ukhuwah di kalangan sahabat-sahabiah, berkongsi, berusaha menjana pendapatan, pengaruh rakan-rakan lain yang rata-ratanya mempunyai blog sendiri dan malah ada yang sekadar suka-suka..

Tetapi, satu perkara yang sepatutnya kita semua sedar, hidup ini keseluruhannya adalah suatu ibadah kepada Allah S.W.T. .. Jika nawaitu itu disandarkan pada-Nya.. Begitu juga halnya yang harus terjadi kepada setiap blogger.

"Sahaja aku berblogging kerana Allah S.W.T"


Atau

"Sahaja aku menulis kerana Allah S.W.T."


Adakah Islam itu indah?

"Islah Nafsak wad'u Ghairak."

"Islahkan dirimu dan ajaklah yang lain."


Jadikan kata-kata ini pedoman dalam kita melaksanakan amar maaruf nahi mungkar.. Islahkan diri kita dan pada waktu yang sama, berusahalah berdakwah kepada yang lain..

Bukan:

"Islah nafsak, thumma ud'u ghairak"


"Perbaiki dirimu, kemudian baru nak ajak orang lain."

Jelas bukan.. kita semua dituntut berdakwah.. Kita sebagai blogger juga mempunyai ruang dan peluang untuk turut sama berdakwah.. Cuma, antara mahu atau malu sahaja yang menyuruh atau menghalang kita melakukan tugas mulia ini atas tiket seorang blogger..

Buang pemikiran:

"Aku bukan ustaz.."


"Aku bukan ustazah.."


"Aku bukan baik sangat pun.."

"Nanti orang kata aku ni ego pulak.."

"Malas la macam ni.. biaq orang lain buat, nanti kita tolong la dia sama.."


"Ishh.., seganlah... Nanti buat salah sikit orang tegur.."


Buang!.., lempar jauh-jauh semua pemikiran sedemikian.. Kesempurnaan bukanlah syarat kelayakan dalam berdakwah dan mengajak orang lain menjadi manusia yang baik.. Hakikatnya, tidak akan ada manusia yang sempurna peribadinya seperti Rasulullah S.A.W.. Jika terus menunggu kesempurnaan, Islam itu tidak akan tersebar ke mana-mana pun..Berdakwah bukan bermaksud kita mestilah seorang yang soleh atau solehah, tetapi kita manusia yang mengimpikan peribadi yang soleh dan solehah.. Mengimpikan redha Ilahi dalam setiap amalan dan perbuatan.. Secara tidak langsung, kita juga akan terhindar daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah S.W.T.. Berblog bukanlah medan kita berdakwah kepada orang lain, tetapi berdakwah kepada diri sendiri dan orang lain.. Itu yang penting..

Blogger itu Pendakwah.

"Blogger itu Jundullah."

InsyaAllah..

Read more...

Pilunyaku memikir generasi pelapis

>> Tuesday, May 24, 2011


Setelah membaca surat khabar kelmarin, dan semalam surat khabar yang pelbagai... yang paling aku tersentuh adalah bacaanku semalam yang mana aku begitu terasa di atas pemergian mereka kerana bagiku mereka mengikuti pengajian agama lebih detail daripada aku belajar... ape taknya kalau kita fikirkan sejenak, mereka umpama satu petanda bahawa kematian mereka ni menunjukkan kepada kita bahawa salah satu tanda bahwa kiamat semakin hampir ialah Allah mematikan alim ulamak di muka bumi ini...


Tetapi pembaca sekelian, yang sebenarnya aku tersentuh adalah permergian pelajar yang pada esoknya(semalam) akan mendaftar di matrikulasi yang mane adik ni sudah bersedia dengan segala persiapan untuk melangkah ke tempat pengajian... ini berikutan pembacaanku menunjukkan si ibu menceritakan detik- detik adik ini untuk melangkah ke tempat pengajian yang mane adik ni menolak tawaran masuk ke UiTM...

Dalam bacaanku yang lain, seorang abang yang ingin menolong adiknya yang tak kesampaian... Dalam tragedi menyayat hati tu, mereka mendengar jeritan untuk melarikan diri... Oleh itu mereka semua keluar dari tempat tu termasuk la dua beradik ni... si abang berlari bersama adik tetapi adik terkepit dengan besi menyebabkan dia tak mampu untuk keluar dari tempat itu... abangnya berusaha menarik adiknya tetapi tak kesampaian dan seketul batu melambung dan terkena kepala adiknya bersama hujan tanah... lalu adiknya x mampu di selamatkan oleh abangnya... Kejadian tu berlaku depan kepala abangnya sendiri... Allah huakbar... Kalau ini berlakunya ke atas saudara kandung kita sendiri macamana la kita nak melalui dugaan ini....melihat wajahnya yang mengalirkan air mata, dengan urat2 pada mukanya membuatkanku terasa bagaimana sesuatu yang payah untuk diluahkan oleh kata- kata apabila sesuatu yang kita ada dan kita sayang sangat tetapi hilang sekelip mata...

Jugak ini, saya merakam rasa syukur teramat sangat kerana berada di jalanNya, berada dengan sahabat sefikrah, kalaulah kita berenam belas kehilangan apa mungkin kita mampu merasakan seperti adik tersebut telah rasa? Sanggupkah kita hanya menangisi? Membiarkannya bersendirian tanpa arah? Mampukah kita memasakkan rumah dengan kondisi yang tak sempurna.....

Read more...

kerja.....kerja...

>> Saturday, April 23, 2011

Terkadangku terfikir kenapa aku harus bekerja berpenat lelah.... bermati- matian nak kumpulkan duit tuk kelangsungan masa hadapanku...Sehingga aku merasakan aku sudah mengabaikan tugasku sebagai seorang daie illa-Allah, aku memang ingin melaksanakan tugas sebagai pejuang Allah tetapi aku dihimpit atau disibukkan dengan kerjaku mencari harta dunia, walhal aku nak jugak pergi melaksanakan tugasku sebagai hambaMu ke jalanMu, aku dirundung dengan perasaan simpati kepada bosku yang tak cukup pulak tenaga kerja untuk menjalankan perniaagaannya...


Apa yang harus aku buat, xkan terus membiarkan sahabat seperjuangan bermati- matian melaksanakan tugas agama Allah ini... Aku merasakan seperti orang munafik yang mengatakan sanggup berjuang walau macamana sedaya apa pun dari segi tenaga, harta, buah fikiran untuk menaikkan syiar Islam tetapi secara realitinya aku x mampu nak keluarkan walau sedikit sumbangan pun kepada perjuangan ini terutamanya dari segi tenagaku kepada Islam....

Teringat aku kepada usrah bersama naqib aku dahulu, kalau kita faham benar ucapan kita setiap 5 waktu kita solat, iaitu doa iftitah dan mengucap kita, kita akan merasa wajibnya kita mengorbankan seluruh jiwa raga kita tanpa mengenal erti penat lelah, sebab ape dalam solat kita kita dah ucapkan segala amalan, segala ibadatku hanya untukMu....pastu dalam ucapan mengucap kita, kita menafikan tiada kuasa yang lebih layak melainkan Allah, kita membesarkanNya dengan sumber Illah, besar sungguh maksud Illah sehingga kalau seseorang faham maksud x terdetik hatinya untuk berundur di jalan kebenaran ini...

Tapi kenapa aku masih x boleh nak melaksanakannya... Telah diberi kefahaman, dilatih plak untuk berkorban jiwa raga, tapi akhir produk yang dihasilkan selepas pertarbiyahan kampus x mampu nak membuatkanku untuk mengorbankan semuanya ke jalanmu....

.........................


Read more...

Azam Baru

>> Saturday, January 15, 2011

Assalamu'alaikum buat semua sahabat-sahabiah semua..
Moga sentiasa tenang dalam redha dan rahmah-Nya..

Kita sudah melangkah ke permulaan hari di tahun baru 2011 mahupun bulan Muharam yang lepas.. Pasti setiap orang mempunyai azam masing-masing.

Mungkin ada azam yang tidak tercapai pada tahun lepas akan diteruskan pada tahun ini..

Bolehlah kongsikan di tautan-harakah ini.. azam kalian semua di tahun baru 2011..

Kita Kan Kawan..

Sahabat Sehidup Semati..

InsyaAllah..



Read more...

Luahan hati dan imanku yang makin lemah...

>> Sunday, December 19, 2010


Hari ni aku diajak oleh rakan-rakan sekerjaku tuk pergi ke tempat hiburan atau mudah kata karaoke... Dalam hati ini berbelah bahagi sama ada nak pi atau tak..Hati ni bagaikan berpecah dua sama ada nak pi atau x, terasa ada yang membisikkan jangan la pergi, nanti mati kat sana mcmana? kena tangkap basah ke sape tau? x solat ke? diajak buat perkara x elok ke kat sane, sape tau... Aku sendiri pun xtau... klu jadi mcm ni apa nak jawab pada keluarga, sahabat2 yang dekat denganku, dan klu mati kat tempat berkenaan apa aku nak jawab depan Allah... Sebab pada view aku tempat- tempat mcm ni selalunya dipenuhi perkara- perkara yang melanggar hukum Allah, mcm minum arak, main dengan perempuan, hisap rokok, mungkin serba sedikit terpengaruh dengan rakan- rakan sekerja... Tapi ada satu bisikan yang membisikkan pergi la... ala xde ape yang buruk berlaku... ala xkan buat benda2 buruk tu, minum arak, main pompuan, ...ala kat sana mestii punya ada surau tuk solat...


Dalam hatiku ini berbolak balik, rakan sekerja mengajak lagi untuk pi ke sana... Aku berasa bertambah bersalah, ditambah bisikan2 tadi... Bagi aku, iman aku terlalu lemah kerana mengatakan ok sebagai tanda setuju untuk aku join mereka pergi ke tempat karaoke....dan aku terdiam seketika selepas aku mengatakan ok td... sebab bisikan2 itu muncul semula betul ke ape hg buat ni? solat hg mcmana? sambil aku terdiam sejenak, rakanku itu kata kat sana ada surau boleh la nak solat... Ayat ni dia lontarkan memandangkan dia tahu bahawa aku ni memang x tinggal solat...Aku menguntumkan senyuman yang bagiku agak sukar aku buat kepada dia...

Dalam perjalanan ke sana, aku cuba tenangkan fikiranku...cuba mencari jawapan apakah sebenarnya langkah aku ini betul atau salah...Kerana seperti view aku seperti di atas, tempat karaoke ni adalah tempat yg penuh dengan maksiat atau seumpama dengannya... Sebab ape aku katakan begitu, sebab semasa aku belajar dahulu, akulah antara orang yang kuat menentang battle of the band, persatuan rock, dan mcm- mcm lagi kerana niat yang satu untuk buat kerja Islam, nak lihat biah solehah dapat dihidupkan... Tapi tub2 melangkah sahaja ke alam pekerjaan benda yang aku pegang selama ini aku gadaikan hanya dek ajakan rakan-rakan pejabat...Terimbau jugak pengalaman ditegur dan dimarah oleh senior- senior aku dahulu bilamana aku dan sahabat2 lain pergi tengok wayang,...ingat lagi soklan2 cepumas diberi kepada, enta ni p sana nak berdakwah ke? klu mati kat sana macamana? Apa tugas enta kat sini? dan mcm2 lagi... Langsung x mampu nak menjawab soklan2 itu... jadi disebabkan itu aku berazam x akan mendekati langsung tempat2 tersebut lg...

Tapi sekarang aku melanggar prinsip aku sendiri... Inilah manusia, prinsip manusia, peraturan manusia sebenarnya x boleh kekal selamanya... Yang kekal sebenarnya prinsip dan undang- undang Allah yang kekal selamanya...Persoalan2 yang datang bagaikan hujan di siang hari meralitkan aku untuk terus termenung... mencari jawapan apa yang boleh aku buat sebab aku sudah berada dalam perjalanan ke sana...Aku cuba menjawab segala soalan yang bermain dalam benak fikiranku...persoalan solat aku akan cari surau untuk menunaikan solat, persoalan minuman, klu dihidangkan minuman aku berusaha sedaya upaya untuk tak minum, klu ada perempuan aku terus x masuk... dalam aku cuba menjawab soklan yang bermain dalam fikiranku, datang soklan yang bagi aku amat berat, adakah itu sahaja yang mampu aku lakukan jika benda ni terjadi??? Soklan ni buat aku terus membisu bak beribu bahasa sebab aku tau sape sebenarnya mereka, mereka suka merokok, x solat, suka mengorat tp x nampak la dengar main dgn perempuan jugak aku x pernah nampak mereka minum,... Tapi kekurangan itu sudah membuatkanku x mampu nak menjawab soklan itu...

Ape xnya, bebanan dakwah itu yang aku fahami adalah tanggungjawab yang harus kita semua laksanakan x kira macamana gaya dan perlakuan kita asalkan dakwah kita tercapai... bak kata sahabatku jika dengan penampar mampu bagi kesedaran kepada orang yang kena dakwah maka tatkala itu juga dakwah dengan cara menampar adalah wajib... Dakwah yang pernah aku buatkan adalah mainkan video ustaz-ustaz yg top2 untuk menarik minat mereka mendengar, memberi kesedaran kepada mereka dengan cara teknologi moden... Tp apa kan daya mereka masih tidak berubah...mulalah aku teringat dari senior aku, kita nak dakwah kepada mereka yang jahil ni perlukan masa, dia xkan berubah secara mendadak... perlukan kesabaran yang tinggi... tentang soalan itu aku masih lagi x mampu nak jawab... lama jugak aku termenung melihat jalan raya .. Buku yang aku bawak tuk aku baca sambil menanti sampai ke destinasi tidak aku sentuh bilamana memikirkan masalah ini... Masalah akhlak mereka, percakapan mereka yang sukar bagi aku menerima, yela zaman belajar x kira pada masa belajar sekolah tabika,sekolah rendah, sekolah menengah, n IPTA dulu bilamana aku jumpa puak2 yang macam ni aku akan lari sebab aku masa tu benci orang yang mcm ni...Benci aku xlah sampai aku x berkawan, tp maksudku di sini xlah seakrab mana... Sebab itulah aku selalu berdiam diri... Bilangan kawan yang rapat xlah ramai disebabkan perangai aku ni yg lebih suka menyendiri...

Tapi itu dulu zaman persekolahanku, sekarang aku sudah bekerja, aku perlu bergaul dengan semua orang sebab apa aku buat macam ni... Sebab merasakan bebanan dakwah yang perlu aku pikul untuk memahamkan mereka...Usaha dakwah aku xlah sehebat orang yang mampu berkata- kata, aku hanya mampu mendengarkan mereka ceramah agama, mengajak mereka solat dan aku fikir hanya itulah yang terdaya untuk aku buat...aku mendapat jawapan secara x sedar iaitu aku kena tengok ape mereka minat, macamana nak masuk dgn mereka supaya aku boleh rapat dengan mereka, dari situ aku cuba la dakwah dengan cara yg x sedar...

Sampai aku di sana, aku just follow je mereka ke bilik karaoke tu, tp tuk pengetahuan semua sebelum tu ada la bayarannya... Aku x pasti berapa, tp setiap sorang kena keluarkan RM20 orang, aku n sorang lagi x bayar sebab mereka kata nak belanja, aku ok je, dah free kan... tersenyum jugak sebab free, n hatiku membisik mungkin ni pengalaman aku yang pertama dan terakhir buatku... Sambil tu aku tengok2 ternampaklah aku adanya minuman arak di sana, aku mula rasa takut kembali, ape xnya, xkan la aku bersubahat dgn benda ni... Kawanku datang hampiri aku, dia katakan kita x order air keras tu tp air biasa je tp dia kata jangan minum sebab was2 dgn gelas2 yang akan digunakan..Dia jugak x minum air kat sini... Dia belikanku air botol untuk aku...Aku jadi serba salah pulak, dah dia belanja, dia belikan plak air botol untuk aku... ok tentang bilik karaoke tu boleh la memuatkan 7, 8 orang pada perkiraanku.. keadaannya tertutup so kami berenam sahajelah yang berkaraoke... Suasananya pada permulaan memang memeningkan kepala sebab dalam bilik tu penuh dengan asap rokok, aku ni x sukakan bau rokok, rasa pening, dan jugak paru- paru aku akan rasa sedikit sakit, tp xlah sesak nafas... Aku x pasti kenapa entah2 aku sebenarnya ada penyakit dalam paru2 aku... kesakitan ni sebenarnya dah lama masa aku sekolah rendah lagi...tapi xlah aku pergi berubat...
Aku keluar balik bukan kerana asap rokok tu tapi aku sebenarnya x solat Zohor lagi.. so aku keluar balik dari karaoke tu tuk cari cari surau ... Alhamdulillah jumpa surau tersebut tapi ini pun atas bantuan guard yang berada di shopping kompleks tu... Sebenarnya karaoke tu berada di dlm bangunan shopping kompleks... aku pun masuk la ke dalam, suraunya xlah besar sangat boleh la memuatkan 10 ke 15 orang jemaah kalau solat secara berjemaah la...Dalam surau ni semuanya lengkap la bagiku tp agak lama la permandangan dlm surau ni, mgkin bangunan shopping kompleks ni dah lama agaknya... walaubagaimanapun bagi aku satu je kurang dlm surau arah kilat xde cumanya ade sejadah di atas lantai yg mungkin bagiku sejadah ni dah digunakan oleh orang sebelum ni...lagipun ada 2 orang yang telah solat pada masa itu...so xlah aku rasa bermasalah sikit...Habis je solat aku naik atas kembali n masuk semula ke dalam bilik itu semula... mereka dah melalak dah dlm bilik tu,....

Kawanku yang sorang ni bg la kat aku remote control tv, dia suruh aku pilih lagu... lama jugak aku nak tekan sebab first time jugak aku pegang remote control untuk pilih lagu...pilih punya pilih dapat la Hijjaz, wow terkejut aku ada lagu nasyid dlm ni... aku cuba la tekan2 lagi ada lagi lagu nasyid dari group lain mcm Raihan, UNIC, Rabbani, cek punya aku 4 ni saje la yang aku perasan, yang lain semua lagu yg aku pernah dan x pernah dengar la dalam radio era, suria... so aku amik jela lagu nasyid saat kematian klu x salah aku la,... baru aku tau lemahnya aku dalam mengetahui lagu- lagu nasyid, aku banyak tahu lagu yang xde pahala untuk aku...

Itulah serba sedikit yang mampu aku kongsikan buat tatapan pembaca....

:rupanya dalam diriku terlalu lemah untuk melaksanakan seruan Allah...
:lemahnya aku tuk memahami suasana masalah keruntuhan akhlak, sehingga terpaksa aku rapat dengan mereka dan menunjukkan kepada mereka secara x sedar dengan menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka
:lemahnya aku kerana aku tegur mereka dengan cara x sedar...
:lemahnya aku kerana aku mempunyai persepsi yang kurang elok tentang sesuatu tempat tu bilamana dikatakan tempat hiburan, x semestinya di sini karaoke mgkin lain lagi, contoh waterpark ke...
:lemahnya aku kerana nak jd pejuang tp lagu2 nasyid x familiar denganku
:lemahnya aku kerana x dapat tegur secara direct, aku hanya boleh indirect...

Read more...

link 4 dakwah

BannerFans.com

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP